HanifIdrus : Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Satu Blogger untuk semua.
Semoga ceria dan senyum sedunia.
Ewahh!! hari ini kena happy kerana tak berapa lama lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelma.

Awal sangatkah aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua.
Rasanya memang sesuai dengan waktunya kan.
Kerana radio pun dah mula berkumandang lagu-lagu raya.
Kalau aku ucap Selamat Hari Raya dan post 2 hari sebelum raya mungkin  rakan-rakan blogger semua dah offline balik kampung.
Tak best rasanya...hahahahaha.
Dan aku hendak menjadi orang pertama mengucapkan secara rasmi kepada  semua rakan alam maya dan pembaca SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.!!!



Sudah tentu sekarang ini kebanyakan rakan-rakan tengah last minute  shopping..
Walau pun penyediaan awal telah dilakukan pasti ada sahaja yang tak  mencukupi...kekekeke.
Dan yang paling drastik sekali ialah membeli-belah malam raya kerana  ingin dapatkan harga runtuh!!
Selamat membeli-belah tapi jangan belanja berlebihan...

Manakala si ibu-ibu, kakak-kakak semua bertambah penat kerana aktiviti  membersihkan rumah telah bermula.
Sofa perlu dibersih dan karpet perlu ditepuk-tepuk membuang habuk yang  kadang-kadangkala bila ditepuk tersedak di hidung.Tingkap, kipas, kerusi semuanya perlu dilap.

Manakala si ayah-ayah, si abang-abang sibuk mengecat rumah, tapi rasanya  aktiviti ini telah pun selesai..
Cuma sekarang sibuk menjadi drebar meneman membeli belah barang  keperluan untuk memasak hari raya ini.

Si pencinta pula berdebar-debar di hati ingin menjenguk ke rumah bakal  mak mentua buat pertama kali.
Yang sudah melawat beberapa kali mungkin tidak terasa sangat tapi masih  lagi berdebar kerana pada masa itulah semua sanak saudara kekasih hati ada dirumah.
Di kepala sudah tersusun rapi ayat pemula kata dengan harapan menjerut  harapan sebagai menantu pilihan...hehehehehehe.

Manakala si adik-adik cilik pula sudah berkira-kira duit raya yang akan  mereka perolehi.
Mak Usu, Pak Ngah, Acik, Nenek , Datuk,,,semuanya akan menjadi mangsa kerakusan mereka.
Zaman sekarang nak berjalan raya dari satu rumah ke rumah lain sudah dah tak relevan.
Kalau tak pasal-pasal kena culik lak...
Yang tinggal bapa dan mak saudara sahaja...hemmmm..

Walau apa pun Hanif Idrus Blog ingin mengucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA.
Maaf zahir dan batin...
Maafkan kalau selama ini tersalah bahasa dan laku.

Bunyi macam aku nak cuti panjang ajer..tak..tak..esok aku tetap updated  blog...hahahhaha

Post a Comment

33 Comments

Izwa Kamaruddin said…
tak shopping ape pun..
fasha amira said…
hohoho..awal bebenor..selamat hari raya hanif..
keke,tergolong dlm golongn budak2 kira duit raya..hahah..penting tu penting
Unknown said…
SELAMAT HARI RAYA JUGAK!!!
Leeza Dayasari said…
Selamat hari raya aidilfitri.

Maaf zahir batin...



Daripada : santai leeza!!
dayteenlea said…
selamat hari saya.

ala. zaman skrg raya makin suram
penuh dengan teknologi..
budak2 mane nak duit singgit..
sume nak cari duit 'penyu' taun ni

hehe
haryati said…
selamat hari raya juga...
Unknown said…
selamat hari raye.. jgn main emrcun.. nnt hilang jari... :D
tirahzairi said…
selamat hr rya...hihi
cik asam jeruk said…
selamat hari raya en hanif! :)
Afasz said…
selamat hari raya aidilfitri >_<
Asmar Arafad said…
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
ala, cepatnye.hehe. kali ni nak cari jugak duit raya, kalau seringgit 2 mmg org xnak da..ahhaa
nursuriani said…
selamat hari raya. maaf zahir batin
rAIHan said…
selamat hri raya jugak..^^

Niza Romli said…
Selamat Hari Raya...:)
NuRuL said…
ya ya tunggu malam raya baru nak shopping.. hehe

selamat hari raya maaf zahir batin..:)
anamizu said…
ehem ~ slmt hari raya Hanif.. hehe
cik ana xde sopping hape pon lg..
nti la tggu sehari due nk raye
baru nk p tengok2.. hehe







slm kenai,
cik ana
Harun Ar said…
Saya mohon maaf lahir bathin bila ada kata2 yang kurang pas di hati Hanif selama ini.

Selamat Hari Raya Idul Fitri, semoga silaturahmi kita tetap berlangsung
Denaihati said…
Selamat hari raya dan mohon sejuta keampunan
Unknown said…
Assalamualaikum..wahhh entry dia mcm meriah sgt2 kat sana.Btw Fahz nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Mr Hanif sekeluarga.Semoga hari yang mulia ini membawa sejuta manfaat kpd hanif.InsyaAllah..
Hans Hanis said…
selamat hari raya juga
teratai said…
Selamat hari raya, berhati2 di jln raya, biar lambat asalkan selamat!
Shaiful Zaidi said…
salam..Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin sepjg berblogging ni..
Kiko Chris said…
selamat hari raya aidlfitri..
Anonymous said…
disebabkan hari syieda demam. syieda nak ucapkan Selamat Hari Raya buat Abg Hanif dan keluarga. nanti makan lemang ketupat, makan lebih ye? untuk syieda sekali :) hehehe

Kekzamanis said…
Amboi, mood raya dah ON ni nampaknya.. Selamat berhari raya! Berhati2 di jalan raya! Selamat makan kuih raya! Baklah duit raya! Kekekeke..~~
pemilik roseskalerful.blogspot.com pun ingin mengucapkan selamat hari raya.. maaflah kalau ada komen2 yg membuatkan tuan blog ni terasa hati :-P
dya nasir said…
slmt hari raya..:D
haz said…
hihi. selamat hari raya maaf zahir batin gak! berhati2 lah tika di jalan raya pulang ke kampung. hee ^^
lunaticg said…
Salam.
Selamat hari raya juga.... :)
FaizalRSD said…
Salam...
eid mubarak!
raya ni blog gua pun cuti,kat kampung takde internet,wuuuuu!
Diana said…
Salam...
Lawatan dari saya www.apabilaazambercerita.blogspot.com
SELAMAT HARI RAYA..
salam sahabat...maaf kerana jarang sekali menjengah blog kamu di sini. jutaan terima kasih kerana sudi dan selalu datang bertandang ke blog belalang dan meninggalkan komen. belalang sangat2 menghargainya :)

Selamat hari raya Belalang ucapkan kepada hanif idrus sekeluarga. ampun dan maaf sekiranya ada melakukan apa2 kesilapan ya...

Perutusan Khas Selamat Hari Raya 2012