Novel: I Love U Stupid Dan My Precious Iris

Novel: I Love U Stupid Dan My Precious Iris

Hari ini nak bercerita tentang novel pula. Semua sedia maklum salah satu skop Hanif Idrus Blog adalah penulisan novel..hehehehhehee.

Kali ini lambat sikit nak komen tentang novel kerana aku terpaksa gabungkan 2 novel serentak iaitu I LoveYou Stupid dan My Precious Iris oleh penulis tersohor Melur Jelita (MJ).

Kenapa aku kena gabungkan kedua-dua novel ini sebab ia adalah sebuah novel percintaan Iris The Diva dan Firman si Abang Pedas.

Kata wife aku novel ini memang awesome sangat dimana watak Iris dan Firman yang diolah dalam novel ini tiada ujud lagi dalam dunia ini. Begitu sempurna percintaan mereka...huhuhuhuuhu

Aku terpaksa kasi sikit ajer sinopsis ini yek sebab ada 2 novel kan. Kalau salah sikit pun kira halal yek.. dah tua..lupa-lupa ingat..

I Love U StupidI Love You Stupid
Dimana dalam kisah ini terdapat beberapa watak utama iaitu Iris, Firman, Farina, Izhar dan Aidan. Dimana pertemuan pertama Iris dan Firman bermula apabila keretanya di tahan oleh Firman pada ketika itu bekerja sebagai polis. (pada ketika menipu itu namanya Ebrahim).

Iris ini suka menggelar dirinya Iris The Diva seorang gadis anak orang kaya yang suka berlagak telah menggoda Firman yang ketika itu telah menahan keretanya atas kesalahan memandu.

Setelah itu perkenalan mereka diteruskan apabila Iris dan rakannya menyertai kursus SUKSES dimana Firman sebagai pelatih mereka. Pelbagai cara telah digunakan oleh Iris untuk mengenakan Firman hingga telah mendakwa Firman cuba membuat ganguan seksual terhadap dirinya.
(Dalam training memang best jalan ceritanya, kasihan aku lihat Firman..hehehehehe)

Tapi disebabkan Firman dalam watak ini seorang lelaki yang karimastik, dia berjaya menyangkal setiap perbuatan Iris.

Setelah itu, Iris nak pergi Kemboja untuk menjalankan misi kemanusiaan. Mula-mula bapa dia tak kasi tapi akhirnya kasi juga dengan syarat bapanya mesti ikut sekali. Nak dijadikan cerita di Kemboja, bodyguard dia ialah Firman..pehhhhh..

Tapi masa yang sama kekasih Iris iaitu Dr. Aidan pun ikut sama ler. Sebenarnya tujuan Iris ke Kemboja ialah untuk menyelamatkan anak kawan dia Farina.. (kalau nak tahu kena baca..kikiki). Bagaimana Farina mengandung adakah disebabkan oleh si Izhar ......

Disinilah bermula putik cinta Firman pada Iris, tidak ia sangka Iris mempunyai hati yang begitu baik, sanggup korbankan diri untuk rakannya. Pada masa yang sama Dr. Aidan iaitu kekasih Iris dah mula cemburu apabila melihat kemesraan Iris dan Firman.

Apa lagi, Aidan nak rogol ler si Iris tapi nasib baik hero kita yang serba boleh ini belasah si Aidan...Teruk Aidan kena belasah dan selepas tu Aidan pulang ke Malaysia.

Iris tetap ingin duduk di Kemboja tapi masalah timbul Iris tiba-tiba mendapat penyakit semacam pukau. Firman desak Iris pulang tapi Iris tak mahu !!! Kerana ia tahu kalau dia pulang sure tak jumpa Firman..huhuhu.

Tapi demi cintanya pada Iris, Firman desak Iris pulang juga...akhirnya Iris pulang jua ke Malaysia. Sampai di Malaysia Aidan cuba pikat semula Iris. Dan disebabkan ada hubungan darah Mak Aidan.

Maka mereka pun nak bernikah tapi Aidan tak datang sebab dia tahu hati Iris masih pada Firman. (sebenarnya panjang..aku malas nak tulis ler...) Selepas peristiwa itu, Iris membawa diri dengan melukis, dan  telah dipamerkan di galeri lukisan.

