Lelaki Tersepit Celah Dua Dinding

Lelaki Tersepit Celah Dua Dinding

hanifidrus
Gara-gara mahu sampai cepat ke rumahnya, seorang lelaki tersepit di antara dua dinding ketika pulang dari bar di Xinqiao di bandar Wenzhou, Zhejiang.

Menurut media tempatan, Jian Tsui tersepit di situ begitu rapat sehingga dia sukar bernafas atau menjerit untuk meminta tolong.

Disebabkan masalah itu, nasib menimpa Jian hanya disedari apabila hari siang dan anggota penyelamat terpaksa menebuk lubang pada satu daripada dinding berkenaan untuk menyelamatkannya.
hanifidrus
Saksi berkata, Jian meninggalkan bar kira-kira jam 1 pagi dan meredah cuaca sejuk untuk pulang.

“Dia mahu mengambil jalan pintas dan cuba lalu di antara dinding dua rumah, tetapi gagal meloloskan diri,” katanya. Sementara itu, Jian berkata, dia kesejukan dan mahu segera sampai ke rumah.

“Apabila tersepit, saya cuba keluar semula, namun gagal kerana saya tidak boleh bergerak banyak.
“Saya cuba menjerit meminta tolong, tetapi disebabkan tak mampu bernafas dengan betul, saya tak boleh menjerit,” katanya. Jian bernasib baik kerana seorang penduduk kampung ternampak dia tersepit ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Dia cuba menarik Jian keluar, tetapi ia hanya menyebabkan kecederaan.
Akhirnya, seorang pemilik rumah membenarkan anggota penyelamat menebuk lubang dinding rumahnya untuk selamatkan Jian.

Gambar kat bawah ini pun tersepit..hehehehehe
hanifidrus
 

Catat Ulasan

15 Ulasan

Unknown berkata…
adui..ni mesti mabukkan..macam2 kisah dunia luar ...harap ada iktibar hyal ni..
Unknown berkata…
kesian lelaki tu.. boleh bayangkan betapa seksanya.. bahaya jgk jln shortcut ni..sy pernah jatuh tertunggeng dpn org ramai gara2 jln shortcut!!!
Unknown berkata…
hadoi..gara2 nak cepat..bahaya klo berlaku sesak nafas
yg pic no 2 tu apa kes..hikhik
nebes la tu..xleh nk kuarkan bende tu
Bin Muhammad berkata…
Salam Tuan HI,
Teringat kisah banduan boroi tersepit dilubang utk lari dari penjara...hehe.
Inilah bahayanya main terjah jer!
Unknown berkata…
itulah org kata biar lambata asal selamat. Ye dak?? hehe
Cik Nor berkata…
mcm lah manusia zaman skarang nie..huhu
haryati berkata…
hihihi..ada2 saja ye...
wantie berkata…
short cut sangat.. sib baik tak ter cut body tu.

gambar last tu lagi kesin. tulun...tulun...
Salmi berkata…
Bahaya juga jika bina rumah rapat-rapat sangat macam ni. Dah banyak kali baca cerita tentang orang tersepit di china.
Unknown berkata…
kepala dah ting tong ler tu... dah tak boleh nak buat ukuran sempit ke tak.....
OKje berkata…
rapatnya rumah depa ek....sampai sempit cenggitu sekali!
Blog Santai berkata…
La...kesiannya dia..tak pasal-pasal dapat sakit...moral of the story ikutlah jalan yang betul tu...no shortcut please..
Aimacomel berkata…
Aduhaii, camne lah boleh jaga lagu tu kan. Malang mmg tak berbau sungguh kan
MyFreeMinded berkata…
yang orang tua tu sekian hal, tu yang sikecik tu nape jadi camtu, hahaha