Salam Satu Blogger. Kadang-kadang manusia ini apabila membuat sesuatu tidak memikirkan kesan dan akibat dari segi kebudayaan atau agama serta sensitiviti antara negara.
Cuba lihat berita dibawah:
Risalah iklan “Pembantu Rumah Indonesia Untuk Dijual” yang ditemui Pengarah Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayat di Chow Kit, Kuala Lumpur semalam mencetuskan kemarahan rakyat negara ini.
Iklan yang dipaparkan dalam akaun Twitter @anishidayah menyebut, “Permohonan mudah dan cepat. Kini kerja rumah dan memasak menjadi mudah. Anda boleh berehat dan relaks. Wang pendahuluan hanya RM3,500, harga bersih RM7,500.”
“Iklan itu satu penghinaan kepada pekerja kita,” kata Anis sebagaimana dipetik daripada tempo.com semalam.
Iklan itu memperkotak-katikkan pekerja Indonesia dan kita tidak boleh bertolak-ansur, katanya.
Anis menggesa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Menteri Tenaga Kerja, Muhaimin Iskandar agar mengemukakan bantahan kepada kerajaan Malaysia. Kerajaan Indonesia menarik balik penangguhan untuk menghantar pekerja ke Malaysia tahun lalu. Penangguhan sementara yang dibuat selama dua tahun itu ditarik balik selepas kerajaan Indonesia menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Malaysia agar menjamin hak pekerja Indonesia
6 Ulasan