Entri Mengutuk Lagi
Perbezaan Blogger perempuan dan lelaki part 2.
Kalau nak baca Part 1 baca yang ini....klik sini
Sekali lagi bukan nak mengutuk, tapi dua tiga hari ini entri asik cedok dari sumber -sumber lain bukan pure. Rasa macam bersalah ajer...kekekkkee.
Gambar Kembung Pipi
Hampir 90% gambar blogger perempuan suka kembung pipi sambil jari telunjuk cucuk pipi...kekekekkeke. Memang trend macam tu ker..Aku pun tak tahu ler..
Atau ambil gambar sama kawan, dua-dua kembung pipi sambil melekatkan pipi antara satu sama lain...
Blogger Perempuan Ramah
Blogger terbaik sebagai jiran, kalau kau lawat blog dia orang pasti dia orang jenguk kau punya. Kalau kau follow dia orang , pasti dia orang follow kau punya. 99% setakat ini aku blogwalking blog perempuan pasti dia orang balas kunjungan. Dan ada yang datang berkali-kali. Tu bestnya blogger perempuan ini, bukan pemalas bw macam lelaki...kekekeke. Aku tak kata blogger lelaki pemalas blogwalking tapi segelintir kecil . Dah lelaki macam tu kot...kalau kat sekolah dulu yang rajin salin nota budak perempuan ajer, yang lelaki tumpang potostat.......kekekekeeke. Betul tak?
Bloglist
Kalau kau jenguk mana-mana blogger perempuan pasti ada bloglist. Bukan satu tapi kadang-kadanag ada 2 atau 3 seperti bloglist kekawan, bloglist Otai, Bloglist Cayang.
Kelebihan yang kau dapat ialah kau mungkin terpilih masuk dalam bloglist pilihan mereka. Dan biasanya kalau kau usha komen 5 atau 6 kali ada harapan dapat list dalam bloglist mereka. Iskkk...penting bloglist ini untuk external link....
Kalau budak lelaki, emmmm..memang payah. Aku pun tak tahu apahal leceh sangat nak masukkan nama kita dalam bloglist walaupun beribu kali kau jenguk blog dia orang. Tapi bukan semua....hanya 80% sahaja....hehehehhe.
Aku memang suka jenguk blogger perempuan, orang kata ada feedback yang baik.. terutama blogger perempuan remaja ni.
Dah lah...nanti sambung lagi.....jangan marah yek..kali ini aku memuji blogger perempuan lak...
Lawa kucing kembung pipi..
8 Ulasan
try to guess who I am..?
haha..
just play around...