Salam satu Blogger. hari ini nak cerita tentang kehidupan sebagai blogger baru.
Sebenarnya blogger baru ini terbahagi dua iaitu yang benar-benar tak tahu tentang blog dan memang tahu tentang blog.
Kalau yang benar-benar tahu tentang blog aku rasa ia tak menghadapi masalah dalam menguruskan blog mereka, apatah lagi mereka mempunyai rakan-rakan yang sudah mempunyai blog. Sudah tentu ilmu blog mereka akan lebih cepat dari rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog ini.
Tapi aku tak mahu bercerita tentang mereka yang memang dah faham tentang blog. Aku nak cerita tentang mereka yang langsung tak tahu tentang blog...hehehhehe
Contoh terbaik ialah aku...hahahhaha
Aktif selepas setahun
Bermula pada tahun 2010 tapi mula aktif pada tahun 2011, ini disebabkan proses pembelajaran yang panjang untuk memahami apabende tu blog..heheheheh.
Masalah pertama ialah masa kau nak taip blog, tetiba ada ayat HTML kat tepi tu...
Lepas tu bila kau dah taip, perenggan dan saiz pula bermacam-macam,,,ehehhehe
Belum lagi time nak masuk gambar...terkial-kial....
Belum campur saiz tulisan kau yang kecik-kecik atau terlalu besar dan font yang senget-senget.
Menulis hal peribadi
That normal. Bila baru berblogging perkara pertama yang kau nak tulis ialah kisah kau atau pendirian kau. Kau akan menulis entri-entri yang mengantukkan mata pembaca tapi untuk kau kepuasan.
By the way, blog adalah pencetus pemikiran kita, so untuk aku no problem!!!
Pasang widget yang bukan-bukan
Perkara yang sangat normal!!!! Sebab utama ialah blog kamu kosong dan tak tahu nak letak apa. So letak ler kalender atau widget tikus kejar bola...hehehehehe.
Tapi terlupa nak pasang recent post, popular post widget..hahahha
Background Templates yang bombastik
Background tu kalau boleh kau nak letak yang berwarna warni hingga sudah orang nak baca entri kau. Semua templates kau nak mengatal nak cuba.
Usik-Mengusik Templates HTML
Ini adalah terlalu biasa. Kononnya nak belajar dan apabila kau baca blogger lain tulis coding dan kau nak masukkan dalam HTML kau. Apalagi kau klik Expand Widget Templates, masukkan coding yang kau copy dan bermulalah mimpi ngeri kau!!!!
Ada banyak blog
Perkara biasa juga. Kau fikir kau nak buat satu blog lagi untuk spesifikasikan konsep blog kau. Akhirnya kau tak mampu nak handle semua blog-blog kau....termasuk blog utama kau.
Bosan dan Bosan
Ini lagi amat normal. Tiada pembaca dan komen , padahal kau berkerut dahi nak buat entri tapi tak der orang baca. Mulalah datang bosan kau!!!
Kadang-kadang buat entri dan akhirnya kau dah malas nak berblog atau kau buat blog baru..ehehhee
Nama blog yang pelik
Inipun satu hal juga. Kasi nama blog kau yang pelik-pelik hingga orang pun tak ingat nama blog kau. kadang-kadang gabungan nama yang bombastik...hahahahahaha
Nak kawan dengan blogger femes
Ni pun normal....hehehhehe. Terus kau add blogger femes jadi kawan kau dan paling tragis kau letak di dalam bloglist kau sebagai idola.
Terlupa nak berkawan dengan rakan-rakan blogger yang lain....
Dan banyak lagi seperti susunan layout, sidebar, header yang besar bagak dan lain-lain..
Dan semua ini aku pernah buat...hahahahahhaha.
Hingga kini HTML aku dah rosak teruk...kalu tak memang dah PR4 aku sekarang ni...kikikiki
So mana-mana blogger baru, jangan bimbang dan jangan risau kalau anda buat semua kesalahan ini. Ini semua adalah perkara normal dalam peringkat-peringkat pembelajaran sebagai blogger.
Dan sebenarnya ramai blogger bermula secara serius selepas 2 tahun berblogging!!!!
Bukan 2 hari atau 2 minggu!!! Tapi 2 tahun......
So kalau anda rasa anda dalam kategori ini , anda berada di jalan yang benar kerana proses pembelajaran untuk blogging ini sebegitu caranya. Apatah lagi tiada cikgu yang mengajar kita.....
Memang payah sangat nak melalui proses pembelajaran ini.
Anda perlu melalui peringkat ini.....?
26 Ulasan
nak klik itu terklik widget. blog jadi semak.
sampai konpius mana satu entry mana satu widget. hahaha...
tapi blog ni best sebab plain dan selesa nak lepak. bukan puji tapi kenyataan.
Terima kasih tuan kerana sudi meninggalkan komen di blog saya iaitu, danialde4.blogspot.com
Salam perkenalan daripada saya. Bloggger baru ^_^