Fobia Tandas

Fobia Tandas

hanifidrus
Seorang wanita yang mengalami rasa takut melampau kepada tandas, mengakui dia akan melarikan diri setiap kali mengepam tandas yang digunakan.
Alasannya dia bimbang tandas berkenaan akan menyedutnya. Justeru, setiap kali Ney Decino, 20, perlu ke tandas membuang air, dia terpaksa merayu kepada ahli keluarganya untuk menjadi peneman.

Mereka juga terpaksa mengepam tandas berkenaan selepas digunakan Ney. Fobia melampau itu turut membataskan pergerakan Ney dan terpaksa bekerja dekat dengan rumahnya supaya dia boleh menggunakan tandas yang dirasakannya selamat. Ibu kepada seorang anak itu berkata, bunyi air yang menderu ketika pam ditarik sangat menggerunkan.

“Sebaik tandas dipam, bunyi dan cara deruan air itu menyebabkan saya berlari jauh dari tandas,” katanya.

Menurut Ney, dia hanya boleh berada di sekitar tandas ketika ia dipam jika ada seseorang menemaninya. Kata Ney, ketakutannya bermula sebaik saja memasuki tandas.
“Semakin lama berada di tandas, ia semakin mencemaskan tetapi perasaan itu akan hilang apabila saya keluar dari situ,” katanya. Ketakutan Ney bermula sejak dia berusia empat tahun.

Catat Ulasan

21 Ulasan

Anisa Anuar berkata…
first time dgr ada fobia tandas =)
diari farisha berkata…
ish!ish...macam2..jenuh la nk teman die ke tandas
Aieda Adnan berkata…
byk sgt tgk mubi die ni.tu yg fobia tu..haha
Unknown berkata…
pelik tandas ja pon -.-"
Unknown berkata…
adoiii..biar betul.mcm-mcm ragam manusia ni kan.err...sanggup pulak yg kena jadi tukang pam tu kan.kalo lepas buang air besar mcm mana??hhuhu...
wantie berkata…
lorr.... cam tu pun ada. kalau cam ni le kena guna style orang dodulu. tak yah flush. main cyrah je.

mungkin air curahan tu bunyinya lagi ok dari flush.

atau dia ni kena sampuk dek hantu jamban kot. hehehe
Unknown berkata…
hak, habis dia guna tandas awam cam mana eh hik.
TiranaAduka berkata…
Salam bro...

ptg nie..banyak pulak member post ttg tandas...pe pun .....nice sharing bro..
nursuriani berkata…
pelik3 betoiii sekang neh tak pernah dengar pulahk fobia toilet neh huhuhu
Unknown berkata…
jangan ada kt sini sudah..hihi
haryati berkata…
klu tandas cam gamba tu mang menggerunkan la...sanggup tahan...
Shaiful Zaidi berkata…
Dia kena guna tandas elektronik...
boni kacak berkata…
tak mustahil benda ni terjadi.. aku dulu pun pernah fobia dengan baldi bro.. baldi yang penuh air. sebab ntah macam mana aku rasa ada ikan jerung dalam tu.. ni cerita betul..
RaimiSyazwan berkata…
Tandasphobia hahahaha..
Penyakit otak namanya ni...
Salmi berkata…
Macam2.. Jenuh pulak org nk teman ke tandas
OKje berkata…
dah tandas pun macam tu ghupenya... atenya teman pun seram!
MalizaMah berkata…
kalau nk membuang pun tak jadi lorh.
Diari Maya berkata…
hihii... agak2 korang la sapa yg jd mangsa si fobia ni ya!
Unknown berkata…
1st time dengar...
Cikrosecute berkata…
ada jugak orang fobia tandas...habis tue membuang kat mana kikiki
Unknown berkata…
agaknya kecik2 dulu dia pernah terkena kut...... sebab tu fobia....