Salam Satu Blogger untuk semua.
Semoga ceria dan senyum sedunia.
Ewahh!! hari ini kena happy kerana tak berapa lama lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelma.

Awal sangatkah aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua.
Rasanya memang sesuai dengan waktunya kan.
Kerana radio pun dah mula berkumandang lagu-lagu raya.
Kalau aku ucap Selamat Hari Raya dan post 2 hari sebelum raya mungkin  rakan-rakan blogger semua dah offline balik kampung.
Tak best rasanya...hahahahaha.
Dan aku hendak menjadi orang pertama mengucapkan secara rasmi kepada  semua rakan alam maya dan pembaca SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.!!!



Sudah tentu sekarang ini kebanyakan rakan-rakan tengah last minute  shopping..
Walau pun penyediaan awal telah dilakukan pasti ada sahaja yang tak  mencukupi...kekekeke.
Dan yang paling drastik sekali ialah membeli-belah malam raya kerana  ingin dapatkan harga runtuh!!
Selamat membeli-belah tapi jangan belanja berlebihan...

Manakala si ibu-ibu, kakak-kakak semua bertambah penat kerana aktiviti  membersihkan rumah telah bermula.
Sofa perlu dibersih dan karpet perlu ditepuk-tepuk membuang habuk yang  kadang-kadangkala bila ditepuk tersedak di hidung.Tingkap, kipas, kerusi semuanya perlu dilap.

Manakala si ayah-ayah, si abang-abang sibuk mengecat rumah, tapi rasanya  aktiviti ini telah pun selesai..
Cuma sekarang sibuk menjadi drebar meneman membeli belah barang  keperluan untuk memasak hari raya ini.

Si pencinta pula berdebar-debar di hati ingin menjenguk ke rumah bakal  mak mentua buat pertama kali.
Yang sudah melawat beberapa kali mungkin tidak terasa sangat tapi masih  lagi berdebar kerana pada masa itulah semua sanak saudara kekasih hati ada dirumah.
Di kepala sudah tersusun rapi ayat pemula kata dengan harapan menjerut  harapan sebagai menantu pilihan...hehehehehehe.

Manakala si adik-adik cilik pula sudah berkira-kira duit raya yang akan  mereka perolehi.
Mak Usu, Pak Ngah, Acik, Nenek , Datuk,,,semuanya akan menjadi mangsa kerakusan mereka.
Zaman sekarang nak berjalan raya dari satu rumah ke rumah lain sudah dah tak relevan.
Kalau tak pasal-pasal kena culik lak...
Yang tinggal bapa dan mak saudara sahaja...hemmmm..

Walau apa pun Hanif Idrus Blog ingin mengucapkan sekali lagi SELAMAT HARI RAYA.
Maaf zahir dan batin...
Maafkan kalau selama ini tersalah bahasa dan laku.

Bunyi macam aku nak cuti panjang ajer..tak..tak..esok aku tetap updated  blog...hahahhaha