Post Panjang Atau Post Pendek

Post Panjang Atau Post Pendek

hanifidrus
Salam Satu Blogger. Soalan tradisi juga ini...hehehehehe
Ramai blogger selalu menghadapi isu tentang dilema mana yang terbaik samada post/entri yang panjang atau post yang pendek?
Kenapa aku keluarkan isu ini kerana sejak menjak aku rasa post aku menjadi panjang sangat...hehehehe
Bila aku baca aku terasa boring lak..dan tertanya kenapa ler aku tulis panjang-panjang...hehehehehe.

Sebelum itu kita kena memahami apa itu post panjang, medium dan pendek :
Post pendek terdiri dari 150 hingga 300 patah perkataan.
Post Medium  terdiri daripada 400 hingga 750 patah perkataaan.
Post Panjang terdiri daripada 750 hingga 1250 patah perkataan.

Aku tidak mahu bercerita tentang SEO pasal post panjang atau post pendek ini . Sebenarnya tidak ada bukti mengatakan post panjang ini akan memberi kelebihan konten kepada Google.

Lainlah kalau anda buat post panjang dengan menerapkan teknik SEO dengan meletakkan keyword-keyword yang tertentu yang memberi hint kepada pencari enjin. Tapi ia akan menghilangkan nilai blog anda, hilang pembaca dan kejujuran dalam menulis post anda..

Sebenarnya......samada post itu panjang atau pendek ianya bergantung pada KUALITI. Post yang berkualiti akan membuat pembaca duduk dan membaca post anda sampai habis. Itu sahaja!!!

Aku banyak membaca tentang isu ini dan kesemuanya mengatakan kualiti post merupakan perkara penting dalam menarik perhatian pembaca,

Kelebihan post yang panjang kamu dapat deliver informasi yang lengkap tentang sesuatu isu tersebut  apatah kalau tentang kajian sesuatu isu.
Apakah isu yang kamu ingin sampaikan?
Post yang pendek pula kemungkinan besar kamu tidak dapat luahkan isi-isi penting!!

Tetapi kalau post anda terlalu panjang macam membuat novel sudah tentu ia akan membosankan. Sebab tu kalau sesuatu post yang panjang itu lebih baik kamu pecahkan kepada part by part...Sebagai contoh part 1, part 2, part 3 dan seterusnya.

Post yang panjang sebaiknya dibaca berulang-ulang dan pendekkan menjadi isi-isi penting sahaja.

Tapi adakah post yang pendek tidak berkualiti, Ianya salah!!! Post yang pendek tapi ditulis dengan baik dan menyampaikan maklumat yang baik ianya akan menjadi yang terbaik...

So mana satu yang betul ini!!!! Ramai blogger SEO kata sebaik-baiknya tulislah post melebihi 200 patah perkataan hingga 400 perkataan.

Itulah otak manusia yang boleh membaca sesuatu post itu dengan cepat dan tepat. Dan kononnya kalau bawah 200 patah perkataan nanti Google beri penalty.

Kalau tanya aku, aku suka baca post yang pendek ajer..hahahhahaha.
Terutama masa tengah blogwalking , mana ada masa nak baca semua...kikikiki.
Tapi jangan risau!!! Aku baca juga sebab nak komen nanti tak salah komen..hahahahaha.

Paling best kalau hari Rabu..tak yah baca sebab semua gambar-gambar....kan Wordless Wednesday...kikikiki.

Anda dalam kategori mana?
Aku kau tak yah tanya sebab semua post aku panjang berjela-jela.
Thanks sebab sanggup  baca post aku yang berjela.....



Catat Ulasan

28 Ulasan

Unknown berkata…
Kekadang panjang, kekadang pendek tapi selalunya pendek bergantung kepada curahan idea dan time constraint.
Abam Kie berkata…
keep it short and simple, ok. i write between 250 and 350 words only.
Blog Santai berkata…
Kita sebenarnya suka tengok artikel bersama gambar..coz ianya lebih tertarik nak stay baca..unless that entry semenagnya menarik so panjang pun tak pa..tapi rasanya ramai yang suka entry yg pendekkan..
Syamimi Saad berkata…
macam karangan sekolah kan kena tahu krngn pendek ke panjang..kalau pada saya, tak kisah pun mana-mana..yang penting jalan cerita tu menarik..kalau pnjng, tp isi tak menarik pun susah jgk.. mcm sy jgk..kadang2 niat nak tulis pndek.. tapi bila dah cerita, bukan kemain pnjang..hehe..

