Pencuri Bodoh Upload Barang Curi Di FB

Pencuri Bodoh Upload Barang Curi Di FB

hanifidrus
Sekumpulan pencuri yang melarikan beberapa kereta mewah dan berprestasi tinggi daripada sebahagian penduduk paling kaya di bandar raya ini ditangkap selepas memuatnaikkan gambar dalam Facebook.

Ia termasuk gambar yang menunjukkan seorang anggotanya memakan sandwic ‘wang.’ Menurut sumber polis, lapan lelaki itu mencuri sembilan kereta, termasuk BMW, Range Rover, Porsche dan sebuah Mercedes berharga RM500,000 di samping barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dalam 15 rompakan berasingan.
hanifidrus
 “Polis akhirnya berjaya menangkap mereka selepas seorang anggota memuatnaikkan gambarnya duduk di atas bonet sebuah Range Rover curi dalam Facebook”, katanya.

 Gambar itu membolehkan polis menemui beberapa gambar lain dalam laman sosial itu dan pada telefon kumpulan berkenaan yang menunjukkan mereka berbangga mengenai kekayaan masing-masing.

Ia menunjukkan mereka duduk di atas kereta curi, minum arak, memakai jam Rolex dan Cartier serta bergaya bersama-sama longgokan not £20 dan £50. Satu daripada gambar itu menunjukkan Conor Murphy, 19, menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan dengan dua roti.

 Polis turut menemui rakaman video pada telefon mereka yang menunjukkan anggota kumpulan itu berlumba dengan kereta yang mereka curi. Mesej Blackberry yang digunakan oleh anggota kumpulan itu untuk mengatur rompakan juga ditemui.

Catat Ulasan

10 Ulasan

Mia Kassim berkata…
Apa-apa pun mesti update status fb dulu......hehe
Tanpa Nama berkata…
hmm. macam-macam., huhu
Cik Nor berkata…
glemer apa...haha
Unknown berkata…
dah kaya sangat...kena tangkap pun boleh byr duit jaminan......he3
Unknown berkata…
haha..kan trend skarang nih..apa2 mesti nk upload dlu..=P
Unknown berkata…
Bagus jgk ada fb..
Unknown berkata…
hehe ni amat sesuai dgn sepandai2 tupai melompat akhirnya kantoi kt fb juge.. terlebih cerdik jd gitu la :P
Cikda berkata…
ini namanya jebon..
wantie berkata…
hahaha. bahagia hanya seketika.
Cik Fie berkata…
haha . apa la dia tu . =.=