Sebelum ini saya ada membuat entri berkenaan DAP Sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13 ini.
Ini adalah entri terakhir berkaitan PRU13 ini.
Dalam entri kali ini saya ingin menyampaikan pendapat saya sebagai golongan kelas menengah kepada Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak .
Apalah kuasa saya sebagai blogger picisan untuk memastikan peratusan penulisan saya ini di baca oleh PM kita. Tipis sekali!!! Tapi....jika tiada langsung tindakan pun tiada ertinya kan?
So saya ambil keputusan tetap untuk menulis kepada Dato' Sri Najib. Mungkin bukan hari ini, mungkin sama sekali tidak akan dibaca atau mungkin jika bernasib baik, Dato' Sri Najib akan membaca sebentar lagi. Itu semua Allah punya kerja. Kita hanya berusaha!!
Salam Dato' Sri Najib,
Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan BN berjaya menerajui kepimpinan negara ini sekali lagi. Seperti yang diketahui semenjak PRU12 hingga ke PRU13, prestasi BN dilihat semakin merundum. Dan apatah lagi melihat kebangkitan DAP seolah-olah memberi tanda kejatuhan Melayu tidak lama lagi dibumi mereka sendiri. Itulah kerisauan saya yang paling utama.
BN merupakan tiang Melayu, kejatuhan BN bermakna jatuhlah ketuanan Melayu.
Dato' Sri Najib haruslah membuat perancangan teliti dalam memastikan kemenangan BN pada PRU14 nanti. Dan disini saya melihat ada beberapa perkara yang ingin saya cadangkan. Dato' Sri Najib mungkin terlepas pandang disebabkan banyak masalah negara yang lebih penting perlu didahulukan.
Tanpa membuang masa, saya ingin mengatakan konsep 1 Malaysia Dato' Sri Najib berjaya dalam 40% sahaja. Konsep kesamarataan yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh Dato' Sri Najib tidak mencapai matlamatnya. Jelas pada PRU13 ini, isu perkauman masih menebal dikalangan rakyat Malaysia.
Perkara ini sememangnya tidak dapat dielakkan Dato' Sri Najib kerana kebudayaan/politik Malaysia sememangnya berteraskan perkauman. Sejarah Malaysia yang panjang seperti pemecahan Singapura dan Tragedi 13 Mei 1969 serta pembentukan DEB menjelaskan kepincangan perkauman negara ini.
Tetapi atas dasar kerajaan yang ingin mengawal "tension" kaum di Malaysia terutama Kaum Cina dan Melayu ketika itu maka ujudnya DEB untuk meminimumkan jarak ekonomi Melayu dan Cina. Malah pembentukan ISA juga berteraskan kepada perhubungan kaum di Malaysia.
Dan istilah kontrak sosial merupakan ramuan perpaduan di terima pakai selama ini sebagai negara majmuk.
Dimana bidang pentadbiran dikawal oleh bangsa Melayu dan ekonomi pula kaum Cina secara amnya.
Di Malaysia konsep perkauman mesti diterima oleh Dato' Sri Najib. Dalam hal ini ketegasan sebagai pemimpin amat perlu. Adakalanya apabila terlalu menjaga populariti kita sanggup korbankan hak-hak kaum Melayu dan terlalu fleksibil dengan kehendak-kehendak dan kelakuan yang melanggar norma perpaduan kaum.
Semua sedia maklum dalam undang-undang, hak-hak keistimewaan melayu tidak boleh dipertikaikan tapi kini berleluasa dipertikaikan sejak kebelakangan ini tanpa apa-apa tindakan hingga kini ia menjadi barah dalam negara.
Jalan penyelesaiannya amat mudah iaiatu Back to Basic itu pendapat saya.
Kedua ialah Rasuah. Masyarakat Malaysia masih menebal ketidak percayaan telus dalam kepimpinan negara ini. Secara realitinya untuk mengawal rasuah adalah amat sukar tapi pelakuan rasuah yang melampau dikalangan pemimpin-pemimpin BN kami rasakan amat teruk sekali. Tak perlu saya berikan data sepanjang 4 tahun pentadbiran Dato' Sri Najib kes-kes rasuah yang melibatkan beratus-ratus juta!!!
Berkenaan rasuah juga, terdapat pemimpin-pemimpin BN yang pernah didakwa mengambil rasuah tapi diberikan tempat dalam mengawal sesuatu agensi yang bernilai berbilion ringgit. Sampai sekarang saya tidak faham kenapa pemimpin yang pernah didakwa rasuah diberikan jawatan dalam agensi kerajaan. Dato' Sri Najib mesti berhati-hati dalam membuat pelantikan sesuatu pemimpin itu supaya tidak terjerat dalam kemelut ini.
