Sekarang ini Malaysia tengah sibuk berbicara tentang sistem
penguatkuasaan jalanraya automatik ( AES) yangakan di laksanakan
diseluruh negara tak lama lagi, Tadi pun mendapat satu e-mail dari
rakan lokasi-lokasi AES ini dipasang dikawasan had laju dan lampu
isyarat. Kalau berminat, aku akan postkan juga..hehehehe.
Sebagai pemandu yang berhemah..ehemmmm, aku kena tahu juga apa benda tu
AES. So tadi aku dah godek maklumat tentang AES dan ingin berkongsi
dengan semua rakan-rakan.
Aku postkan ini pun pakai auto post pada lewat malam sikit sebab tahu
ini adalah pembacaan ilmiah yang membosankan...hahahahaa
Sebab aku baca kat no 6 ajer aku dah menguap..kikikiki.
By the way ini adalah informasi yang wajib kita ketahui sebagai
pemegang lesan berdaftar di Malaysia!!!!!!!!!!!
1. Apakah Automated Enforcement System atau AES?
a) Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan
Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
b) Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR,
MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement,
Education and Environment).
c) Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam
terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan
kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
d) Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap
pemanduan rakyat Malaysia.
e) Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu
lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan
perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
2. Kenapa Perlu AES?
a) Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah
satu daripada kaedah penguatkuasaan.
b) AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha
ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam
mengurangkan kematian akibat kemalangan.
c) Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus
kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan
kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
d) AES mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya
pemanduan melalui penguatkuasaan:
------24 jam
------Tidak bermusim
------Tiada campur tangan manusia
e) Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan
pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musim
perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
f) Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku
kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang
amat tinggi dan memakan masa yang lama.
3. Bagaimana AES berfungsi?
a) AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja
mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku
kemalangan sahaja.
b) Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
c) Tidak mematuhi lampu isyarat
d) Memandu melebihi had laju
Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke
Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal
pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat
pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada
Orang Kena Saman (OKS).
Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk
tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau
dibicarakan.
4. Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES
berbanding kaedah sedia ada?
a) Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan
(detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
b) Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di
tepi jalan setiap masa.
c) Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan
kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam
semua keadaan cuaca.
d) Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti
penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan
unsur rasuah di tepi jalan).
e) Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian,
komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
f) Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan
perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta Pengukuran Kebangsaan 2007
agar kesalahan menjadi kes prima facie.
g) Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana
dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
h) AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk
pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas jalan.
i) Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh
disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses
pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah
(Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
j) Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
5. AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan-kesalahan
lain di masa akan datang seperti:-
1) Memotong di garisan berkembar;
2) Memotong di sebelah kiri jalan;
3) Lebih Muatan;
4) Potong barisan;
5) Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar;
6) Penguatkuasaan laluan bas.
6. Apakah AES berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?
a) Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara
lain di seluruh dunia.
b) Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system
digital traffic enforcement system.
c) Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:
i. PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun
sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
ii. JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi
budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan
pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
iii. KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
iv. UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada
kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
7. Jikalau AES begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi
diperlukan pada masa hadapan?
Kalau AES begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih
perlu diambilkira:
1) 9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan
(habitual offender).
2) Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun.
3) Jumlah pemegang lesen bertambah.
4) Kilometer jalanraya bertambah.
5) Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat
di kawasan tersebut.
6) Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu
penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.
8. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan
AES?
a) Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada
AES.
b) Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat
secara langsung dalam pelaksanaan AES:
c) JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan
end user kepada sistem AES.
d) MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera
daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian
keberkesanan AES.
e) JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya
mengenai AES.
9. Apakah peranan PDRM di dalam AES?
a) PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas
trafik.
b) Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
c) Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.
10. Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?
a) Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES dilaksanakan oleh
MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR.
b) Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan
kemalangan PDRM (Pol.27).
c) Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi
mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.
Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut
kes-kes kemalangan. Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan
tinggi ke rendah – kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan
kemalangan kecil. Lokasi yang mengumpul markah tertinggi diberi
keutamaan untuk pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi juga dibuat sah.
11. Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?
a) Jumlah kamera speeding 566 buah.
b) Jumlah kamera traffic light 265 buah.
c) Jumlah keseluruhan kamera 831 buah.
d) Mobile kamera (30%) 250 unit – operasi kamera-kamera mudah alih
adalah bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur
(bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya) untuk di pasang
kamera statik.
12. Adakah rakyat akan marah dengan tindakan kerajaan melaksanakan
AES?
a) Risiko kepada pelaksanaan sistem AES adalah ‘public outcry’ kerana
sistem secara drastik akan mengubah sikap pemanduan dalam masa yang
singkat. Namun begitu rakyat mempunyai pilihan untuk tidak melanggar
undang-undang.
b) AES akan dilaksanakan secara berperingkat. Dijangka siap sepenuhnya
100% dalam tempoh 18 bulan dari ianya mula dilaksanakan. Tempoh ini
adalah cukup bagi kerajaan melaksanakan program kesedaran dan advokasi.
c) Program advokasi adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Keselamaatn
Jalan Raya (JKJR) bagi memastikan pemahaman dan penerimaan rakyat
terhadap pematuhan undang-undang jalanraya, tanggungjawab menyelesaikan
kes kesalahan trafik dan kesedaran keselamatan jalanraya.
d) Lokasi pemasangan kamera tetap AES bukan rahsia tetapi diwar-warkan
sebagai peringatan kepada pengguna jalanraya. Papan tanda amaran akan
dipasang sebelum pengguna jalanraya menempuh kawasan yang dilengkapi
kamera AES.
11 Ulasan