Member aku yang pergi ke sana sempat snap gambar menggunakan handphone murah dia dan letak kat group What Apps kami.
Tak tahu siapa yang salah tapi memang memalukan kerana inilah budaya politik Malaysia.
Orang tengah sibuk berperang di Sabah, kau orang nak bergaduh sesama sendiri.
Tak kisahlah siapa yang mulakan dulu tapi kedua-dua pemimpin harus mengawal keadaan pada itu.
Aku memang sengaja tak mahu tanya rakan aku ini sebab pergaduhan ini kerana ada bermacam-macam versi yang keluar nanti....hehehehhehe
Biarlah kita mati berperang tapi janganlah mati kerana politik picisan sedemikian..
Sejak kebelakangan in aku sedih melihat isu di Sabah di politikkan..
Sedih melihat anak-anak bangsa bergaduh sesama sendiri.
Sedih melihat keutuhan kaum majmuk di Malaysia semakin menipis
Sedih melihat kerakusan politik dalam rasuah
Masa aku belajar Falsafah Sains Politik di universiti dulu Aristotle pernah berkata "Ibu segala ilmu adalah politik".
Betul ler...kerana kekuatan ilmu dan bangsa negara bergantuing pada pemikiran dasar ahli politik.
Jika tersilap percaturan maka hancurlah negara.
Jika masing-masing berebut kuasa maka hancurlah negara...
21 Ulasan
**tah apa2 ler ... baik g hantar diorg sume tue kat sabah. tgk berani ke nk berperang
Yang lain-lain tu member aku punya...
apa nak jadi.
malas layan politik cam ni la. kang tak layan politik kata tak patriotik pulak.
sejarah juga mnunjukkan jatuhnya sesebuah empayar sbb gaduh sesama sendiri.
kekadang memalukan bangsa sendiri.....
sepatutnya kita bersatu.....