Sejak kebelakangan aku memang sibuk berurusan dengan rakan-rakan para guru untuk meminta pendapat tentang anak buah aku yang baru lepasan SPM. Dari tajuk perbualan kami berkenaan Matriks, Asasi, Kolej Komuniti dan pelbagai topik tentang memastikan anak buah aku pergi ke saluran yang betul. Rata-rata Cikgu yang aku dengar celoteh nya kerja mereka memang pressure. Benar kerr!!!
Aku dengan mulut yang tiada insuran dengan selamba berkata" Apa penat jadi Cikgu...balik pukul 2pm, Macam aku ni kadang-kadang sampai malam!!" Aku berkeras mengatakan jadi cikgu ini memang rilex.
Dan aku menambahkan kesakitan hati mereka " Dah ler balik awal , tapi kenaikkan 13%." aku menunjukkan mimik muka yang kalau orang tengok memang nak kasi penampar.
Rakan guru aku berkata" Nip..jadi Cikgu ini bukan senang, kau kata balik pukul 2pm tapi kadang-kadang kami kena stay kat sekolah nak marking buku-buku budak. Kadang-kadang terpaksa bawa balik kat rumah"
Rakan aku berkata lagi " Ini hah!!! tak lama lagi PMR nak dimansuhkan, pihak sekolah kena ambil alih , siapa yang kena beban. Guru-guru sekolah gak kena buat penilaian sekolah. Itu tambahan kerja" dengan serius dan sambil menunjukkan muka tanda kasihan ala-ala kucing.
Aku mencelah" Ingatkan dah mansuh PMR cikgu-cikgu dah boleh rilek lagi kuat...hehehehe"
Rakan aku mencelah" Korok hang!!"
Rakan aku berkata lagi tapi kali ini dengan lebih semangat" Kau tahu tak dalam kelas aku ajer ada 46 murid. Kau dengar ini suara aku ni serak pun tak hilang lagi. Tiap-tiap hari menjerit. Tahu-tahu ajer ler budak-budak zaman sekarang ni....."
Aku bertanya lagi" Standard satu kelas berapa orang'
Kalau nak ikut world standard, kawan aku dah mula start peel lagaknya " Satu kelas 15 orang sahaja tapi kalau nak buat macam ni aku rasa kelas A - Z pun tak cukup" Bayangkan student SPM sekolah aku ajer tahun lepas 600 orang. Terpaksa himpit-himpit"
Dia sambung lagi " Bayangkan aku nak kutip homework dia orang, terpaksa buat senarai nama untuk pastikan dia orang hantar. Ini pun dah kira pressure nak kena follow up"
Dia terus menyambung " Ini belum lagi pelajar sekolah yang mempunyai ibu bapa yang terlebih acting. Kata guru-guru tak ada kualiti dan macam-macam . Padahal kami berusaha keras mendidik mereka. Tapi akhirnya dapat kemuhan" Dah kena panggil ngan pengetua kena kaunseling" Terlebih semangat dia bercerita !!
Aku cepat-cepat mencelah " Penat gak jadi cikgu ni. Macam mana kalau kelas yang kau mengajar tak perform baik?"Guru itu menjawab " Kalau antara subjek yang kau ajar..tetiba kelas kau paling bodoh..memang kau kena sound punya..." Aku mengangguk-angguk kepala tanda mengerti..
Kemudian dia berkata lagi " Lagi baik ajar budak-budak kat kawasan pendalaman Sabah /Sarawak.. dapat elaun seberang laut. Lagi pun kawasan pendalaman guru-guru masih dihormati"
Aku menjawab tanda tak setuju" Bosan lah kalau ajar kat pendalaman"
Dia jawab dengan sepantas kilat" Kau silap Nip, sebenarnya kalau mengajar kat kawasan pendalaman..pertama duit kau tak luak..kau tak belanja apa-apa pun. Lagi pun pelajarnya sedikit"
Dia terangkan lagi " Kadang-kadang satu sekolah tu ada 10 pelajar sahaja, budak darjah satu 3 orang pun ada. Kami satukan semua pelajar dalam satu kelas dan ajar setiap pelajar darjah satu 10 minit kemudian pula pelajar darjah tiga 10 minit"
Kemudiannya aku mendengar penjelasan bangga diri kawan aku ni yang aku malas nak tulis kat sini..hehehhehe
Walau apa pun perbincangan santai itu tadi sedikit sebanyak membuka kotak pemikiran aku menjadi cikgu ini bukannya mudah seperti yang disangka.
Aku percaya, setiap pekerjaan mempunyai tekanannya yang tersendiri.
Bagaimana kita mengatasinya terpulang pada kita berdasarkan pengalaman yang dikutip dari masa ke semasa.
Tahniah kepada semua guru-guru yang mendidik anak bangsa dan anak aku ...kekekekeke.
5 Ulasan
baru ingat nak mohon insitut perguruan , aduihh , hehe ,
aku suka entry ni..
terbaik ar..
betul tu, untung ajar pedalaman, murid dia hormat kt cikgu..
cuma kena hati2 gak lah, mcm ada kes dulu, ada sorg cikgu ni dia buat apa ntah kat budak, aleh2 cikgu tu kena santau..
subhanallah...