Pada 1 Mei yang lalu PM kita telah mengumumkan gaji minimum untuk semua pekerja swasta.....
Khabar berita yang gembira untuk semua pekerja yang mempunyai pendapatan bawah RM900.
Atas pengumuman ini maka secara tak langsung ia telah menjadi satu undang-undang yang mesti diikuti oleh pihak majikan tetapi mereka diberikan tempoh 6 bulan hingga 1 tahun untuk melaksanakan akta ini. Kilang tempat aku bekerja telah mula menjalankan kewajipannya dalam memenuhi kehendak undang-undang baru ini.
Dan sudah semestinya ada pihak yang mendapat tempiasnya samada yang baik atau buruk.
Tapi yang pasti pihak majikan seberapa mungkin akan cuba mengurangkan kosnya akibat penambahan gaji minimum ini.
Jika anda seorang majikan pasti anda akan cuba melakukan perkara sedemikian.
Perkara-perkara yang boleh dilakukan majikan ialah:
a) Mengurangkan elaun-elaun yang sedia ada
b) Mengurangkan pembayaran O.T terutama hari Sabtu
c) Menghentikan O.T pada hari Ahad.
Tindakan sedemikan pasti sedikit sebanyak akan mengurangkan kos pihak majikan dan impak yang kurang menyenangkan bagi pekerja.
Tetapi pada masa yang sama ada pekerja yang tersenyum kerana mendapat pertambahan gaji yang melimpah-limpah..( ayat jeles aku ni..hahahha).Pekerja yang gajinya kurang RM900 dan juga tanda aras gaji yang dinaikkan membolehkan claim OT dari RM1500 ke RM2000 ke bawah. Pasti tersenyum lebar....
Untuk pelaksanaan claim OT dinaikkan paras gaji ke RM 2000 kebawah telah dilaksanakan. Ada beberapa member aku tersenyum ...hehehehe.
Sebelum ini kan tak boleh claim OT..sekarang dah boleh...
Untuk gaji minimum RM900 di tempat kerja aku belum dilaksanakan lagi. Tapi dari kaca mata majikan mereka tidak akan memberi kenaikkan mendadak sedemikian.
Pada pendapat aku mereka akan menambahkan elaun sehingga pekerja mendapat jumlah minimum ini.
Sebagai contoh gaji asas kamu diberi RM600 tetapi pada masa yang sama elaun anda dinaikkan sehingga RM300. Ini termasuk elaun transport, kedatangan , elaun shift dan macam lagi.
Jika anda absent, m/c atau lambat datang ke tempat kerja maka elaun ini akan hilang....
Ini rasanya salah satu tindakan yang boleh diambil oleh pihak majikan.
Bagaimana dengan aku pula, aku mendapat tempias kehilangan sedikit uang disebabkan pemotongan elaun-elaun tertentu. Tapi aku sentiasa positif iaitu ini hak majikan dan terima kasih pemotongan itu tidaklah terlalu tinggi. Jumlah yang hilang pun hanyalah duit belanja main snooker aku...hahahahaha. Tapi yang hilang duit kan, pasti ada sedikit cemuhan dalam hati ini. Aku dan beberapa rakan yang lain adalah golongan yang tempias negatifnya...hehehehe.
Aku berpikir, gaji minimum ini bukanlah untuk generasi aku tapi untuk anak-anak muda dan generasi yang terkemudian. Sekarang ini kan gaji pekerja asing lebih tinggi dari pekerja tempatan terutama melibatkan kumpulan pekerja level 3 seperti operator, security guard dan sewaktu dengannya. Sebelum pelaksanaan gaji minimum ini, mula-mula masuk kerja gaji hanyalah RM600 maksimum. Itu tahap gaji kerani yang tiada pengalaman. Cukup kah untuk anak-anak muda sekarang.. Tak cukup!!!
So aku nak ucapkan tahniah pada semua rakan-rakan yang mendapat penambahan gaji .. Dan untuk rakan-rakan yang hilang sedikit uang tu, berfikir positif kerana pengorbanan kita sekarang ini adalah untuk anak-anak kita dan generasi yang akan datang... Pahala kan..
6 Ulasan
berhemah berbelanja jangann lupa ye...
pada yg kena potong tu - bersabar lah...
iols - tak terlibat samada ngan kenaikan maupun pemotongan...
opis iols rasanya tak ada staff yg gaji kurang dari rm900...