Dalam banyak-banyak lukisan tersebut ada satu lukisan gambar mata yang di cium (iaitu seolah-olah ianya di cium Firhan...).
Lukisan tersebut Iris tak mahu jual tapi hanya dipamerkan sahaja. Tapi ada juga pembeli yang membeli lukisan tersebut, Iris mencari pembeli tersebut dan pada masa itu ia ketahui bahawa Firman yang membeli lukisan tersebut...
Dan next apa terjadi bacalah My Precious Iris.

My Precious IrisMy Precious Iris
Dalam sambungan ini , si Iris dan Firman dah cintan cintun heavy giler-giler punya. Memang best buku ni sebab penonjolan sifat Firman yang bombastik!! Mesti kau orang nak jantan macam ni punya..hehehehehe.

Buku ini baru launch akhir bulan lalu kat Pesta Buku, bini aku beli kat sana lerr.... Aku pasti ramai belum membacanya kan...hehehehehhe.
Aku tak boleh cerita detailed sangat, sebab novel ini baru keluar. Melur Jelita mengamuk kat aku kalau aku cerita detailed, Sedia maklum yekk..

Kali ini percintaan mereka telah membawa mereka ke jinjang pelamin walaupun terdapat syarat-syarat yang sungguh melucukan hati pembaca. Watak Aidan masih ujud lagi dalam cerita ini di mana mereka masih berkawan tapi Aidan masih menaruh perasaan cinta pada Iris...gila ler Aidan ini..hehehhehehe.

Dan meneruskan percintaan mereka, si Iris pun mengandung setelah berkahwin. Semasa Iris mengandung 4 bulan, bermulalah watak lama Izhar iaitu suami kawan baiknya Farina. Ingat tak?

Izhar ini sebenarnya semasa mereka belajar dahulu berminat dengan Iris tapi niat jahat ler. Tapi tak dapat dia dapat si Farina pula..hemmmm.

Bagi Izhar, sebenarnya Iris amat sesuai dengan dirinya iaitu Diva dan Diva...hehehehe. Maksudnya hensem dan cantik ler...

Izhar sebenarnya amat marah dengan Iris kerana kes Iris melarikan Farina dari beliau. Izhar telah merancang untuk pecah masuk ke rumah Iris. Semasa Izhar pecah masuk ke rumah Iris, beliau telah memukul kepala Iris hingga menyebabkan mata Iris menjadi buta.

Doktor kata mata Iris buta adakah sementara sahaja. Tapi emosi Iris mula terganggu, ia mula menganggap Firman menjaganya hanya kerana kasihan kepadanya.

Tapi beliau tidak sedar Firman amat menyintainya hinggakan Firman berkata jika Iris tiada ,bermakna Firman juga tiada. Ahh!! dalamnya cinta mereka. Time ayat macam ini ler..bini aku mula menangis sorang-sorang.....hehehehehe

Setelah kandungan Iris hampir 9 bulan masih juga tidak pulih. Berbalik semula pada watak Izhar yang mula merancang untuk menganiaya Iris.

Izhar berjaya membunuh pengawal keselamatan di rumah Iris. Semasa beliau berada di rumah Iris menyamar sebagai Firman tapi Iris tahu itu bukan Firman. Tapi Iris berlakon sahaja demi keselamatannya.
Apakah terjadi pada Iris?
Adakah Firman selamat setelah ditembak oleh Izhar?
Adakah cerita ini berakhir dengan kesedihan atau bahagia selamanya?
Itu semua anda kena baca ler...

Melur Jelita kena bayar komisen kat aku ini promote novel dia ini...hehehehhehee.
Tapi novel yang berkualiti dari penulis yang berkualiti tak perlu cari orang untuk promote.

Tahniah buat Melur Jelita kerana anda aku terpaksa mendengar jalan cerita I Love You Stupid dan My Precious Iris dari bini sampai aku naik hafal watak-watak novel ini dan buat aku cemburu pada Firman!!!

