Kecoh!!! Bantahan terhadap Seksyen 114A, Akta Keterangan 1950 yang dikuatkasakan sejak Jun lepas.
Apa Itu Seksyen 114a, Akta Keterangan 1950
Seksyen baru 114A 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 114 seksyen yang berikut:
“Presumption of fact in publication
114A. (1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
(2) A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
(3) Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.
(4) For the purpose of this section -
(a) “network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
(b) “publication” means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical,
acoustic or other form displayed on the screen of a computer.”.
Huraian
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Keterangan 1950 (“Akta 56”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.
3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 56 untuk menyelaraskan takrif “komputer” dengan takrif “komputer” dalam Akta Jenayah Komputer 1997.
4. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 114A ke dalam Akta 56 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan fakta dalam penyiaran untuk memudahkan pengenalan dan pembuktian identiti seseorang yang namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penyiaran melalui internet.
Apakah Bantahan Terhadap Seksyen 114A?
Seksyen 114a yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh. Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.
Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya. Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut. Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.
Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit. Jika ada pihak yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel menggunakan nama anda, Seksyen 114a yang baru ini menganggap bahawa andalah pemilik sebenar akaun terbabit.
Walau bagaimanapun persepsi setiap manusia adalah berbeza. Apa yang aku lihat kebanyakkan membantah 114a ini.
Dan ada juga yang sokong dengan mengatakan "Kenapa Takut Kalau Anda Benar"
Terpulang pada kamu untuk membuat pilihan. Aku hanya memberi pilihan pada anda untuk menilai yang terbaik.
Kalau aku tulis lebih-lebih kang aku akan termasuk dalam akta ini......isskkk..takut...ehheheh
3 Ulasan