Kaki Wayang: The Expendables 2

Kaki Wayang: The Expendables 2


hanifidrus
Abang Ipar Dan Mak Aku  Bergambar Selepas Menonton Wayang
Tengok wayang lagi !!! hehehehehehe. Hari Raya ini aku memang merehatkan minda bersama keluarga menonton wayang.
Sebenarnya aku memang tak nak tengok wayang selepas Raya Kedua aku tonton 'SAM".
Tah macam mana malam tu , kakak aku pergi tengok The Expendables 2 dia kata kat mak aku semua hero-hero tua yang berlakon ..memang cukup dahsyat.

Mak aku nak tengok!!! So Hari Raya Ketiga, aku dengan abang ipar aku temankan ler mak aku tengok menonton The Expendables 2
Untuk pengetahuan ianya untuk penonton 18 tahun ke atas sahaja...
So kau orang dah faham ler macam mana keganasan cerita ini..memang ganas giler...
Sek-sek tak der..ganas semata-mata..

Ranking aku berikan 4.8/5. Wah!! cukup tinggi kali ini dan mengalahkan ranking Dark Knight Rises yang aku kasi 4.5 ajer...kekekeke.
Pertamanya cerita ini semua hero-hero yang berlakon adalah otai-otai tua yang memang pandai berlakon seperti Dolph Lungdren, Van Damme, Bruce Willis, Sylvestor , Chuck Norris, Arnold dan hero Transporter..tah apa nama dia...
Dengar nama sahaja kau dah kena kasi ranking free...
Lepas tu aksi yang ditonjolkan banyak OLD SCHOOL, tak banyak sangat teknik CGI yang melampau-lampau. Semuanya menggunakan kudrat tenaga yang memerlukan kemahiran  yang tinggi.  Itu yang aku nantikan sekian lama, ingin melihat aksi OLD SCHOOL yang dahsyat-dahsyat macam cerita Rambo dulu-dulu.

Dalam cerita ini juga tahap keganasan memang kanak-kanak tak boleh tengok ...kepala tercabut, tangan terpelanting memang geli-geliman bro. Paling dahsyat masa hero Transporter tu lawan dengan orang kanan samseng tu sampai kepala hancur kena kipas helikopter...eeeewwww!!!

Selain itu walau pun semua hero-hero kita ini tua, tapi body mak aaiiii!!! macam aku punya...lengan besar gajah...memang banyak muscle dia orang ini..Kalau gaduh memang klasik movie, tak perlu nak lompat-lompat pakai komputer, Ini PURE punya gaduh pakai kaki tangan punya.
Sebagai contoh masa Sly gaduh dengan Van Damme. Memang best , dimana tendangan popular Van Damme iaitu lompatan tanpa bayangan kena kat muka Sly ( itu ayat aku ler..kekeke).. Memang real habis.

Tapi ada peliknya kemunculan Chuck Norris ini....hehehehe.
Nanti kau tengok sendiri ler... dan movie ini tak sepenuhnya serius kerana kebanyakkannya memang banyak aksi kelakar....

Catat Ulasan

5 Ulasan

Unknown berkata…
expandable 1 pun dah best.. inikan pula yang kedua yang mana lagi ramai hero2 dulu yang top2.. aku suka watak jet lee. tapi tak pasti expandables 2 ni ada ke tak watak dia.. aku nak tgk dia fighting je.hehe
Unknown berkata…
expandable mmg best :D
MalizaMah berkata…
leeza pun nk keluar tgk wayang ni. haaaa esok lusa.
Aiisyah Roseskalerful berkata…
wow.. cerita ganas2 ni memang saya xsuka.. yela, dah suka cerita cinta2, xkan nak suka cerita ganas2 kot? memanglah xsesuai.. hehe
haz berkata…
mcm best je cite ni.. nk tgk la nanti. hee ^^