Salam satu blogger. Entri yang tak begitu tepat maksudnya..hehehehhee.
Borang Soal Jawab kat sini bermaksud semalam aku dah add kan di pages aku dengan tajuk "Tanya Soalan" kepada mana-mana blogger yang mempunyai soalan
berkenaan apa jua soalan. Persoalan yang aku maksudkan disini ialah
tutorial blogging, pagerank atau Alexa atau SEO ler. Macam best ajer
aku ini.
Biasanya ramai yang sering bertanya pada aku melalui komen box dan
sering acapkali aku terlupa nak jawab. So aku merasakan adalah lebih
baik aku menggunakan borang pertanyaan ini dan letakkan di side bar
aku. Segala pertanyaan anda secara automatik akan di e-mail ke e-mail
utama aku yang memang tiap-tiap hari aku buka.
Kalau soalan yang memerlukan aku membuat reaserch aku boleh simpan
soalan anda di draft so aku tidak mudah lupa.
Persoalan pertama" Bro, lu macam terer ajer, nak jawab soalan-soalan
blog ini" Aku tak terrer tapi aku mempunyai rakan-rakan blogger
yang terer-terer belaka. Melalui persoalan anda sudah tentu aku akan
membuat research dan entri. Selebihnya ilmu pengetahuan itu akan
dikongsi bersama rakan-rakan blogger yang mempunyai pengetahuan
tersebut melalui kotak komen yang tersedia.
Kebanyakkan entri-entri tutorial yang aku buat baru-baru ini seperti blogshop
mempunyai banyak komen yang membina yang aku sendiri terlepas pandang.
Aku bertuah kerana rakan-rakan blogger aku semua sempoi dan tak kedekut
ilmu macam Sembang Cyber, Silencz Blog dan lain-lain.
Pada masa yang sama aku sendiri boleh memantapkan diri ini dalam bidang
blogging. Kalau kat sekolah kita boleh panggil ini study
group...hahahahha.
Kedua tujuan borang pertanyaan ini ialah memberi aku satu lagi skop
baru untuk membuat entri. Sekarang ini aku memang dah buntu
hendak membuat entri. So melalui pertanyaan anda semua, secara tak
langsung aku mempunyai alasan membuat entri terbaru aku..hehehehe. Dan
kalau kita kaji, entri-entri yang mempunyai keyword popular ialah
tentang tutorial blog. So secara tak langsung aku boleh naikkan traffic
aku sekali...kikikiki.
Ketiga sebagai rekod penyimpanan aku tentang tutorial
blogging ini. Baru-baru ini semasa aku membuat templates baru. Aku
kehilangan iklan Nuffnang di header dan bawah post. So aku pergi
mencari entri lama aku bagaimana nak add iklan Nuffnang di blogspot.
Tak perlu lagi aku mencari diblog-blog lain. Kalau aku rasa dah macam
best ajer, aku dah boleh buat e-book. (tengah berangan-angan
sambil tersenyum)
Borang pertanyaan yang aku nak guna ask.com tapi masa aku nak sign up, macam-macam hal lak. Lalu aku
gunakan form dari company lain iatu formspring.me yang digunakan oleh blogger2 terkenal.....hehehehehe. Borang ini
amat mudah tak perlu taip URL, kau tanya ajer dan tekan butang send ajer.
Tapi kalau rajin boleh ler letakkan URL kau dalam soalan tu. Nanti bila
aku dah siap buat entri, aku boleh roger-roger kat anda.
Soalan yang aku malas nak layan ialah tentang masalah rumah tangga,
masalah percintaan kau orang, masalah kucing kau merajuk. Menjadi
pendengar boleh ler...hahahahahha.
Soalan yang paling aku tak tahu ialah templates atau layout blog ini,
ini juga memang kelemahan aku. Cuba nak belajar tapi tak faham-faham!!!
Dalam hal ini kita "win-win situation", anda menang aku pun menang.
Jom kita boost up beramai-ramai pengetahuan kita!!!!
Kalau sesiapa berminat nak buat boleh klik sini ke http://ask.fm atau http://formspring.me.
15 Ulasan
sy ade frmspring tu, tp da lama xguna.
macam banyak aje nak tanya...
kalau t rasa kamu teror, kamu ada lagi kawan yang teror. bangga gak sebab ada kawan teror pas tu dia plak ada kawan yg lagi teror.. pas tu kawan dia ada kwan yg terror lagi. bertambah la kaum kaum teror dalam duni ni.
hai.. berapa banyak teror da....
Regards,
-Strider-