Undang-Undang Yang Menyusahkan Syarikat Swasta

Undang-Undang Yang Menyusahkan Syarikat Swasta

hanif
Salam satu Blogger. Hari ini nak cerita sesuatu yang agak berat juga ler..hehehehehe.
Pada hari Selasa yang lalu, syarikat kami telah diaudit oleh SIRIM untuk ISO14001:2004 iaitu sebuah sistem pengurusan alam sekitar.

Dan secara tiba-tiba kami mendapat maklumat baru Environmental Quality (Schedule Wastes) (Amendment) Regulations 2007  di dalam regulation 7 memerlukan "Special management of scheduled wastes" yang dijalankan oleh Eimas ( Environment Institut Of Malaysia) yang akan mendapat sijil profesional  CePSWAM.( Certified Environmental Profesional In Schedule Waste Management).
Dimana costnya menelan belanja RM3000++

Selain itu dalam Sewage Regulation 2009 dimana aku telah join trainingnya menelan belanja RM5000 dan aku akan mendapat sijil profesional CeEPSTPO ( Certified Environmental Profesional In Sewage Treatment Plan Operation).
Ini adalah satu keperluan undang-undang pada tahun 2016 semua premises yang mempunyai Sewage Treatment Plan harus mempunyai pekerja yang mahir sebagaimana keperluan dalam undang-undang ini.

Dan hingga kini aku masih lagi membuat laporan lapangan yang harus dijalankan selama 6 bulan dan selepas tu aku akan di interview. Jika bagus, aku akan mendapat sijil ini!!

hanif
PERSOALANNYA  apa yang aku lihat, pengubalan atau amendment sesuatu undang-undang itu sudah pasti tempiasnya terkena pada syarikat swasta. Aku bukan tidak menyokong penambahbaikan sesuatu undang-undang itu dimana jika kita mempunyai tenaga kerja yang berskill tinggi dalam environment sudah pasti bumi ini akan menjadi lebih baik.

Cuma pelaksanaan itu menjadi sukar kerana kena bayar wang!!! Aku mencadangkan setiap penggubalan undang-undang yang memerlukan pekerja mahir haruslah diberikan percuma supaya kita dapat develop ramai tenaga mahir.

Pembayaran harus dilakukan jika setiap peserta yang mengikuti latihan ini gagal dalam peperiksaan mereka. Sudah tentu setiap sijil profesional mempunyai peperiksaan, pengambilan peperiksaan kali kedua harus dibayar oleh pihak syarikat atau melalui HRDF.

Dan sememangnya dalam kerajaan Malaysia terdapat skim HRDF bermaksud "Human Resource Development Fund" yang ditadbir oleh PSMB Kementerian Sumber Manusia.Dimana setiap latihan yang dibayar oleh syarikat  dan diakui oleh KSM boleh menuntut wang melalui geran HRDF.
Tapi kena keluar duit dulu ler....hehehhehe.

Cadangan aku ini tidak terpakai jika melibatkan pengurusan sistem seperti ISO 14001:2004, ISO 9001:2008 atau OHSAS 18001 kerana ianya adalah sistem pengurusan dibawah International Standard.
Satu dunia pakai dan ianya wajib sekarang ini ...hehehehe.

Cuma undang-undang seperti EQA 1974, OSHA 1996 , FMA 1967 yang mempunyai terlalu banyak peraturan kini banyak sangat digubal seolah-olah mencari keuntungan kepada jabatan-jabatan pelatih ini dimana kekerapannya sekarang ini semakin kerap!!!

Kepada mereka semua yang mempunyai kuasa gubal undang-undang ini, kajilah dulu. Untuk EQA 1974 ialah paling kerap digubal dan asyik dengan "Competence" profesionalnya yang harus berbayar..

Dan satu lagi yang menyusahkan nak cari calon pergi training!!! Untuk orang swasta, kalau pergi training bermaksud bertambah kerja kau ini.. Kerja yang ada pun tak larat..hehehe

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
cabaran golongan pekerja lebih2 lgi swasta mmg sukar..

Mummy MM berkata…
Kalau yang tak munasabah tu protes jer.. Hihi..
Cik Nor berkata…
a.hanif sendiri lerr...:)
yea.sekarang ni macam-macam. kasihan juga kepada syarikat swasta.
wantie berkata…
ya betul. sangat sangat sokong. kat tempat kerja saya pun.

even mechanic sendiri pun kena ada sijil dari badan badan tertentu. sekali nak dapat sijil tu mak ai.. kelam kabut la staff saya. sian dorang.

kerja dorang pun berlambak. nak attend training lagi..
Blog Santai berkata…
The problem bila nak gubal undang-undang banyak pihak yang terlibat. So pandangan dia orang mungkin tak menyeluruh...
Unknown berkata…
selalunya camtu lah...pekerja swasta yg terima tempias nya.....
OKje berkata…
Malas nak baca informasi mcm ni...berat kepala otak pagi pagi ni hehe
niraisyaziq berkata…
ikut kursus-ok lg, ambil exam-pass ok jg, submit report-pass pn masih ok jg lg. tp yg xberapa bestnya ni, mau maintain cpd 50. mana mau cari company yg murah hati lps ni hntr aku pg outstation terus.