Gambar Makro Menggunakan Extension Tube

Gambar Makro Menggunakan Extension Tube

Salam satu Blogger. Disebabkan aku ini sedang menjakunkan diri dengan teknik makro fotografi.

Disini aku hendak tunjukkan beberapa gambar makro yang aku ambil dengan mengggunakan Extension Tube Manual berharga RM50 sahaja.

Gambar ini tak berapa cantik dan memerlukan latihan demi latihan baru mendapatkan hasil yang kita kehendaki.

Cuma aku nak beritahu kepada peminat-peminat makro atau baru hendak menceburkan diri dalam bidang makro boleh beli extension tube ini untuk suka-suka.

Jika anda hendakkan magnifier yang lebih besar, extension tube ini boleh disambung-sambung lagi...hehehehe. dan boleh digunakan pada semua lensa yang anda miliki..

Cuma masalah penggunaan makro ini musuh utama ialah pencahayaan, terpaksa guna ISO tinggi dan Shutter Speed rendah sikit. Tapi jika anda kreatif boleh gunakan lampu flash anda.
Dan Canon pula, harus setting aperture dulu di lensa sebelum anda sambungkan extension tube.

Selamat bermakro!!!!

Semut Tengah Buat Lawak Lucah Dengan Aku...hemmmm
Apa pandang-pandang
Kapal terbang Air Asia
Burung Langkawi

Catat Ulasan

10 Ulasan

haryati berkata…
takpe blaja slowly...teringin jugak nak blaja...
FaizalRSD berkata…
Pakai DSLR syok la main makro shot.aku pun suka,tapi pakai zoom digital tak le makro mana.heee!
OKje berkata…
Dah kira terer tu Nep....Tak lama lagi kaya raya jangan lupa kawan!! ha...ha..
Asmar Arafad berkata…
wah hebatlah, selamat tahun baru hanif baru nak ucap, semoga persahabatan kekal ke akhir hayat..
wantie berkata…
tak beli pun extention tube tu. nak beli la pas ni.

syok tengok gambar semut tu
ayut berkata…
ayut suke tgk gan komen jer..amik gmbar mmg failed..hihihi
Unknown berkata…
takpe bro... dah expert nanti baru beli yg mahal lagi.....
ayut berkata…
jmpe window 8..done..
kay_are berkata…
aku memang zero r kalau cite pasal bende2 related dengan kamera ngan image ni.. tak reti langsung bro.. +__+
Unknown berkata…
teringin nk blajaq jgak..tp kamera pon xdak lg..=P