Hari ini semua officemate aku sibuk mengemas meja masing-masing kerana ada perubahan layout baru. Kedudukan meja yang dahulu semuanya diubah mengikut urutan terbaru.
Ini disebabkan ada kemasukan staff baru dan sedikit kekecohan penyusunan meja yang tidak sekata. Yang membuat kecoh ialah aku...hehehehehe.
So atas sikap prihatin management aku, mereka membuat perubahan baru untuk memudahkan komunikasi antara pihak berkaitan. Malangnya kedudukan aku betul-betul membelakangi dengan 4 boss
besar...huhuhuhuhu.
Sebelum itu abaikan kerusi plastik meja makan dalam gambar diatas kerana kerusi aku kena curi ngan kawan aku. Tengah nak order kerusi malas yang terbaru...kekekekeke.
Lihat gambar di atas kedudukan aku amatlah bahaya sekali. Betul-betul membelakangi boss-boss aku. Secara tak langsung aktiviti memulau aku untuk berblogging terganggu amatlah banyak. Memang naya kalau boss aku nampak aku buka internet time-time waktu kerja ini...
So berdasarkan perbincangan dengan rakan-rakan..kami terpaksa belajar RISK MANAGEMENT yang baru untuk mengatasi masalah ini.
So ilmu pertama ialah menggunakan kaedah Alt+Tab yang boleh menukar aplikasi dengan cepat.
Kedua ialah mengecilkan sekecilnya internet hanya secukup untuk aku baca agar tidak diperasan oleh pihak majikan...hehehhehe.
Ketiga ialah macam sekarang ini aku updated blog menggunakan e-mail company...
Memang cukup sedih aku hari ini..dah lah dapat kerusi plastik dan duduk lak dbetul-betul belakang boss. Pressure.!!!
Kerusi kedai mamak pun lawa lawa...kekekeke.
By the way kalau aku sibuk pun boss aku boleh tengok juga...lebih jelas dan terang...
Ada pro dan kontra nya..
Inilah orang kata kerana mulut kau asyik membebel ajer ..ambik kau duduk dekat-dekat ngan boss....hahahahaha.
That life !!!
6 Ulasan
Akukan penjaga kamera kilang..hahaha
sila kje rjin2 ye..bos dok usya.hahah
Regards,
-Strider-