BANK Negara Malaysia (BNM) komited untuk terus memantau paras hutang
isi rumah rakyat negara ini bagi memastikan ia mencapai tahap
munasabah, tetapi pada masa sama tidak menjejaskan aktiviti ekonomi
negara.
Sehingga 2011, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) mencecah 77 peratus, berbanding 69 peratus pada 2006.
Kira-kira enam juta isi rumah di Malaysia dilaporkan berhutang RM653
bilion dengan secara puratanya, satu isi rumah menanggung hutang
RM108,000.
Penolong Gabenor BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, meskipun angka
itu dianggap tinggi di rantau ini, ia masih terkawal.
“Sebahagian besar hutang disebabkan pemilikan rumah dan kereta.
Ia
turut didorong jumlah aset isi rumah yang dua kali lebih besar
berbanding hutang sebenar selain peningkatan pendapatan pekerja
berikutan persekitaran ekonomi lebih kukuh.
“Maka pengguna perlu berhemah berbelanja dan bijak membezakan antara
keperluan serta kehendak,” katanya
Salam Satu Blogger. Hari ini kita berbicara tentang ekonomi isi rumah
Malaysia iaitu kita yang membaca entri ini sekarang. Dimana kadar
hutang isi rumah Malaysia meningkat dari masa ke semasa!!! Ini
disebabkan penduduk Malaysia ini kaki boros, tidak menabung dan tak
berhemah ... Betul ker?
Inilah yang berlaku apabila kita ada penganalisis kewangan yag pekak
mata dan otak....hehehehehe. Analisis telah dibuat dan data pun telah
dikeluarkan iaitu jumlah terbesar hutang isi rumah Malaysia ialah
disebabkan pemilikan RUMAH dan KERETA.
Kedua-duanya dalam istilah ekonomi aku yang rendah ini aku anggap
sebagai barangan utama. Rumah sebagai tempat tinggal dan kereta sebagai
sumber pengangkutan. Wajib ada pada setiap isi rumah pada masa sekarang.
Dan acap kali rakyat Malaysia telah bersuara bahwa harga rumah dan
kereta di Malaysia ini mahal. Dan pelbagai cadangan telah disuarakan
tentang hal ini.
Dan ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertunggu -tunggu semasa
pengumuman Belanjawan 2013 harga kereta akan dikurangkan. Tapi tiada
apa-apa pun!!
Dengan pengumuman rumah mampu milik yang berharga RM200,000 hingga
RM400,000 juga akan menambahkan sengsara kepada rakyat Malaysia.
Dan yang paling sedihnya, kerajaan tahu itulah nilai hutang isi rumah
Malaysia yang utama!! Tapi apa yang dilakukan oleh pemerintah kita
dalam menangani masalah ini. Saya bukan pro-pembangkang atau anti
pemerintah tapi saya amat geram apa yang mereka buat dengan data
tersebut.
Sekadar ambil data sahaja tapi tiada tindakan, tiada maknanya....
Saya sebenarnya terlalu risau dan gundah sebenarnya. Kejatuhan ekonomi
sesebuah negara akan berlaku jika rakyat tiada kemampuan untuk membayar
hutang mereka. Dan dengan trend sekarang kadar hutang isi rumah yang
sentiasa meningkat tinggi bukan disebabkan rakyat berbelanja mewah
tetapi menampung harga rumah dan kereta yang semakin meningkat. Seperti
yang berlaku di USA dahulu, rakyat tak mampu membayar hutang dan bank
tiada kecairan uang maka hancurlah ekonomi.
Inilah fungsi pemerintah memantau dan mengambil tindakan memastikan
trend ini kekal atau lebih rendah. Bukannya macam sekarang sesiapa yang
ingim membeli kereta harus melalui Bank Negara..hehehehe.
Tetapi mencari jalan agar harga kereta dan rumah mampu bilik
diperhalusi harganya....
6 Ulasan
ada lagi yang harga sampai 2-3 juta. gilo apa rumah rega juta juta. yang kaya boleh beli yg miskin. duduk dalam kotak le
umah dalam kotak (flat) pun harga dalam 80-150k. memang mahal. lepas ni lagi mahal sebab harga simen dan pasir naik masa belanjawan that day.
hairan! keta keluaran negara sendiri pun mahal tak beda'ah.