Sebelum saya mulakan, kita biasanya diomok beberapa pantang larang dalam berblogging yang wajib diikuti oleh blogger-blogger.
Sebagai contoh 4 syarat utama untuk menjadi blogger yang berjaya iaitu:
a) Buat entri setiap hari
b) Letakkan gambar di setiap post
c) Post anda sepatutnya pendek
d) Entri anda haruslah bersifat SEO.
Kini teknik ini dianggap telah mati dan mitos!!!!!!!!!
Buat Entri Setiap Hari - JANGAN BUAT
Ramai mengatakan anda harus buat entri setiap hari. Dalam perkara ini saya amat menyokong perkara ini.
Tetapi penulis ini mengatakan tidak perlu buat setiap hari kerana ada penulis blog yang berjaya tanpa perlu membuat post setiap hari.
Di Malaysia sendiri kalau kita lihat, terdapat beberapa blogger terkenal memang jarang buat entri setiap hari tapi tetap kekal dengan ranking yang tinggi.
Ben Ashaari pula walaupun terkenal namun setiap hari updated blog.
Oleh yang demikian adakah pendapat mengatakan membuat entri ini setiap hari adalah mitos dalam dunia blogging.
Setiap Entri Patut Diletakkan Gambar - JANGAN LETAK
Ramai mengatakan setiap entri patut diletakkan gambar. Ini kerana memberikan mood yang baik kepada pembaca.
Persoalan timbul ialah kenapa kita perlu letakkan gambar. Jika kamu designer, mahu tak mahu kamu terpaksa meletakkan gambar.
Kebanyakkan blogger-blogger terkenal jarang meletakkan gambar. Kerana jika kamu meletak gambar yang saiznya terlalu besar akan melambatkan loading dan ia juga membuang masa untuk kamu mencari gambar yang sesuai untuk post anda. Ditambahkan lagi mencari saiz gambar bawah 5kb.
Tak perlu gambar!!! Kamu tak payah buang masa dan pada masa yang sama kamu tidak memberatkan blog.
Adakah pendapat yang mengatakan post beserta gambar adalah satu mitos?
Setiap Entri Jangan Terlalu Panjang- BIAR PANJANG
Acapkali dikatakan bahawa entri yang terlalu panjang, pembaca malas nak baca entri anda.
Tetapi kita harus ingat, tiada sesiapa peduli jika entri kamu panjang atau pendek.
Dengan syarat jika entri kamu memenuhi kehendak pembaca, mereka akan tetap akan membacanya walaupun panjang menjela!!
Tak kiralah jika kamu menulis melebihi 4000 patah perkataan .
Adakah pendapat yang mengatakan menulis terlalu panjang tidak baik adalah satu mitos?
Entri Anda harus Bersifat SEO.- TAK PERLU
Tidak semestinya setiap entri yang kita tulis haruslah bersifat SEO. Adakalanya kamu akan menulis mengikut gerak hati anda.
Tulislah kerana jika blog anda mempunyai pembaca, tulislah apa yag kamu nak tulis.
Yang penting gaya penulisan dan minat pembaca secara tak langsung akan meningkatkan SEO entri anda.
Jangan terlalu SEO dalam tulisan kamu, kerana kadangkala entri yang terlalu SEO membosankan pembaca!!
Janganlah kita menyekat idea kita dengan SEO sebagai penghalangnya.
SEO memang perlu tapi cukuplah sekadar dalam templates yang bersifat SEO, aplikasi no follow untuk external link, penggunaan meta yang baik.
Tidak perlu hingga ke penulisan entri!!
Dalam penulisan, SEO janganlah terlalu dititikberatkan, ianya satu mitos?
Kesimpulan
Dalam menjamin kekuatan blog anda dalam merealisasikan keempat-empat ini sebagai mitos boleh dilakukan.
Dengan syarat entri anda haruslah berkualiti dan sentiasa menarik minat pembaca.
Secara logiknya, dengan kekuatan entri secara tak langsung akan menarik trafik yang tinggi.
Dengan trafik yang tinggi maka secara tak langsung ini akan memberikan entri anda dalam carian enjin pencari apabila ramai pembaca share entri anda.
Secara tak langsung ia akan memberikan backlink yang baik kepada entri anda yang berkualiti itu.
Penulis ini berkata janganlah kita terlalu mengikut buta sahaja. Sememangnya keperluan dan kehendak menjadi blogger SEO melibatkan banyak perkara. Namun dalam keghairahan mengikut prosedur SEO ini, kita telah mengikat pemikiran kreatif kita.
Luahkan apa yang kamu hendak tulis, dalam blogging mengikut penulis, perkara utama adakah penulisan anda itu berkualiti.
Satu perkara yang menarik untuk dipertimbangkan oleh kita semua.
Apa pendapat anda?
27 Ulasan
nice entry abang... entry ni seolah2 memberikan kesedaran tentang sesuatu dalam dunia blogging ni...
http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/03/saya-redha.html
Regards,
-Strider-
Apapun terpulang motif atau matlamat blog anda. Blog saya memang perlukan gambar yg banyak jika tidak matlamat kurang tercapai...
Saya nak praktekkan juga tips ini
Terima kasih banyak
Salam sehat ya Bang.....
pasal SEO tu aku tak pasti la, tapi aku akui SEO memang boleh naikkan trafik.tak macam blog personal.tapi aku masih selesa mengekalkan entry2 personal.. mungkin sebab aku suka bercerita :)
huh kan dan terpanjang komen aku :P