Gantung kertas pada leher semasa mengemis

Gantung kertas pada leher semasa mengemis

Hanif


Seorang lelaki berusia 30 tahun, Fabricio Vieira sanggup mengemis di dalam sebuah tren di sini kelmarin.

Dia yang kini menganggur menggantung sekeping kertas pada lehernya semasa dia mengemis meminta wang di dalam tren itu.

Kertas itu tertulis mesej yang menyatakan dia memerlukan pertolongan untuk membeli makanan.

Vieira yang mengalami kecacatan mendakwa dia kadangkala terpaksa tidur di tepi jalan kerana tidak mampu menyewa kediaman.

Pengangguran di 17 buah negara Eropah yang menggunakan mata wang euro melonjak kepada 10.7 peratus pada Januari lalu sekali gus menjadi kadar tertinggi sejak penubuhan zon mata wang berkenaan pada tahun 1999.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
wah..sampai macam tu sekali..