Tangan putus dikisar mesin

Tangan putus dikisar mesin

hanifidrus
Salam Satu Blogger. Ini adalah cerita lama sebenarnya, dah 3 hari dah!!! Kasihan budak ini tak pasal2 jadi OKU kerana kealpaan ibu bapa sendiri..
Apa jua cerita yang berlaku ibu bapa pasti disalahkan dan memang kerana budak berumur 4 tahun, apa yang dia tahu. Ini yang kita namakan tiada Safety At Workplace.
Habis masa depan budak ini. Tangan tak der, bukan maksud aku dia tak akan berjaya tapi susahlah sebab kekurangan satu anggota tangan.

Untuk ibubapa pastikan selalu lihat anak anda terutama berkaitan bahan elektrik dan juga aku nak ingatkan, kalau budak2 naik kereta pastikan kunci pintu kereta. Sebab pernah kena kat aku, aku stop kereta anak aku dah buka kereta nak keluar. Nasib baik kat sebelah pintu tak der kereta lalu. Serau darah aku dibuatnya....

Seorang kanak-kanak lelaki kini terpaksa membesar dalam keadaan sukar apabila tangan kirinya putus dan hancur akibat dikisar mesin pemerah santan di Kok Lanas di sini semalam.
Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan Aisy Mirza Mahadi, 3, kehilangan tangan kirinya hingga ke paras bahu.
Ketika kejadian, terdapat beberapa pekerja lain dan pelanggan yang sedang menunggu giliran untuk membeli santan.
Difahamkan, tangan anak tunggal pasangan Mahadi Mustapa, 29, dan Nik Nur Aiza Rozali, 26, itu gagal diselamatkan dan doktor hanya dapat membalut tulang bahu yang tersembul sahaja untuk mengelakkan daripada dijangkiti kuman.
Mengimbau semula kejadian itu, Nik Nur Aiza berkata, ketika kejadian dia berada di belakang kedai untuk mencuci beberapa peralatan dan pada masa sama meninggalkan anaknya di dalam premis bersama mesin yang tidak dimatikan suisnya.
Katanya, beberapa minit kemudian, dia terdengar bunyi kecoh selain suara Aisy Mirza menjerit memanggilnya.
“Saya yang tidak menyangka apa-apa kemudian terkejut apabila mendapati tangan kiri anak saya berlumuran darah, putus dan hancur dikisar mesin tersebut. Saya hanya mampu kata ‘hilang dah tangan anak aku.. hilang dah tangan anak aku’.
“Dalam keadaan lemah, saya kuatkan juga semangat untuk memangku Aisy Mirza dan membalut tempat luka dengan kain sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan menaiki motosikal bersama seorang teman. Bagaimanapun, anak saya tidak meraung atau menangis sebaliknya dia hanya merengek dan memanggil nama saya,” ceritanya ketika ditemui semalam

Catat Ulasan

6 Ulasan

boni kacak berkata…
mak aih..sampai ke paras bahu??? dasyatnya...
Eiqa Almond berkata…
Ya Allah, kesian nye budak niee..
Sampai bahu koot..!! :O
mama lynn berkata…
tak sanggup nak baca sampai abis.. sedihnya
Unknown berkata…
kecuaian ibu bapa..... membawa kesengsaan utk anak2...... kena berhati2 ....peringatan utk semua juga....
Unknown berkata…
adei.. nak baca terus rasa sangat ngilu nya.

risau betul. kat umah ni pun kalau blender tu pun saya letak atas.

kalau memasak kat dapur pun make sure anak anak main kat hall. si kecik tu la suka sakat explore. riasu risau
OKje berkata…
Kesiannya....tak mampu nak kata apa-apa!