Seminar Fesbuk Power 2013

Seminar Fesbuk Power 2013

hanifidrus
Hari ini aku kerja!!! Malasnya terasa sampai ke tulang sum-sum..hehehehehe
Nak balik awal takut lak nak minta sebab hari Rabu lepas balik awal sebab demam.
Tadi pun baru gaduh ngan bosss.....kikikiki ( Gaduh-gaduh sayang)
Tapi jiwa tak der kat sini..pehhhhh!!!

Lagi pun besok aku ada Seminar Fesbuk Power!!!
Seminar Fesbuk Power ini adalah anjuran Dr. Azizan, takkan kau orang tak kenal.
Mamat yang selalu kata gunakan kuasa minda sambil kedua-dua jari telunjuk menekan kepalanya ...haheheheheh

Sebenarnya aku tak minat join motivasi-motivasi ini tetapi kakak aku beri-ria nak pergi seminar ini.
Kakak aku semalam sanggup naik bas pindah-pindah dari Perak ke Melaka semata-mata nak pergi seminar ini.
Dahysat tak..

Sampai kat Melaka dalam pukul 9.00pm, aku angkut kakak aku dari Melaka Sentral.
Kakak aku ini adalah seorang ahli perniagaan dalam bidang kek-kek ini.
Macam-macam kek dia buat.
Lokasi di Taiping, Perak..

Kalau sesiapa kat Perak nak ada majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi atau apa-apa ler nak buat kek.
Boleh roger kat aku, nanti aku kasi nombor  telepon kakak aku.
Kalau melalui aku sudah pasti ada diskaun istimewa...hahahhahaha.

Seminar Fesbuk Power 2013 ini berkenaan bagaimana hendak promosikan perniagaan anda melalui Fesbuk secara efektif.
Nanti penceramah tu akan ajar teknik-teknik tersebut ler...

Aku terpaksa ikut sebab aku jadi tukang daftar untuk kakak aku.
Dan mengukuhkan lagi aku terpaksa ikut ialah melalui terma dan syarat pihak penganjur.
Jika mana-mana peserta yang membawa 2 orang lagi ke ceramah ini, secara automatik bayaran masuk adalah PERCUMA!!!

Mahu tak mahu aku letak nama aku dan bini aku ler. Tapi bini aku tak mahu pergi. Esok terpaksa bawa mak aku ler..hahahahaha. Kasihan mak aku..hihihihi.
Tapi tak per, aku lak boleh ler ambil gambar-gambar menarik!!
Untuk artikel hari Ahad punya..kikikikiki.

Lagi pun mana tahu melalui seminar ini, aku boleh mendapat ilmu bagaimana promosi blog aku menggunakan fesbuk. Nanti boleh aku kongsi dengan rakan-rakan blogger.

Dan harapan aku, melalui seminar ini perniagaan kakak aku bertambah maju. Kalau kakak aku senang, aku pun senang gak...hehehehehe. Yalah!! adik beradik kan...
Saling bantu membantu...

Untuk pengetahuan peserta Hanif Idrus Segmen Giveaway..hadiah saya dah hantar semalam.
Thanks.

Catat Ulasan

17 Ulasan

Nur Baiyah berkata…
semoga dapat berkongsi ilmu nanti dengan pembaca blog..saya tggu,,hihi..kakak saya pom selalu join seminar Dr Azizan sbbnya dia pom berniaga,,,bab kata kakak saya mmg berbaloi g seminar Dr Azizan ni..:)
Unknown berkata…
remy pun kerja bro.....he3...
gud luck utk seminar besok..nanti berkongsi ilmu tau... bro kan blog informasi remy.....
Unknown berkata…
ada juga tengok kawan2 den join seminar dr tuh...mcm menarik...
Unknown berkata…
mantap!!!! cm best jerk?
btol2 excited smpai naik bas dr perak ke melaka... :)
Unknown berkata…
haa.. ni mesti tengah berseminar kan.. hihihi.. nanti kongsilah ilumu itu ...
Ann Ishak berkata…
seminar dr azizan tu memang bagus tapi ramai yang kata course fee nya pun boleh tahan mahal
wantie berkata…
amboi.. sekali ngan mak kamu angkut pi noh...

semangat tul kakak kamu yer. org biz memang kena gitu baru boleh berjaya.
Cikgu Ma berkata…
ok..sempat lg promote bisnes kakak..hehe

x minat sangat ceramah motivasi nih...hehe
Unknown berkata…
cuti hari sabtu...kerja juga kah?
Unknown berkata…
kakak ada bisnes kot..sbab tu dya nk pergi..nk memajukan bisnesnya..hehe..
Nadia Johari berkata…
bagus tu..kongsi ye abg hanif..nad pun suka berniaga
Shaiful Zaidi berkata…
selamat berseminar..lps ni share dgn kawan2...hehehe
aynora nur berkata…
untung siapa dapat pegi, banyak ilmu baru yang boleh ditangkap.

p/s: saya pilih blog hanif sebagai 1 blog pilihan yang HOT! jom terjah..
Izzat Eshak berkata…
Feedback nanti boleh ceritakan =)
Blog Santai berkata…
jangan lupa share tip top tips ya en hanif..macam selalu-selalu tu..anyway ramai yang suka dr azizan punya seminar...
Diari Maya berkata…
Kalau ada masa tak rugi sertai seminar cenggitu...
OKje berkata…
kira jadi mangsalah ni Nep!haha