Kaki Wayang: SAM

Kaki Wayang: SAM

Raya kedua sudah mula menonton wayang..hehehe.
Mood nak tengok wayang dah muncul lagipun plan jalan raya lepas isyak so kami sekeluarga nonton wayang.
Ini pun bini aku ajak, SAM arahan budak kecik anak Yusof Haslam, Syafiq. Bini aku kata SAM membawa maksud Saya Amat Mencintaimu..Iyooo.. ler tu...hehehe.
Ranking Kaki Wayang boleh berikan ialah 2.5 bintang dari 5 bintang. Boleh tahan ler. Filem ni nampak hebat sebab lakunan si Sam, kalau tak boleh tahan hancur dia...kekeke.
Cerita ini genre thriller...kisah suspen dan orang giler.
Filem ini berkisar hero kita Sam yang sedang bercinta dengan Lisa rakan sepejabatnya dan mereka berdua memang happy couple.
Nak dijadikan permulaan cerita, si Lisa ni ada peminat fanatik bernama Haikal yg psiko gilerkan Lisa. Sampai bertumbuk di pejabat dengan Sam.
Dan menambahkan lagi best cerita, boyfriend lama Lisa pun kerja kat situ,Jeff.
Tu yang tak logik, banyak sangat kebetulan..Jumpa boyfriend lama dan psiko boyfriend..hemmm.

Pada suatu hari, Sam ajak Lisa keluar dengan tujuan nak melamar Lisa, siap beli cincin lagi.. Masa sampai kat rumah Lisa, tiba-tiba Sam dihentak kayu dikepalanya oleh Haikal dan sempat lihat Lisa dikasari oleh Haikal.
Sam pun pengsan, dia melihat dirinya berada di sebuah kilang lama. Lisa pula telah ditahan dan di ikat matanya.

Pelbagai peristiwa berlaku dalam kilang lama tersebut dimana Sam telah dipukul oleh penculik tersebut. Lama gak scene adegan pukul memukul ni...hehehe.
Dipendekkan cerita rupa-rupanya yang menculik Lisa adalah Sam sendiri.Sam rupanya adalah bekas pesakit jiwa yang mengalami krisis identiti. Ia mempunyai dwi identiti.
Sebenarnya dia dah pulih tapi disebabkan Haikal dah hentak kepalanya dengan kayu menyebabkan identiti jahatnya muncul.
Akhirnya Sam mati kena tembak ngan polis lepas Jeff ketahui psiko Sam...
Masalahnya boleh lak Sam tahu lokasi kilang lama tersebut untuk kurung Lisa...benda mcm ni perlu perancangan..tak logik...
Kan Sam baru terkena sakit jiwa lps kena hentak ngan Haikal.

Lagi satu genre macam ni, aku dah biasa tengok dalam cerita omputih. So thrill dia kurang menarik untuk aku. Sebab tu kalau nak buat filem sebegini, kena buat lagi baik dari cita omputih..
Dan satu lagi Skop Production ni memang suka bakar kereta. Filem ini Waja terbakar sebab langgar tembok ajer...hehehe. Ini mesti kes pakai Ron 95 ni..ahaks.
Tapi tak per ler...budak kecik mengarah...kira OK ler tu... First time dan tak der experience. .yang ada duit papa dia....

Catat Ulasan

5 Ulasan

Unknown berkata…
alamak..
dah terbaca review, terus tahu ending cmner..
dh tak best dah..
huhhuhu :)
MalizaMah berkata…
terasa nk pg tgk gak citer tu...
Unknown berkata…
tak sangka pula SAM tu ada maksud.. (:
Unknown berkata…
sebab tu la ramai yang merungut. ramai yang cakap filem2 cinta tempatan ni rugi tgk wayang..
Miss Syahbanu berkata…
tggu kuar internet bru tgk hehehe