Lelaki Ikan Duyung

Lelaki Ikan Duyung

Lelaki Ikan Duyung
Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu.

Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan.

Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam. Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.
Lelaki Ikan Duyung
Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri. “Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur. “Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya

Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri. Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.

Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri. “Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya.

Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu. “Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya

Catat Ulasan

6 Ulasan

Aimacomel berkata…
Adoiii, dah semart2 camtu teringin nk jadi dugong pulak.. seksi kot agaknya
wantie berkata…
Tak pe la. bior dia layan dunia dia kejap. masing masing ada cara tersendiri untuk rewards diri sendiri kan...

kucing comel berkata…
nak kena tumbukan sulu kepala hotak dia ni..baru sedar sikit

- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections

- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
Unknown berkata…
mamat yg kuar dlm mingguan malaysia semalam ye bro!!!!!..obses dgn duyung.... tapi gigih dia berenang....
MyFreeMinded berkata…
ada baca gak dalam paper kisah dia ni.. ada pakwe rupanya... :(
OKje berkata…
Dah Baca da....kat blog mana tah... tak igt!