Catat Ulasan

36 Ulasan

Cik Nor berkata…
perghh...a.hanif baca novel jgk..:)
Unknown berkata…
owh yeke ada smbungan? sy baru baca i love u stupid. tu pun x habis lg. hahaha
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif, kt mana nak beli novel ni? sheila suka baca novel, tambahan pula yang tebal2. perghh layan betullllllllllll :)
Tanpa Nama berkata…
wah...panjang juga sinopsis nye tu bro..hehee..bestnyer citer ni,kathy pun suka baca novel jugak ni...
Unknown berkata…
woo..tebainyeeee
lama dh x layan novel
sllu pinjam yg org lain nyer
Cik Bayan berkata…
I love you stupid! saya dah baca buku yg tebal ini, RM40 kalau tak silap. Memang novel ini kisah cinta, tetapi jika diamati betul-betul...ia sebenarnya sebuah falsafah hidup yang cuba diketengahkan oleh Melur Jelita di dalam novelnya. saya pun tak sangka tajuk sangatlah santai, tetapi isi kandungan novelnya merupakan sebuah novel pembangunan jiwa...untuk jiwa-jiwa yang sedang mencari arahnya...selamat membaca!
Unknown berkata…
novel ni walaupun tebal tapi berjaya membaca tanpa terlepas walau satu muka surat! huhu ohsem... My precious dah beli tapi nak start baca lagi.. perlukan masa yang betul2 free baru boleh baca... baru feel hehe
Jie berkata…
pergghhh tebalnya novel nih. bagus dan rajin sungguh
Unknown berkata…
suka sinopsis i love u stupid tu.
menarik , tebal boleh tahan jgk ..
kalau yg memang 24 hours kot2 1 atau 2 hari dah habis baca :D

cop-cop,ko baca novel jugak ye.
hehehe :) biasa la tu.
Mummy MM berkata…
Tak sangka pulak saya Abg Hanif pun jenis yang baca novel.. Hihi..
Tanpa Nama berkata…
nak komen gak huhu
boni kacak berkata…
agak menarik sinopsis tu bro,..hehehe.
wantie berkata…
fuh.. tebak giler novel tu. time mana dok curi masa baca novel tu? time nak tido ke? tabik la kat HI
Unknown berkata…
sempat lagi bro baca novel ye......
OKje berkata…
Wa tak layan novellah Nep
Dieya R. Sulaiman berkata…
Nampaknya hanif ala2 senasib dgn suami saya. Setiap kali saya baca novel mesti saya cerita kat dia. Pastu 2,3 hari la juga che abg saya tu kena jadi Firman saya. Hihihihi.

Tapi novel ni mmg best. Byk mengangkat nilai sejagat. Bukan sekadar cerita biasa. Xrugi baca walaupun mmg tebal y amat.
Aimacomel berkata…
abg hanif!!!!!! i love Firman, Tuan Ebrahim dan Abg Pedas very much much!!! suka sgt2. fall in love with abg pedas. baru je beli MYPI 2 hari lepas dan baca. huwaaaaa menitis air mata. sangat hormat dan sanjung dgn Mai Tuan, sgt kagum dgn arwah baba. sgt mengharapkan suami spt Firman yg rajin bercerita, suka bg surat cinta bawah bantal..
Owh, syahdu sgt Iris the diva pembunuh lelaki tanpa bayang dgn Firman Ebrahim aka abang pedas. cinta suci, cinta kerana Alllah..

Masih adakah lagi Lelaki sekacak, sehabat, seromantik, setulus, sesasa, sesabar, sebaik abang pedas ni abg hanif???? kalau ada jgn lupa miscal2 sy ye abg hanif =)
IZZ HAZWANI. berkata…
pehh, baca review MyPI pun dah berair mata.
Firdausy CiLiKku berkata…
pergh.. bro hanif baca novel..
ahaks.. i luv u stupid dah baca
my precius iris br bli last week.. x sabar nak bc nih
Firdausy CiLiKku berkata…
pergh.. bro hanif baca novel..
ahaks.. i luv u stupid dah baca
my precius iris br bli last week.. x sabar nak bc nih
bintang d'langit berkata…
sy dh baca i love you stupid dn skrg tgh bk khatamkan my precious iris, my precious iris nie bnyk adegan suami isteri,dh lh sy still kenot2 lagi,rasa laen mcm bile baca part tertentu tu..haha..lyn jelah!
Unknown berkata…
Assalamualaikum... Memang betui lah ..dlm mypi banyak pengajarannya lentok habis.. Dan babak nya pun sekejap bertudung periuk , sekejap pula kita terkekek sama.. Teruskan lee menulis utk kak melur .. Kita sedia tunggu ..
Lieza Nordin berkata…
sy suka baca novel MJ tapi mypi x habis baca lagi..ehheheh!
Tanpa Nama berkata…
Dua dua novel ni sya blum baca lagii, nanti lps raya nak beli dua dua xx
CIT555 berkata…
Sy dh baca hbis novel my precious iris tapi tak paham yang last tu. kata firman dah meninggal tapi mcm mana dia boleh ada balik? Someone explain please.
THE AUTHOR berkata…
Iet me explain...sebenarnya Firman tak mati semasa ditembak oleh Iris. Selepas kejadian tu...Iris dan Firman masuk hospital.

