Hai Salam pada Dunia. Baru-baru aku ada membuat entri berkenaan ibu aku yang menjalani pembedahan tumor peranakan beliau hingga memberi cemas pada kami sekeluarga. Dimana ibu aku menjalani pembedahan selama 5 jam dan dimasukkan ke ICU disebabkan kehilangan darah yang amat banyak. Memang pada masa itu keadaan amat cemas sekali.
Tapi syukur alhamdulilah atas berkat doa dan galakan keluarga dan rakan-rakan ibu aku sihat walafiat hendaknya. Terima kasih atas doa anda semua. Apa jua adalah restuNya.
Dan kini ibu aku dalam proses pemulihan. Segala ubat dan jamu yang diperlukan seperti Jeli Gamat, Pati Ikan Haruan, Pil tambah darah, Minyak Ikan Kordel serta makanan bubur nasi dan ikan haruan telah tersedia semasa pulang ke rumah...hehehehehe. Dan aku juga sepanjang ibu ada dirumah sering ulang alik sehingga beliau benar-benar sihat. Malahan anak buah aku yang sedang menunggu keputusan SPM juga telah bertandang ke rumah nenek dia sebagai peneman bicara....
Dan setelah hampir 3 minggu selepas ibu aku menjalani pembedahan aku melihat beliau semakin sihat dan kini melayan permintaan setelah sihat.....hahahaha.
Permintaan Bila Ibu Dah Sihat:
a) Roti Kopi Tesco
b) Kopi Keluaran Kluang Station
c) Bubur Mc Donald
d) Mee Kari Batu Tiga
Kebanyakkan semua dah buat cuma Bubur Mc Donald belum kesempatan sebab aku memang malas nak pergi Mc Donald sebab jalan jammed...kekekeke.
By the way aku layan ajer dan lagipun aku tak boleh tolak sebab ibu aku siap hulur lagi ...hahahahaha.
18 Ulasan
beb - gi aje lah ke mcdonald's tu... bukannya payah sangat kan???
mak mas pon suka roti kopi tesco tuh..hihihi
bagi mak cik rehat cukup2..mcdlvry xde ke bubur tuh?
rotiboy tesco tu akak pun minat sangat...hehehe....
apa la tuan blog ni beli mknan mak pn amik juga yg mak hulur tu...suruh je la mak simpan...hehehe
Alhamdullillah..
McD delivery je la..
Regards,
-Strider-
Uishh, dah sihat terus mengidam macam2 ya,hehe. Hadiahkan org tua tersayang dengan suplemen2,makanan berzat kerana diusia diorg skrg, badan kurg menghasilkannya seperti zmn muda dulu.
Apa aku merepek ni,cam dah kuar topik,hahahaaha, sory hanif!
Semoga hanif skuarga kekal sihat hendaknya! :)