![]() |
Kawasan Hutan Yang Dibersihkan |
Hah!! tahu takut...hehehhehehe.
Semenjak 2 minggu kebelakangan ini rumah mak mentua aku ni sering diganggu oleh lolongan puntianak. Perkara ini terjadi selepas kawasan hutan di depan rumah mak mentua aku ni dibersihkan, mulalah ia melolong selepas maghrib.
Aku tengok mak mentua aku ngan adik ipar aku selamba ajer, kata mak mentua aku jangan bawa anak-anak keluar dan buka lampu depan. .
Kadang-kadang pukul 1.00am minah puntianak ni melolong...buat suspen ajer.
Kalau puntianak Cina boleh gak aku kejar sebab ia melompat-lompat. Tapi ini puntianak melayu, lagi advance jenis terbang. Apa yang aku nak buat!!! Takkan aku nak terbang ,lainlah aku ada kuasa pedang terbang aura ke lapan macam cerita komik Cina tu..hehehehhee.
Sekarang lagi teruk sejak anak perempuan Nek Yah tu bersalin , lagi kuat lolongan tu...baby tu pun asik nangis ajer. Aku dengar bapa baby tu nak bawa balik baby dia ke KL sebab baby dia nangis tak henti-henti. Kasihannya...
Aku sekarang perhatikan ajer ler, kalau makin teruk aku terpaksa ler buat sesuatu. Sekarang ni anak-anak aku yang lebih terer mengaji dari aku , aku suruh baca Surah Kursi dan 3 Kul kalau rasa takut.
Sebab orang kampung kat sana lagi terer kot, aku rasa dalam 2 minggu ini hilang kot.
Atau tetiba ada berita anak dara baru muncul, maksudnya ada ler bomoh mana yang dah ketuk paku kat belakang puntianak tu jadikan bini macam cerita melayu lama tu..hihihihi
Tapi mengikut petua lama, kalau tak nak kasi puntianak ni mengganggu, ambil 1 cubit garam kasar, beberapa tangkai lada cili ( tangkai ajer) dan kulit bawang merah campurkan dan masukkan dalam sabut kelapa dan bakar.
Tapi digalakkan bakar jauh sikit dari rumah sebab bau dia kuat sikit, terutama yang ada baby kecil takut tersedak ..
Jangan memandai nak guna kulit bawang putih lak....tu tangkap vampire boleh ler...hahahhaha
Kalau baby menangis ajer , kau letakkan daun roda-roda bawah bantal dia. Insyallah gangguan itu boleh diatasi.
Walau apapun aku berserah pada Allah , ia lebih berkuasa dan kita sebagai hambanya, kita berdoa padaNya. Tapi pada masa yang sama kita kena usaha juga..Betul tak.
Mungkin kau orang ketawa bila baca entri aku ni, tapi percayalah ujud benda-benda macam ni di zaman sekarang ini. Kalau nak kata aku pernah lihat orang kena rasuk , kena sampuk...bukan nampak benda tu tapi lihat kesengsaraan manusia yang dikenakan oleh paranormal ini ( bahasa international) ..amin..
29 Ulasan
selalui la mengaji al quran dan bace ayt2 abg hanif sebutkn tu.
minta bantuan Allah yg terbaik...:)
Benda cam tu x yah amat-amati sgt...buat selamba je..dia cuma ada roh je..kita untung ada roh dan jasad...exceland kita manusia
Taoi betul....aku buat dek ajer..kikiki
dahla sengsorang nieh.
hish...lain kali percaya pada tajuk jangan bersangka baik sangat!
mungkin dia marah sebab takde tempat nak tinggal kut.....
http://vanilacoklatpeace.blogspot.com/2012/10/contest-blog-saya-owesome-ke.html