Kisah Orang Malas

Kisah Orang Malas

 Malas
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya,

“Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,

“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

Catat Ulasan

18 Ulasan

Unknown berkata…
Salam hahahah, nak cakap pun malas tang tu lawak kihihhh,
MalizaMah berkata…
Tahap nak cerita pun malas.
Tanpa Nama berkata…
huahua...

memang paling malas...
Aieda Adnan berkata…
nak citer pon malas..

ini serius yg paling lawak..hahahaha
Tanpa Nama berkata…
hehehehehhe...kelakar la pulak..
tarmizi berkata…
Nak komen pun malas
Mummy MM berkata…
Hahaha.. Dah sah2 dye paling malas
Unknown berkata…
Hahahahaha... sakit perut ketawa last sekali tu...
Mak Lin berkata…
aaaaaaa <-mls type
Sukma berkata…
haha...nak komen pun malas.....
Cik Nor berkata…
mcm2 mls ada..haha
afzalsukasuki berkata…
kalau aku kata 'aku nak komen pon malas'..nampak benau nipunya kan?kan?kihkihkih
Unknown berkata…
hahaha..mmg malas sungguh tu
Teacher Basariah berkata…
apa hadiah nyer ye?hehe
wantie berkata…
hahahaha.... tahap tepu dah malas tu.
Tengkubutang berkata…
hahahaha.. org yg ketiga tu lea akan dipilih kannn.. hihihi..

salam.. teman datang curi2 masa kunjungbalas tuan tanah disini.. thanx sudi singgah n baca entri teman yea.. jangan lupa singgah selalu yea.. heee.. salam meriah..
Unknown berkata…
he3..... nak baca pun malas...... boleh menang tak?
OKje berkata…
hahaha....memang tahap malas gaban tu..