Salam satu blogger. Hari ini semua orang yang bekerja sure tengah Monday blues. Kasihannya.
Sebab hari ini aku cuti!!!!!!¦
Cuti sebab hantar mak aku last kimoterapi. Ini dah masuk kali ke-enam kimoterapi. Aku pernah buat entri pasal mak aku ada ketumbuhan kat rahim dan selepas pembedahan yg memakan masa 5 jam dan penuh suspen tu, doktor kata masih ada kanser jahat dan aktif kat badan mak aku.
Mula-mula aku tak setuju tapi sepupu aku doktor sakit puan kat hospital Melaka kata baik buat. Aku pun mengiyakan kan ajer,lagipun kroni ada kat hospital Melaka iaitu sepupu aku...kikikiki..so aku pasti jagaan perubatan kat mak aku mesti tip top...hahaha.
Dan aku juga ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada nurse kat sana, melayan karenah orang tua aku, kalau berbual tak berhenti-henti.......
Sepanjang kimoterapi ini, aku tengok mak aku rilex ajer. Lepas kimo boleh lagi siram pokok
kertas dia sambil cabut rumput depan rumah lagi. OK ler tu....
Tapi melayan ubat pun boleh tahan gak poket ini. Dengan minyak gamat, kalsium dan tah apa-apa aku pun tak tahu....kikikii. Nasib baik hospital gomen...for warga emas spesial sikit payment.
Tapi orang tua kita kan.....kalau bukan kita sebagai anak-anak nak membantu siapa lagi. Lagi pun ini tanggungjawab kita kan....
Akan dtg anak kita punya tugas pula. Dunia ini kan bulat....
How your day my blogger friend..?
Mcm salah ajer grammar aku ni.....kikikiki.
12 Ulasan
monday blues? hahaha, lambat panas hari ni. tp still on the goal. ehh? =) huhu
moga mak abg hanif cepat sembuh.. :)
2. terkenang akan arwah mak, rs rindu... teringat saat menjaga arwah di hosp... sayu jer rasa.
Ayah akak sekarangpun kurang sihat. Sedih sangat tgk ayah tadi..