Iris berjaya melahirkan anak tapi malangnya Firman koma buka mati.
Agak lama juga Firman koma hinggakan Iris boleh pergi ke Kemboja mengenang kenangan bersamanya dan anak mereka besar..

Saya harap penjelasan ni OK kot. Kikiki
Tanpa Nama berkata…
baru baca i love you stupid.. dah terjatuh cinta dengan tuan ebrahim, tp xjatuh cinta lagi dengan Firman.
tunggu baca my precious iris nak jatuh cinta dengan Firman ..
Unknown berkata…
Baru abis bca I Love You Stupid! Tp ari tu, ade skip2 bab yg kt Kemboja.. nnti nk ulang lg skali n then nk cri My Precious Iris plak..hehe

Slalunya, sy mmpu imagine ng baik stiap watak novel yg sy bca..tp kali ni ssh sket nk imagine watak Tuan Ebrahim@Firman@Abg Pedas..Penceritaan wataknya terlalu perfect!!! Very handsome, mata yg indah,sasa,beriman, bertggjwb,tegas n garang tp caring sgt..suka sgt999999999x :)
saya yana berkata…
Salam......
Janganlah skip2 baca novel ni...
Semua dialog best.....ayat semua boleh layan....
Ayat2 penulisan guna bahasa remaja sekarang....
Terlalu banyak ilmu di dalamnye....
Sesuai untuk hadiah unyuk sesape juga...
Novel yang sangat1000000000x TERBAIK.......
Bacalah dengan mata hati.....
Tenage Dream berkata…
Ilus dan mypi terbaik. Firman koma selama 4 bulan....Iris mengenang kembali detik2 manis di Sg Lui bsama anaknya semasa Firman sdg koma dan bkn di Kemboja. Kedua-dua novel harus dibaca dgn teliti, jgn lompat2 baca, baca dgn mata hati dan perlu dihayati sepenuhnya. Hrp Puan Melur jelita akn menulis novel2 yg sebaik Ilus dan mypi lagi di masa yg terdekat
Unknown berkata…
I had done read this novel for 2 times ! How great it is .. Also ' my precious Iris ' , I asked my mum to buy the Novel my precious Iris , but My mum just ignore Me because I Had Told Her For 3 Times A day ! Until,One Day I Cry and my mum take me to the popular book store IOI , Hahaha ! Am I Cruel ? Pity to my mum CD
Bunda_nora berkata…
january lepas novel I Love You Stupid ni lah bunda hadiah untk besday putri bunda...next january nak bagi yg sambungannya pulak..My Precious Iris..
Unknown berkata…
Mana nak cari dua novel niyy? First time jumpa I Love You, Stupid kat Penulisan2u Seriously, novel yang menarik ! & Allyn nakkan 2 novel niyyy !!!! :')
Unknown berkata…
rugi tk baca novel ni... penuh dgn kasih sayang allah... :-)
Tanpa Nama berkata…
mmg best la novel my precious iris tu... yg I love you stupid x baca lagi... x de sapa nak bagi pinjam... mmg sweet sgt!!!! saya ada kenal dengan sorang laki yg mcm tu... ada 50% sama dgn firman... imannya,keturunannya, minatnya dan saya pasti taat dia pada ibu bapa pon sama (sgt hormati ibubapa)... dan sekarang, ulang baca balik... mmg x bosan langsung dan bygkan org tu jadi Firman.. kalaulah saya Iris
Tanpa Nama berkata…
dah habis baca dua-dua novel ni.. terbaek.. seolah2 jatuh cinta dgn watak Firman.. huhuu. Novel terbaek yg saya ada..Sekarang dlm proses utk mengulang kembali pembacaan.. Tahniah Diva Kak Melur Jelita.. Karya yang menarik.. :)