Aku sekarang mengalami masalah serangan ulat bulu yang gatal ke ladang limau aku .Pehh!!! ladang yang mempunyai satu pasu sahaja pokok limau...hehehehe
Tapi kali ini ulat bulu yang menyerang ladang limau ini tahap giant.. sampai aku pancutkan air dari getah air..ia tak jatuh -jatuh!!!
Akhirnya aku ambil Ridsect dan spray ulat bulu tersebut!! Tergolek dia jatuh tapi belum mati lagi!!!
Tetiba datang idea banggang aku nak ambil gambar ulat bulu ni.. Apalagi aku ambil penyepit dan masukkan dalam plastik bag dan terus shot! Bini aku kata hati-hati abang, ulat bulu tu gatal nanti abang mengatal lak..hehehehehhe. Aku diam sahaja dan malam tu aku suruh bini aku jadi tukang pegang lampu kamera..padan muka ...hehehehehehe.
Jom tengok gambar yang diambil. Teknik yang digunakan sama sahaja off flash teknik iaitu cahaya yang digunakan tidak direct dari kamera ke binatang tersebut tetapi dari tepi dan atas. Jika cahaya diambil dari tepi maka ia akan ujudkan bayang-bayang. Lalu aku suruh bini aku suluh ulat bulu dari bahagiam atas dapat minimakan jumlah bayang-bayang.
Disebabkan aku menggunakan telefoto 250mm tanpa macro maka agak susah nak ambil binatang sekecil ini. So aku terpaksa gunakan ISO paling rendah iaitu ISO100 agar semasa proses cropping, noise tak banyak. Hasilnya ada gambar yang berjaya dan tak berjaya sebab guna manual setting untuk focusing .... Dan untuk memudahkan focusing aku mengguna Live View kerana LCD dalam gambar boleh dibesarkan 10X. So manual focusing yang baik boleh tercapai....
Manakala untuk exposure tidaklah terlalu rendah dalam 30sec- sebaiknya atas 60sec tapi Canon ada Image Stablizer so kalau bawah 20 sec gambar tak goyang dan untuk aperture aku gunakan f4-5.6.
Adakalanya kita memang frust kalau nak ambil sesuatu gambar apabila alatan tidak mencukupi Seperti lensa macro tiada. Kerja kau dari pendek dari panjang. Manakala remote untuk kamera pun tak der so potensi gambar kamera goyang amat tinggi so aku gunakan timer yang ada kat kamera. Tapi aku percaya dalam bidang kamera ini ..sebelum kau beli apa-apa fahami ilmunya dahulu.
Aku memang dah target nak beli extension tube yang besarkan diameter lensa aku sehingga 72mm termasuk macro lensa. Tak mahal RM500.
Selamat berehat dan melihat gambar ulat bulu ini..sekali pandang macam khin......kekekeke
7 Ulasan
aku ade juga terbaca tentang teknik pencahayaan semasa mengambil gambar. pencahayaan yang berbeza mampu memberi impak yang berlainan...well done
tapi memang cantik gmbr
nur pun bru tahu..teknik chaya boleh wat dia jadi cntik ye..xpe..nti nur praktis kat rumah..hehe
Regards,
-Strider-