Terdapat beribu-ribu paku di dalam tubuhnya menyebabkan dia kesakitan dan sukar untuk bergerak.
“Saya telah bertemu dengan ramai doktor tetapi kesakitan ini masih berterusan,” kata Supiati, semalam.
Walaupun telah dibawa ke hospital dua kali oleh bapanya, doktor hanya menemui bukti paku di dalam tubuhnya selepas pemeriksaan kedua.
“Setakat ini, lebih daripada 2,000 paku telah dikeluarkan dan saya rasa sedikit sihat,” kata Supiati dan tambahnya dia merasa resah kerana penyakitnya ini kini tersebar luas di kampung Dlinggo di mana bapanya mempunyai rumah di situ
3 Ulasan