Teknik Marketing Menggunakan Facebook

Teknik Marketing Menggunakan Facebook

hanifidrus

Salam Satu Blogger. Hari ini nak berkongsi internet marketing menggunakan facebook setelah saya pergi ke seminar Fesbuk 2013 anjuran Dr. Azizan.
Facebook, siapa yang tidak tahu, sila angkat tangan. Siapa rakan-rakan anda yang tidak mempunyai facebook. Sila angkat tangan?

Pada zaman ini setiap manusia pasti mempunyai akaun facebook. Atas sebab itulah facebook dari dahulu dianggap sebagai satu wacana perniagaan yang penting dalam internet marketing.
Tapi sebelum itu anda disarankan membuat facebook pages bukannnya facebook profile keran facebook pages boleh add kawan tanpa had...



Tanpa membuang masa aku ingin memberitahu terdapat beberapa teknik bagaimana menoptimumkan facebook sebagai mempromosikan produk anda.
Disini saya menambahkan sedikit tips kelebihan kita sebagai blogger dalam membuat internet marketing.

a) Cari like seberapa banyak yang mungkin
Untuk menjual produck sudah semestinya memerlukan pelanggan. Oleh itu cari like seberapa yang mungkin. Perkara ini boleh dilakukan dengan menggunakan facebook profile anda dan minta rakan-rakan untuk like facebook perniagaan anda.
Ini akan memakan masa kerana bukan mudah untuk mencari rakan sertai facebook pages kita. Jika terlalu cepat pun nanti admin facebook akan curiga dan ingatkan anda menggunakan spam...hehehehehe.

Kelebihan menjadi blogger pula anda boleh membuat artikel dan meminta rakan-rakan anda like facebook anda.
Selain itu untuk menambahkan kelajuan facebook pages anda , anda boleh melakukan giveaway dengan syarat like facebook pages.
Iklan produk facebook anda juga boleh diletakkan di blog anda.

b) Aktifkan diri anda
Aktifkan diri dengan facewalking ( ayat baru aku ) ke facebook rakan-rakan anda. Ianya konsep yang sama seperti blogwalking.
Anda mengharapkan mereka datang ke facebook anda tapi anda tidak pergi ke facebook mereka.

c) Kecantikan halaman anda
Inipun konsep yang sama seperti blog. Facebook yang mempunyai header yang cantik memberi impak yang baik untuk menarik perhatian pelanggan.Ambillah masa untuk membuat header yang benar-benar umpph!!! Ini bukan facebook profil tapi produk perniagaan anda kan.

d) Gambar
Letakkan gambar produk anda!! Dari masa ke semasa sentiasa updated facebook pages anda dengan gambar-gambar terbaru.
Sebagai contoh jika anda jual kek, setiap kek yang anda decorate pastikan dimasukkan ke dalam facebook pages.
Anda kena ingat bahawa pelanggan tidak pernah menemui anda, keyakinan untuk memastikan keyakinan pelanggan bahawa produk anda ini ujud ialah sentiasa selitkan gambar.
Dalam kes kek,  war-warkan kek anda yang terbaik!!

Peringatan:
Pastikan meletakkan gambar yang menarik. Jangan ambil gambar sesuka hati. Ambil berkali-kali hingga anda mendapat kepuasan gambar yang anda ambil ini dapat menarik minat pelanggan.
Tak payah ler sampai membeli DLSR cukuplah kamera digital minimum 10MP. Gambar anda dah cukup cantik...

e) Beritahu kehebatan produk anda
Sentiasa beritahu kehebatan produk anda dari masa ke semasa. Tunjukkan prduk anda memang terbaik.

f) Bermula dengan pasaran kecil
Jangan terlalu taksub untuk meluaskan pasaran. Bermulalah dengan pasaran yag kecil dengan fokus rakan-rakan terdekat, kawasan tempat kerja, kawasan tempat tinggal dan kemudian baru sedikit-sedikit ke kawasan lain.

g) Produk yang dipilih dan pengubahsuaian
Kegagalan sesuatu internet marketing ini ialah kadang kala berkait produk yang tidak pelbagai. Sebagai contoh jika anda menjual "ayam kampung". Apakah yang boleh anda buat untuk mengupdated post atau download gambar anda dengan produk sedemikian. Sudah tentu amat kurang. Tah-tah anda akan updated facebook pages anda 3 bulan sekali kot...hehehehhee.

