Keputusannya / The Result
Dalam tugasan ini kedua-dua kumpulan telah mengalami kerugian dimana :
Team Apex rugi sebanyak USD7,759
Team Maverick rugi sebanyak USD3,628
SEKALI LAGI Team Maverick mengungguli kemenanangan ini. Tahniah buat Nash.
Kesilapan Yang Dilakukan
Apa yang dapat aku lihat, bidang trading ini risiko dan strategi berkait amat rapat. Tetapi dalam tugasan ini semua peserta hanya mempunyai masa 24 jam sahaja, oleh yang demikian cara pengambilan risiko harus berdasarkan minimumkan kerugian atau memaksimumkan keuntungan secepat yang mungkin.
Apa yang dapat aku lihat, bidang trading ini risiko dan strategi berkait amat rapat. Tetapi dalam tugasan ini semua peserta hanya mempunyai masa 24 jam sahaja, oleh yang demikian cara pengambilan risiko harus berdasarkan minimumkan kerugian atau memaksimumkan keuntungan secepat yang mungkin.
BERHENTI JIKA MEMANG PERLU BERHENTI.
Dalam kes ini, apabila Nash dengan awal telah menutup semua tradingnya
disebabkan platformnya semua tidak mencapai apa-apa keuntungan walaupun
waktu terakhir ialah pukul 5pm. Pada mulanya aku rasa tindakan yang
salah ( sama seperti yang difikirkan oleh Andrea) tetapi rupanya
tindakannya adalah benar.
Manakala Sam pula beberapa platformnya mendapat keuntungan dan juga
kerugian. Tetapi Sam terlalu bergantung pada data analisisnya tetap
membuat trading hingga penamat waktu 5pm. Akhirnya beliau mengalami
kerugian lebih banyak dari Team Maverick. Jika Sam menutup semua
platformnya sudah tentu kadar kerugiannya kurang dari Team Maverick.
NO MISTAKE
Kesilapan yang paling besar dilakukan oleh Nik, apabila salah membuat perkiraan hingga menjejas pelaburan mereka.
Dalam bidang trading ini, masa amat mencemburui kita, kesilapan dan
stress ianya seiring. Jika kalah kepada stress kita akan panik dan
melakukan kesilapan.
Dalam tugasan yang kelima ini , semua peserta sentiasa mengelakkan melakukan kesilapan ini.
Kerana kesilapan inilah Nik teruk kena belasah dengan rakan-rakannya.
Walau pun kesilapannya adalah kecil namun berbanding dengan semua rakan-rakannya, beliaulah yang lain teruk dan lemah!!
You Fired
Semua rakan-rakan yang lain menembaknya menggunakan
peluru berpandu nuklear lagi...hehehehhee.
Itu kita namakan survivor dalam pertandingan kan....
Nik adalah salah seorang peserta kegemaran aku tapi adat pertandingan. Ada yang kalah dan menang. Cuma Nik aku terkejut terkeluar awal...
Kali ini aku suka semua peserta, kerana semua peserta mempunyai kekuatan masing-masing . Kalau nak dipikirkan team Filipina masih lagi mempunyai dua peserta. Tak boleh jadi ini!!!!
Aku harap minggu depan Celina keluar pun bagus jugak..hahahahhaa
13 Ulasan