Dosa Yang Lebih Hebat Dari Zina?

Dosa Yang Lebih Hebat Dari Zina?

 Mendapat e-mail satu entri yang baik sempena bulan yag mulia ini.
Di mana kita tidak mempunyai hak untuk menilai seseorang itu baik atau jahat. Dan jika seseorang yang telah melakukan dosa yang terbesar jika mahu bertaubat bimbinglah mereka bukannya mencemuh mereka. Dan sembahyang adalah tiang agama kita.
Jom baca!!

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan duka cita yang mengcengkam
Kerundunganya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping, dan roma muka yang ayu., tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah merunyuk hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediamanrumah nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari  dalam "Silakan masuk" Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus  menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, Wahai nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan  saya agar tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya. Apakah dosamu wahai wanita ayu? tanya Nabi musa . Maka perempuan itu pun berpatah cerita. Saya telah berzina. Kepala nabi musa terangkat, hatinya tersentak.


Perempuan itu meneruskan, Dari perzinaan itu saya pun hamil lantas hamil. Setelah anak itu lahir saya cekik lehernya sampai mati, Ucap wanita itu seraya manangis sejadi-jadinya. Nabi Musa  berapi-rapi matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, perempuan keji, nyah kamu dari sini agar siksa Allah tidak jatuh kedalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi …….teriak Nabi Musa  sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu itu dengan hati yang kaca berderai, hancur luluh segera bangkit dan  melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tidak tahu harus kemana lagi dia hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu hendak   dibawa kemana lagi kakinya. Bila seorang nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?
Terbayang-bayang olehnya betapa besarnya dosa dan betapa jahatnya ia.

Ia tidak tahu bahawa sepeninggalanya, malaikat Jibril a.s turun mendatangi Nabi Musa. Malaikat  Jibril lalu bertanya, mengapa engkau menolak wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?. Nabi Musa terperanjat. Dosa apakah lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?. Maka nabi Musa pun dengan penuh  rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

Betulkah ada dosa yang paling besar daripada perempuan itu?. Ada jawab Jibril dengan tegas. dosa apakah itu? Tanya Nabi Musa kian penasaran. Orang yang meninggalkan solat dengan  sengaja tanpa rasa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan itu nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk meghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohon ampunan kepada Allah untuk  perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan  adalah sama seperti berpendapat bahawa bersembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu keatas  dirinya. bererti ia seakan-akan  menganggap remeh perintah tuhan, bahkan seolah-olah  mengagggap tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hambanya. Sedang orang  yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman  didanya dan yakin bahawa itu berada dijalan ketaatan kepadanya. Itulah sebabnya tuhan pasti mahu menarima kedatangannya.

Catat Ulasan

6 Ulasan

MalizaMah berkata…
good info. tambah ilmu pengetahuan.
Sweet Sweet berkata…
Nice story, love it.. BW http://sencilloamor.blogspot.com/
tq
Noor Atikah Ramli berkata…
ika penah jugak baca citer nie dulu .

btw, nnt check nama kat sini yer :)

http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/07/pemenang-baru-kad-raya.html
Aiisyah Roseskalerful berkata…
solat tu penting.. soalan pertama yang akan ditanya di kubur ialah solat..
Aimacomel berkata…
owh, membaca ni & terus berbekas dihati.. terima kasih ye sbb ingatkan kita semua
Miss Syahbanu berkata…
cerita yg penuh keinsafan..tq for sharing..