Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 rata-ratanya telah memberi momentum yang dahsyat dalam setiap nyanyian mereka. Semalam aku awal-awal dah buat entri tahniah..Hari ini nak komen lak.....
Dan tempoh hari saya telah membuat ramalan mengenai pemenang dan ramalan tepat adalah Kisah Hati memenangi Persembahan Terbaik tapi agak kecewa Juara Lagu ramalan aku Beribu Sesalan hanya mendapat naib juara. ( Klik Entri yang lalu). Nak kutuk jap!!
Tak dijangka Hafiz memenangi Juara Lagu dan Vokal Terbaik..... tapi aku dapat satu kesedaran. Pakaian dan hensem bukan segalanya... Lain kali aku nak pakai selipar ajer pergi kerja...hehehehhehe.
Aku rasa modal Hafiz untuk pertandingan kali ini memang amat murah dengan T-Shirt dan Seluar Trek ...paling mahal pun kena bayar kat Herman Tino...
Aku mati-mati ingat Herman Tino tu ayahnya......
Manakala Faizal Tahir yang memenangi tempat ketiga dengan aksi bakar piano aku kurang mengerti dalam merealisasikan pemikiran aku lagu Karma dengan Piano tuuu... Ni pun satu hal.. dengan muka selekeh dan tidak bercukur pun dapat tempat ketiga... Ini satu lagi bukti....hensem tak memainkan peranan!!!
Najwa lak...prop gagal sangat-sangat!!! Bukan tak bagus ...tapi antara yang terbaik Najwa punya tak baik...heheheeh ( ayat berlapis). Mula-mula nyanyi adalah prop templates you tube dan terdapat 2 orang .. tetiba bila ditarik keluar aiik..ada 3 orang kat dalam tu..... Macam tak cantik ajer....
Kisah Hati....aku pun tak tahu apa faedahnya panggil aliff..ba..ta...tuuu... Aku ingat Alyah nak nyanyi lagu kelakar ker... Selepas dia nyanyi baru rasa aura lagu tu muncul.... Dan klimaks bila Remy Ishak muncull..peweeeeehhh.. Mesti tangkap jelas Ramli M.S... ( Kau orang tahukan Alyah dah tunang ngan Ramli M.S)
Yuna overall OK cuma lagu penakut tu dia guna viola yang besar tu macam menggangu ajer.... Memang mengganggu muzik. Kau perasan ker tak perasan aku tak tahu ler... Tapi merosakkan lagu... Apa nak buat Yuna yekk...pertaruh dua lagu pun tak ada apa-apa dapat tak per mana tahu luck ada ke Amerika kot...
Aizat pun dahsyat..aku memang minat mamat yang melukis pakai pasir tu...memang berbakat dan kena lukisan dengan lagu. Aizat pun nyanyi bersahaja. Aizat aku tak komen apa-apa..
Beribu Sesalan lagu semalam yang dipertandingkan tak sama dengan lagu sebenar... Paling ketara si Jaq tu.. merenyek-renyek menyanyi. Dia ingat dia tengah nyanyi Sedetik Lebih kerr.. Lagu memang agak Out Of Spec semalam tambahan lagi aku tengok Ning Baizura penyanyi pujaan aku macam tak mekap ajer... Selain itu penggunaan gincu pun amat penting....bibir si Jaq nampak besar malam tu..hehehehe.
Keseluruhan yang lain OK ..tapi penutup nyanyian aku paling benci... 3 DIVA jejaka yang perasan hensem yang menyanyi tu...hahahahhaha. Kelam kabut dan merosakkan lagu Sudirman ajer. Aku rasa dalam banyak-banyak nyanyian AJL selama 26 tahun....nilah palaing teruk sekali!!!! Menambahkan teruk ialah seluar si Black warna hijau...muahahaha... Tak matching langsung!!!
Kusut kepala aku pada masa tu tengok dia orang nyanyiii!!!
Lega hati dapat kutuk dan memuji rakan-rakan aku ni....Maaf yekk kalau aku terkutuk
Walau apa pun tahniah buat TV3 kelainan kali ini amat memuaskan hati... FBI dan Cherly memang menggamatkan suasana....walaupun Ally tak der!!!
18 Ulasan
p/s: tak tengok sangat aizat, duk carik skrin nak tengok org pasir tu lukis ape..
aku suka tgk najwa latif, tapi suara dia spoil cam takut2...
jac plak aku expect tinggi utk sedetik lebih... aleh2 biasa jerk...
aku xsgka lgsung ALyah boleh wat prsembhn cm tu.. lama kot tgn dia duk tgk cam patung.. klu aku dh lenguh dah tu..
ning plak, btol ckp ko.. cam tak mekap jerk..huhuhu..
paperpown, aku suka prsmbhn AWAN NANO yang sgt FEEL, alyah dan kekanda adinda.. huhuh :)
aku trlalu expect lebih..
hurm.......
tapi suka gila kot alyah nyanyi macam patung muzik tuhh.
yuna punya lagu tak best. oooopss
aizat, dok tengok cina tuh je, tak dengaq dia nyanyi. :D
jac memang bibir besaq! :D
HAAA YANG LAST TUHH SANGAT MENGARUTTTT!
sangat hancur, konon nak tribute, tapi sangat sangat rosak kottt
Regards,
-Strider-