Produk yang sedemikian anda sentiasa kena melakukan pengubahsuaian seperti  bercerita penambahan reban baru, penambahan jumlah ayam, post gambar setiap kali anda berniaga di sesuatu tempat atau setiap kali anda jual ayam anda dengan pelanggan anda.

Kesimpulan yang dapat saya katakan ialah perniagaan internet ini pada dasarnya adalah lebih baik jika kita mempunyai pengalaman berblogging. Kerana konsepnya hampir sama.
Jika dunia blog berkata blogwalking, facebook kata facewalking.
Jika dunia blog berkata menambah follower, facebook kata menambah like..
Jika dunia blog kata templates yang cantik , facebook pun kata perkara yang sama.
Jika dunia blog berkata SEO, maka facebook pun ada kena mengena dengan teknik SEO.

Kelebihan internet marketing untuk blogger disini saya juga menyarankan penggunaan Google Plus Pages. Pada dasarnya Google Plus itu adalah jelmaan facebook..hehehehehhe.
Inilah ilmu yang saya perolehi semasa menyertai Seminar Fesbuk Power 2013. Saya cuma membuat penambahan dari segi dunia blog.

Selamat mencuba dan aku juga ingin mencuba ler. Sekarang ini kakak aku ada sertai stokis produk ubat-ubatan tradisional.
Nak mencuba kerana ianya zero modal..hehehehehhe.



Catat Ulasan

21 Ulasan

Mama Amirul berkata…
Tag En.Hanif join SEGMEN : SAYA NAK 'UP'KAN FOLLOWER SAMPAI TAK LALU MAKAN
OKje berkata…
Panjangnya entri... baca lompat-lompat...haha
lepakk.com berkata…
Informasi yg berguna
afzalsukasuki berkata…
hoho semat entry marketing ni..

gaya ni, FB pon leh bertukar jadik blog :D

siap ada fb-walking lagi :P
Bin Muhammad berkata…
Salam HI,
Setuju sangat...Media sosial spt FB dan Twitter merupakan kaedah pemasaran yg sgt berkesan dan meluas.
Namun jika terlebih sgt pun membawa kepada menyampah le pulak...silap2 like jd unlike.
Pemasaran perlulah berpada2 dan menarik.
Unknown berkata…
mantap gler dh dpt ilmu psl marketing fb.. tahniah dan thanks 4 sharing.. :)
Azlan Strider berkata…
wah..bagus tips nie bro..jarang orang yang pergi seminar berbayar macam tu nak share exp mereka dgn orang lin..thumbs up..mesti ramai yang melakukan online marketing byk belajar dengan entry nie..

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
wah..menarik juga kan..lagipun mmg lebih ramai sekarang ni pengguna FB jadi marketing semakin luas :)
Unknown berkata…
bertepatan sungguh! saya baru bukak bisnes online melalui facebook dan blog. tengah promote2 ni, salah satunye melalui GA ni;

http://ajamoppical.blogspot.com/2013/02/ajamoppicals-giveaway-sequel.html
tq2

jemput join ye~ :)
MyFreeMinded berkata…
emmm.. bukan otak bisness..... :)
ayut berkata…
ha...ni mesti hanif ada bt online bisnes kan...???meh bgtau ckit... ^^
Miss Syahbanu berkata…
wah menarik menarik hehe
Shaiful Zaidi berkata…
Bagus ilmu yg hang dpt dan kongsikan.Terima kasih.
Izzat Eshak berkata…
Menarik sebenarnya facebook marketing. Banyak lagi perkara =)
Unknown berkata…
baguihh ni sbb sy pn tgh nak menyelami ilmu2 sebegini :D thanx bro ^^
Unknown berkata…
thanks for sharing bro..... ilmu yg menarik....
amirofie berkata…
Thanks for sharing. Informasi yang berguna.
amirofie berkata…
Thanks for sharing. Informasi yang berguna.
Nadia Johari berkata…
thnks for info..ade sesetgh cr nad ikut
iamnorzi berkata…
terima kasih en hanif sangat informative memang betul point tu ,tq for sharing
Akmal berkata…
Akan di praktikkan..harap dapat tgk kesan yang positif