Entri kali ini tentang blog tip pula.
Sejak kebelakangan ini aku rasa penulisan aku agak kelam-kabut, mungkin disebabkan letih berpuasa yang menyebabkan minda ini malas nak berpikir secara mendalam,...hehehehehe.
Sambung kembali pada tajuk kita ini, blogger yang berjaya cepat ialah blog dimiliki oleh 2 admin!!!
Disini maksud saya blogger yang berjaya ialah mempunyai traffic yang tinggi, backlink yang baik termasuk Alexa rank yang baik dan pagerank yang meningkat.
Bukannya berjaya semata membuat entri sahaja tetapi dari segi SEO dan traffic.
Dan jika kita analisa dan monitoring kelebihan blog yang mempunyai lebih dari 2 admin biasanya cepat menyerlah berbanding blogger admin tunggal.
Dalam dunia blogging pencarian traffic adalah amat menjenuhkan iaitu blogwalking. Anda kena blogwalking ke laman-laman blog yang ada di alam maya ini. Pada pendapat saya blogwalking yang benar-benar effective ialah 4 jam sehari termasuk anda memberi komen sekali.
Selain itu ping entri ke laman-laman sosial yang ada di Malaysia ini. Setahu aku kalau di Facebook sahaja terdapat lebih 64 pages untuk blogger. Belum lagi termasuk laman web ping yang lain. Masa yang digunakan secara effective untuk pingkan blog untuk ialah 2 jam.
Dari situ anda akan membina traffic ke website anda dengan baik jika diamalkan selalu....
Total jam ialah 6 jam sehari...
Syarat utama dalam berblogging ialah post/entri/artikel. Blog yang baik ialah blog yang setiap hari mengeluarkan post-post yang baik dan tulen dengan minimum 250 patah perkataan. Dalam syarat Alexa, lagi banyak anda postkan artikel maka lebih baik Alexa Rank anda. Pernah seorang blogger pernah katakan, blog yang baik ialah blogger yang mampu mengeluarkan 10 post sehari!!!
Katakan anda post sehari 4 entri dimana 3 entri ceduk dari newpaper dan satu lagi idea kreatif anda.
Total masa menceduk entri 30 minit dan menulis entri makan masa 1 jam. Total masa digunakan sehari untuk entri ialah 1.5 jam.!!
Berbicara tentang SEO pula ialah setiap hari anda kena berfikir dengan loading time, saiz image yang dipertaruhkan, broken link, sitemap, crawl error dan macam lagi. Ini semua memerlukan masa. Belum lagi saya bercerita tentang backlink. Katakan total 1 jam sehari.
Mampukah anda mempertaruhkan masa 7 jam setiap hari untuk blog anda?
Dengan itu kepentingan blogger yang mempunyai 2 admin sudah boleh digunapakai kerana pembahagian kerja dapat dilakukan terutama dalam aspek blogwalking dan juga laman ping.
Selain itu dengan 2 admin atau lebih , anda dapat postkan pelbagai bentuk jumlah entri yang lebih maksimum kerana blog anda mempunyai kelebihan admin!!
Secara tak langsung anda akan dapat new traffic yang baik serta postkan entri yang pelbagai.
Dan pada masa yang sama SEO blog anda akan lebih terurus dan dipandang cantik Pak Google.,
Ini adalah salah satu teknik yang biasa diguna pakai dalam dunia blogging.
Sebab itu ujudnya webmaster atau consultant dalam bidang website ini adalah membantu kita...sama seperti 2 atau lebih orang menjadi admin dalam sesuatu blog.
Biasanya aku tengok sesebuah blog yang mempunyai lebih dari satu admin ialah laman ping ( kebiasaan lebih dari satu admin), blog kekasih....blog pasangan suami isteri, blog bisnis...
Aku pula..hanya Lone Ranger..... isteri aku memang tak boleh tulis-tulis ini..tapi kalau baca novel dia boleh..hehehheeheh
10 Ulasan
isi yang bernas,kalau nak trafik roket.. post entri pun mcm roket gak !
*kalau pn isteri jadi admin juga, senang la. minat yang sama :p selamat berblogging abg Hanif dan kak. :)
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/curik-minum-air-teh.html