Kami juga berfikir seolah-olah BN tidak mempunyai pelapis dalam pentadbirannya, kerana asyik-asyik menggunakan orang yang sama walaupun pemimpin tersebut semua rakyat ketahui kesnya.. Adakah BN ketandusan pemimpin yang amanah atau pemilihan berdasarkan kroni?
Attitude + Disipline + Knowledge = GOOD LEADER
Kepimpinan dalam pentadbiran BN haruslah diganti oleh muka baru. Bersihkan muka-muka lama duri dalam daging. Yang bekerja kita kena simpan. Dan saya rasa selepas PRU13 ini, Dato' Sri Najib telah banyak kehilangan orang-orang kanan Dato' kan. Bolehlah ambil peluang ini untuk menyusun semula kepimpinan yang bersih dan paling penting di yakini rakyat.
Saya juga memahami bukannya mudah menukar muka-muka lama ke muka-muka baru. Bahkan dalam pemilihan Ketua Cawangan pun tidak bertemu sapa hanya kerana KUASA. Apatah lagi dalam pucuk pimpinan negara.
Tapi itulah erti survival dalam politik, adakala mesti tegas dalam memastikan bukan untuk kebaikan Dato' Sri Najib sahaja tapi BN secara amnya dan Melayu secara khususnya.
Untuk memastikan Dato' memahami kehendak kami , saya merayu ambillah penasihat kanan Dato' dari golongan kelas menengah dalam kehidupannya bukannya golongan elit.
Sebagai contoh Dato' Seri dilahirkan dalam kelompok elit dan tidak pernah melalui kehidupan golongan bawahan dan menengah ini. Bagaimana mahu memahami kehendak kami, atas dasar itu penasihat Dato' harus mereka yang pernah bergaul dengan mereka.
Untuk Dato', rumah yang berharga RM200,000 adalah rumah harga mampu milik oleh rakyat Malaysia golongan menengah tapi sebenarnya rumah yang berharga RM100, 000 pun belum tentu kami mampu.
Dato' Sri Najib memperolehi maklumat yang salah dari penasihat Dato'.
Sebagai contoh Datuk Anwar dan Tun Mahathir bermula dari golongan kelas menengah . Sebab itu mereka mudah mempengaruhi rakyat...Kerana mereka memahami kehendak kami.
Sebenarnya saya mempunyai pelbagai idea dalam menyampaikan pendapat saya. Tapi cukuplah setakat ini.
Saya menulis kerana kebimbangan survival politik Melayu hilang.
Saya sentiasa mengingatkan diri saya, survival politik itu penting tapi jangan sesekali hancurkan bangsa kerana politik!!
Pada ketika ini saya merasakan diri ini amat lemah dan tidak keupayaan dalam menyatukan melayu yang kian berpecah. Harapan saya hanyalah pada Dato' Sri Najib untuk membimbing dan menyatukan semua kaum Melayu semula dengan mandat kuasa Dato'.
Saya memohon ribuan kemaafan jika terdapat penulisan yang tersasar dari maknanya. Biasalah apabila blogger picisan seperti saya menulis...
Yang benar,
Hanif Idrus

21 Ulasan
Melayu perlu bersatu. ..jika BN/UMNO bersih dan kuat. Sudah pasti sokongan itu datang dgn sendirinya...
bole diketengahkn artikel ni..
good job
Kami memerhati..
Kami menilai....
Kami kaji.......
Last sekali kami akan bertindak..
Jangan bermain-main dengan suara dan tindakan rakyat.
Janji harus dikotai dan bukan diberi tapi tidak ditepati.
hmmm.. saya pun bimbang tentang ketuanan melayu.
Nak cakap lebih lebih tak pandai la pulak. Tapi ramai yg cakap kalau tak pernah susah mcm mana nak bela nasib org susah.
dan hal rumah tu. memang betul pun. kalau rumah harga 100k pun belum tentu mampu milik.
bukan setakat rumah je kena beli. parking pun kena beli jugak. itu semua kos yang terpaksa di tanggung rakyat.
kalau kita bercakap tentang rasuah. memang susah nak detect. sebab kita bukannya ada cc TV kat badan.
Semua dasar byk tiada manfaat kpd golongan menengah
Kekuatan Melayu haruslah bermula dari beliau..
Aku tak minat politik walaupun aku lepasan ijazah Sains Politik tapi aku pentingkan keharmonian dan itu akan tercapai melalui kepimpinan Melayu yang bersatu..