New Machine Arrrival

New Machine Arrrival

hanif

Hari ini nak cerita tentang tempat kerja aku pula..
Aku pun jarang cerita pasal tempat kerja aku kan....hehehehee.
New Arrival selalu kita bayangkan ialah kasut baru, baju baru, telepon baru  tetapi entri aku kali ini ialah kilang aku baru beli mesin baru.
Hari ini adalah hari yang tersibuk dan mengotorkan buat production area aku kerana hari ini.
Kerana machine baru akan masuk  hari ini...
Penat juga ler aku tengok production engineering aku hari ini.
Nak layan machine mover, nak layan supplier robot, nak layan supplier elektrik dan nak layan machine supplier.
Bukan selalu pun kan mesin masuk, so sibuk ler sikit.

Mesin baru masuk pun satu hal...nak mengemas pula satu hal.
Berminyak-minyak lantai production aku.
Nasib baik operator aku semua pakar 5S..apa lagi kena dera ler semua hari ini buat 5'S tahap gaban.
Ini pun tak siap lagi, mungkin esok sambung lagi.

Bila mesin baru masuk maksud menandakan bisnis pun bagus untuk company aku.
Hayat untuk company aku masih ada nyawa lagi ler maksudnya..hehehehehe.
Bagus untuk aku dan bagus untuk company.

Inilah salah satu cabaran kerja swasta ini , sentiasa kena pikir PROFIT untuk company yang kita kerja.
Perbelanjaan juga kena sentiasa dikawal dan kalau boleh save cost kita cut mana-mana yang tak penting.
Kalau tak der profit yang bermasalah pekerja juga, kena buang kerja dan macam-macam benefit yang hilang.
Kalau ada untung, dapat bonus baik sikit dan ada annual dinner untuk pekerja...hehehehe.

Lainlah kerja kerajaan, tak perlu pikir LOST PROFIT....
Yang penting untuk kerajaan  ialah Amanah Dan Cekap...
Untuk aku mana-mana sektor pun yang terpenting ialah tanggungjawab yang diberi pada kita harus digalas sebaik mungkin...
Itu rezeki pencarian kita dan itu yang kita guna untuk memberi nafkah kelauarga kita atau ibu bapa kita.
Tak kerja lepak..ada kerja buat yang terbaik..
Ada masalah buat berbincang...

OK...aku ambil kesempatan updated blog ....hehehehehe.
Jap lagi nak haruk kat luar suruh budak-budak ini buat 5S.....

Catat Ulasan

3 Ulasan

MalizaMah berkata…
hmmm mesin di tempat kerja.....
THE AUTHOR berkata…
Moulding machine