eh,taip komen pun dah terpanjang.. hihihi
Aiisyah Roseskalerful berkata…
kalau saya xkisah. ada panjang ada pendek. tapi saya suka baca blog org yg medium2 or pendek2.. kalau panjang sangat malas nak baca.. hee~
Aimacomel berkata…
mostly post sy panjang2, kdg2 xtau nk potong tang mana. tapi kdg2 bila hati duka lara & menulis rasanya cam xde ntahpape je yg terhasil.. so far sy tetap baca jgk walau panjang walau ianya pendek..
ALS berkata…
Kasih diterima.. Hihi..
ALS berkata…
Kasih diterima.. Hihi..
Unknown berkata…
emm tah bergantung, kdg kalo dah kt minat ngn blogger tu, eh silap minat ngn pnulisan die, panjang 7 petala langit pn kt baca :P haha. tp honestly suke yg ngan ngam2, cun2, x panjang sgt xpendek sgt :)
TRAVELOG ATEH berkata…
menulis kadang2 tak tentu. ada panjang ada pendek ada tak tulis apa2 just letak gmbr jer. kalau idea mencurah2 ker ladang gandum bleh lah tulis panjang sikit. kalau tak der idea nak tulis sikit pun dah mkn masa. blur jer. apa pun terpulang pd blgr tue sndri. lg suka baca post pendek tp mantap.
Nadia Johari berkata…
bagi nad x kish pjg ke pendek..yang pasti entry tu menrik..=)
Unknown berkata…
bergantung idea yang ada pada masa menulis..
terlalu panjang malas juga baca tapi kalau menarik dua kali baca juga
Harun Ar berkata…
Post panjang atau pendek, aku selalu senang di sini..... hhe
Kak iman berkata…
terbaek bro..kalau aku pon nk buat pendek je
Tanpa Nama berkata…
kalau bagi saya, post panjang pun mestilah berkualiti . blog saya islamik sikit (skit la) hehe. saya yakin org malas nak baca. kalau org baca pun kalau dia dpt hidayah .
Tanpa Nama berkata…
tapi kalau pendek sangat tapi macam tah ape ape takde faedah gak . saya pun tak suka
Unknown berkata…
panjang atau pendek bergantung kepada isi yang berkualiti atau tak.
nursuriani berkata…
kalau aku? semua tu bergantung juga.
bergantung kepd blogger tuh?? kalau blogger tu memang aku dah kenal dan tahu penulisan dia tak boring. aku tak kisah panjang ke pendek ke aku baca semua. huhuhu. kalau aku tak kenal blogger tu, memang aku tgk entry dulu ler. hihihihi. tapi biasanya aku baca abeh. sebab nak komen kank tak tau payah.
haryati berkata…
suke entry yg pendek dan ringkas jugak...
Unknown berkata…
husna suka post pendek-pendek je..haha..
Unknown berkata…
kekadang panjang...kekadang pendek...ikut mood juga bro...he3
Mawardi yunus berkata…
saya pon suka baca post2 yang pendek2 je huhuhu
MyFreeMinded berkata…
Janji menarik, pjg atau pendek tak kisah, kalau pjg berjela bacalah yg penting2 cam buat summary, haha. Tapi saya pulak tulis rasanya tak pernah berjela kot, janji dapat sampaikan apa yg nak dikongsi cukup. Panjang atau pendek as long as it is jujur berbaloilah untuk kepuasan menulis.
Unknown berkata…
bagi pengunjung rata2 kurang mesra dengan post yg panjang sangat....bagi google pulak post panjang atau pendek...tidak menjadi hal...tetapi google menilai antara 300 ~ 500 patah perkataan perlu ada keyword sebanyak 1/4& baru laaa mesra google....org kata...
Azlan Strider berkata…
aku jenis tak reti nak tulis panjang2..bagi eku entry aku biasanya pendek jer..dalam 3-4 perenggan jer..hehe..bab membaca plak tengok pada isu..sesetengahnya kalau panjang aku baca jika content dia menarik tapi kalau nak intro jer dah 4 perenggan letih gak laa nak baca..hehehe

Regards
-Strider-
wantie berkata…
terlalu panjang . boringgggggggggg.
ayut berkata…
kena bce gak sbb tkut slh komen...hahhaha.haru kan klu gitu ==! klu ayut tgk mood..klu pjg berjela tp msa tu ad mud mmg bace bg abis la...klu tak gitu2x je bace..then klu post ikut suke..huhuhu.blh gitu?? :p
OKje berkata…
setakat berjela sikit ok lagi kalau berjela panjang memang baca lompat-lompat ha..ha,,,