Kelebihan Dan Kekurangan Niche Blog

Kelebihan Dan Kekurangan Niche Blog

Niche Blog
Apa Itu Niche
Pastikan blog anda mempunyai niche!!!.  Satu istilah yang sering kita dengar di gegendang telinga ini...hehehehehe. 

Sebenarnya apa itu niche?
Is the act of creating a blog with the intent of using it to market to a particular niche market. While it could be argued that every blog is, in some form, a niche blog, the term as it applies to marketing refers to a particular kind of blog.

Atau bahasa mudahnya 
 

Niche blog adalah blog yang menfokus pada salah satu topik sahaja tanpa membahaskan banyak topik-topik yang lain.
Bagi mereka yang sudah biasa dengan dunia “internet marketing”.. perkataan niche memanglah bukan suatau perkataan yang asing. Ramai yang dah tahu apa itu maksud “niche”… dan ramai juga yang tahu, untuk berjaya dalam perniagaan internet.. “Kita perlulah mempunyai niche yang tersendiri!”
Sebagai contoh apabila blog anda membahas tentang kereta maka ia haruslah membahas tentang sekecil-kecil tentang kereta hingga sebesar kereta dari penbuatan, pembaikan, jenis dan segala-galanya.
Kelebihan Niche Blog 
Sebuah blog yang mempunyai niche tidak mempunyai masalah dalam mencari idea kerana ia terarah hanya kepada satu topik dan sudah tentu niche anda merupakan minat anda. 
 

Anda lebih mudah fokus dan konsisten dalam mengembangkan niche dan kemungkinan blog anda akan menjadi blog rujukan!!!
SEO lebih mantap kerana keyword yang fokus pada niche tertentu “kereta”.
Naik taraf ilmu didada kerana apabila kita tumpu pada satu topik sahaja, sudah tentu rujukan akan dilakukan dan pekembangan teknologi sesuatu topik lebih mudah diperolehi.

Blog anda boleh ditukar dari blog yang memberi informasi kepada sebuah blog bisnis kerana topik anda fokus kepada niche spesifik iaitu "kereta"
 
Masalah Niche Blog
Anda harus memilih niche yang menguntungkan serta menjamin trafik yang baik dan paling penting niche yang dipilih kurang persaingan!!
Sebagai contoh niche blog anda "kereta", maka berapa ramaikah blogger yang mempunyai niche sedemikian.

Persaingan mendapatkan trafik pada satu topik sahaja memerlukan kerja keras dalam menyaingi blogger-blogger lain di dunia laman web sesawang. Apatah lagi jika kamu seorang blogger yang baru dan kurang memahami teknik SEO.

Sesebuah blog yang mempunyai niche tertentu akan mengalami kekurangan dalam menghasilkan artikel kerana hanya mempunyai satu topik sahaja. Berbanding dengan blogger umum (general)  mempunyai pelbagai topik untuk dibincangkan kerana ia tidak terikat kepada satu topik sahaja.

Stress kepada blogger yang terpaksa memikirkan apakah artikel seterusnya yang berkaitan niche "kereta" ini.

Kesimpulan Niche

Ramai blogger berbicara tentang niche ini tapi secara amnya berapa ramaikah yang berjaya dalam membuat niche blog?

Niche blog memerlukan kepakaran tertentu dari blogger tersebut dan memastikan setiap artikel mempunyai perkaitan niche antara satu sama lain.

Aku dah menjumpai niche aku iaitu aku tidak mempunyai sebarang niche...hehehehehehe.
Aku lebih suka menjadi Genaral Blogger!! atau Blogger Umum yang bercerita tentang semua perkara..

Ramai pakar-pakar blogger menyarankan membina niche blog untuk menarik pembaca ke blog mereka. -----Itu World  Standard Requirement.
Aku tak akan pertikaikan...

Tapi aku lebih selesa menjadi blogger umum. Aku minat berblogging, aku minat fotografi, aku minat Google Plus, aku minat memancing, aku suka berlagak..hehehehe.  Lalu kalau aku mempunyai niche mana aku nak letak artikel aku..hahahahahaha.
Pada pendapat aku niche blog amat sesuai untuk blog bisnis kerana ia lebih mudah di praktikkan.
Aku harap jangan sesiapa marah pada aku kerana aku tidak mahu menjadi niche blogger!!

Anda pula bagaimana?

Niche Blog




Catat Ulasan

18 Ulasan

Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif! sheila pun lebih prefer jadi blogger general! tak boleh masuk jiwa nak jadi blogger retis! hahahahhahaa. nice sharing abg hanif!
Izzat Eshak berkata…
Dua2 ada kelebihan.
Jika tulis secara bebas, jadi blog peribadi yang sentuh pelbagai topik
haryati berkata…
tak reti la anip....
Unknown berkata…
yumida blogger general..mcm2 blh masuk
masih dlm proses memahami bidang blog ni
baru skrg yumida paham makna n perincian blog niche tu..nice sharing
Mummy MM berkata…
Samalah.. Ingat nak cerita sal askar jer tapi banyak cerita lain nak dishare..
Unknown berkata…
haha..husna punya lebih kpd general..atau lebih tepat letak je apa nak letak..kahkahkah..=D
Unknown berkata…
tak tahu pun selama ini ada niche. hahaha. saya pun suka general blog easy..
Unknown berkata…
Salam tuan.
Nak fokus satu perkara, takut habis idea. Mungkin itulah, saya lebih suka rojak. Hehehe
Unknown berkata…
Agaknya blog saya berkaitan dengan niche apa ye?? Dalam proses memanipulasikan niche yang mmg nice ni..
Unknown berkata…
nampaknya ramai blogger tempatan memilih utk lebih bervariasi dalam menulis blog...senang cerita mcm astro la mcm2 ada dan kadang2 kerap kali juga mengulang siaran...hihi
my notes berkata…
general tu lbh mdh sbb blh cerita apa saja dan x tertekan utk daptn idea utk tulis entry ...
Tedi {interpretZZ} berkata…
My niche is my niche :)
OKje berkata…
Farah pun ada buat entri gini
faizul berkata…
salam bro, nampaknya taste kita juga hampir sama. Dalam sibuk-sibuk nak mencari niche blog rupanya saya lebih senang dengan 'tak payah niche'.

Simple kan.
mselim3 berkata…
Assalammualikum...bro hanif,

terima kasih atas ilmu nie...bagus.. perkongsian yang menarik,

mselim3
onlajer berkata…
dah hampir expired aku punya domain baru hari ini tergerak nak kaji benda ini heh
Unknown berkata…
perkongsian yang baik. sy pun bru
mula mendalami bidang mbuat blog ni dan niat mahu ada niche tersendiri. tnx hanif.
Unknown berkata…
tnx hanif. good share.