Salam satu blogger, hari ini nak berbicara tentang Alexa.
Tak perlu saya terangkan apa itu Alexa kan Pendek kata Alexa yang semakin menurun ( sepatutnya naik) nilainya adalah semakin baik!!
Atas sebab itulah pelbagai cara telah digunakan oleh para blogger sedunia untuk menurunkan value Alexa Rank mereka..
Dalam dunia blogger terdapat dua sahaja idaman para blogger iaitu menurunkan Alexa dan menaikkan pagerank.
Masalahnya kedua-duanya mempunyai teknik yang berbeza-beza.
Dahulu aku minat bermain dengan Alexa dan target aku ialah bawah 600,000 dan nilainya kekal sebegini agak lama juga antara 500,000 hingga 600,000.
Bulan lepas aku dah mula bermain dengan Alexa dan kini Alexa aku 354,000.
Tak membanggakan tapi boleh ler buat cari makan...hihihihihi.
Caranya tetap sama iaitu membuat entri seberapa banyak yang mungkin!!!!
Jika Alexa Rank anda dalam anggaran 3 juta ke atas , sudah cukup anda membuat 4 entri sehari.
Dan tiap-tiap Alexa Rank kamu akan turun 1juta..
Sebaiknya setiap 6 jam , postkan entri.
Kalau anda guna blogspot boleh gunakan "post schedule".
Ini cara yang saya buat masa menurunkan Alexa Rank saya dari 2 juta hingga 500,000.
Tetapi apabila sudah mencapai 500,000 menyusahkan mahu turun!!!
Kejap naik dan kejap turun..tension.
Dan kamu tetap kena maintain teknik ini dan jika boleh buat 6 post sehari!!!
Postkan entri setiap 4 jam...hehehehee.
Dan sekali lagi saya memberi jaminan Alexa Rank anda turun hanya membuat entri...
Tetapi banyak pendapat yang mengatakan untuk menurunkan Alexa dengan jumlah review yang semakin banyak di Alexa anda.
Ini aku kurang pasti pula sebab aku pernah suruh member aku review Alexa aku - 3 orang tapi macam tak menjadi ajer..
Selain itu ialah pingkan Alexa URL anda. Sebagai contoh Alexa address saya http://www.alexa.com/siteinfo/http://hanifidrus.blogspot.com. So pingkan URL ini atau auto re-freshkan URL ini berkali-kali Ini pun aku dah buat tapi tak menjadi pula.
Selain itu ada yang mengatakan tinggalkan URL Alexa anda semasa komen di blog-blog orang. So kalau mereka klik maka mereka akan pergi ke Alexa address anda dan akan memberi impak kepada Alexa Rank anda. Ini aku tak cuba sebab macam tak logik dan kurang ajar style ini..Buat orang menyampah..hahahahahaha.
Selain itu Alexa Rank juga berkait dengan traffic blog. Ini susah aku nak cakap tapi aku rasa ia tak member impak yang banyak kot.
Download toolbar Alexa ke komputer anda, ini saya sudah baca berkali-kali tentang benda ini. Lagi baik kalau toolbar Alexa anda di download ke banyak IP lain akan memberi impak yang baik. Itu pun aku kurang pasti.
Sebenarnya banyak mitos memperkatakan tentang membaiki Alexa Rank kita tapi ada cara yang agak mustahil aku nak lakukan juga...hahahaha.
Cara termudah dan sangat berjaya ialah membuat entri setiap hari!! Lagi banyak lagi baik...
Cara ini baik kepada Alexa dan juga membaiki pagerank dan sekaligus kepada pelawat anda. Kerana anda sentiasa updated blog dengan entri-entri terbaru, so pembaca ketahui, kalau pergi ke blog mamat ini memang ada ajer entri baru. Manakala Google akan sentiasa indexing entri !!!
So kalau anda amalkan petua ini, ia memberi anda 3 In 1 impak.!!!
Giler ker kau Anip!! Macam mana nak buat 4 entri sehari apatah lagi 6 entri sehari!!! Kalau anda nak tahu rahsia buat 10 entri sehari BACA INI....hehehe
14 Ulasan
Blog aku baru aktif tak sampai setahun, masih mentah. Jumlah posting pulak baru capai 500post sahaja. rasanya sederhana saja.
Pada aku Sistem rank Alexa agak pelik. Kalau nk dibandingkan prestasi blog aku dengan Rank Alexa blog, ia agak aneh dan aku sendiri pun tak faham.
Rank Alexa blog aku nampak mcm bagus aje, padahal blog aku hampeh.
http://www.alexa.com/siteinfo/pseudosupra.blogspot.com
alexa rank akan turun slow2..
Tak mo lah kesian dia.... nanti dia dah tak glamer lagi hi..hi...