Rupa Paras Buruk Tidak Dapat Kerja

Rupa Paras Buruk Tidak Dapat Kerja

Ben Cronin
Seorang pelajar mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh. Pelajar psikologi, Ben Cronin, 20 berhasrat untuk bekerja sementara semasa cuti musim panas di bot terkenal Cambridge tetapi kakitangan di sana memberitahunya rupa parasnya tidak cukup menarik untuk bekerja di sana.

Cronin, yang baru saja tamat tahun pertamanya di Anlia Ruskin, University of Cambridge itu berharap, dia mampu membiayai pengajian tahun keduanya dengan bekerja sementara dalam cuti.

“Saya cuba bertanya jika ada kerja kosong di bot pelancong itu, tetapi pekerja bot memandang saya dari atas ke bawah lalu ketawa. Mereka kemudian berkata, “kamu tidak layak bekerja di sini,”,

“Saya berasa cukup terhina dan merasakan kata-katanya itu melampau dan memalukan diri saya. Apa kena mengena kerja itu dengan rupa paras saya?,” kata Cronin. Syarikat bot itu bagaimanapun menafikan kriteria yang diambil untuk bekerja mementingkan rupa paras.

Pengurus Besar, Rod Ingersent berkata, pihaknya tidak menyokong kata-kata anak buah syarikatnya kepada Cronin kerana selama ini, mereka mengambil pekerja berdasarkan kriteria kerja dan merit individu.
Ben Cronin
 

Catat Ulasan

19 Ulasan

NJihe.am berkata…
Salam singgah. Muka mamat tu ok je. Tak adalah hodoh. Mungkin tu alasan syarikat utk kurangkan staf. apapun kecantikan fizikal bukan segalanya. studioous.blogspot.com.
Aimacomel berkata…
buruk sgt ke rupa dia tu?? elok je tengok
3no gr33ny berkata…
ni kekejaman namanya..huhu
Teena Tna berkata…
Mungkin bagi dia rupa parasnya menjadi masalah, tapi mungkin di pihak majikan pula mereka merasakan lelaki ini x sesuai dgn pekerjaan itu..
Btw, elok jer rupa lelaki tu..
bella luna berkata…
sekali pandang tajuk,macam tajuk tu ditujukan dekat aku je,. sekali bace entry, nasib baik tak:D
teruk gila pekerja bot tu,suka hati je ckp mcm tu kat org yang tgh cari kerja.>.<
Lieza Nordin berkata…
hurm.. habis kalau y muka lawa2/kacak2 tu xpndai uruskan keje.. adoyai..hehe
Bin Muhammad berkata…
Punah harapan saya nak cari kerja kat UK....hehehe
khairil berkata…
takdela buruk sangat, normal je, haha.
Bunda_nora berkata…
nampak macam ok jer muka dia...kat mana yg buruk sangat tu..
Unknown berkata…
Kesian..byk yg mementingkan rupa paras skrg..kesian kawan saya xdpt masuk kelab #%% dulu..kami apply dan di interview sama2..tp dia tak dpt sbb gedebab. Ayoyo memilih betol korang kan?
Unknown berkata…
Ntah..nampak cam comel je..pipi gebus..
Tanpa Nama berkata…
Aih.. Alasan tak logic mcmtu pun ada ke. Rasanya xrugi langsung kalau xdapat kerja dengan majikan yg berfikiran mcm tu.
Unknown berkata…
kalau itu yg dinilai..memang x adil la..kesian kat sapa2 yg xcomei tu..huhu
Cik Nor berkata…
mana ada hodoh..ok jer tu..huhu
Sheila Salim berkata…
assalamualaikum abg hanif. sheila rasa elok je rupa diaa. tak baik tau cakap camtu. diorang ni tak reti jaga perasaan oranggggg lain :(
Unknown berkata…
mana ada buruk, ok pun.
wantie berkata…
ok pun mamat ni. jgn dok sedih sangat. tak keterlaluan kot kalau saya cakap. encem pa dia...
OKje berkata…
Sian...tp tak delah buruk muka dia tu OKje