Bagaimana Rasanya Menjadi Blogger Kaya

Bagaimana Rasanya Menjadi Blogger Kaya



Blogger Kaya
Salam satu blogger. Bolehkah kita menjadi kaya hanya dengan berblogging. Dan pastinya semua blogger mengidamkan impian ini. Sambil meneruskan hobi yang kita suka dan pada masa yang sama kita memperolehi pendapatan lumayan.
Pertama kau mestilah blogger popular dan terkenalkan. Apa yang kau dapat semasa jadi blogger popular dan kaya...?

Sponsor Advertisement
Pada masa ini  aku tak pandang dah apa nama tu CPUV..hehehehe. Sekadar CPUV mengharapkan orang klik banner iklan kau, maksima pendapatan pun hanya RM ratus-ratus.
Pada masa itu aku hanya main iklan Sponsor Advertisement di mana syarikat-syarikat bayar kepada aku iklankan syarikat mereka di blog aku .

Tak kiralah syarikat kedai mamak ker, spa  ker atau apa-apa pun boleh janji sanggup bayar satu entri RM2000.
Kalau nak ia kekal/ re-publish dalam entri aku, aku caj sehari RM500!!

Itu kalau satu iklan sahaja, kalau sebulan 4 iklan, sebulan pendapatan aku ialah RM8000 belum lagi caj iklan harian di blog aku....Kayo aku!!!

Dan satu kelebihan, kalau aku diminta buat iklan kedai makan, sudah tentu 2 atau 3 hari aku terpaksa makan percuma....hehehehe.

Seminar Blogging

Bila kau dah popular dan kaya pula tu. Sudah tentu ramai nak cungkil rahsia kejayaan kau.
Sudah tentu kau berbesar hati nak berkongsi rahsia kejayaan kau tapi  kena bayar ler..hehehehehe.

Setiap kali satu seminar yang aku jalankan, aku terpaksa caj minimum RM6000. Ini paling murah pakej yang aku kasi ini.
Sebulan satu kali seminar, pun sudah cukuplah!!!

Itu kalau orang ajak aku sertai seminar. Tapi kalau aku yang buat sudah pasti ramai akan sertai punya. Blogger popular katakan..hehehehe.
Setiap seorang yang nak sertai seminar aku kena bayar RM150. Kalau 100 orang aku dapat RM15, 000. Kalau tolak sewa dewan pun aku dah untung besar punya!!

Buat E-Book
Ini perkara biasa untuk blogger popular. Setiap blogger yang popular pasti akan keluarkan E-Book. So aku pun terpaksa ler keluarkan E-book menceritakan rahsia kejayaan aku ini. Dalam buku tu aku letak cerita tentang basic SEO, buat entri, blogwalking dan cerita-cerita yang kau orang tak beli  E- Book pun kau dah tahu ...hehehehehe.

Tapi disebabkan aku blogger popular, mesti kau nak beli punya. Tajuk terakhir sekali dalam E-Book aku tulis,"Untuk Menjadi Blogger Yang Berjaya, Perlukan Usaha".
Ayat standard untuk motivasi..hahahahaha.
Kau jual ajer E-Book kau dengan harga RM39.90. Kalau 1 ribu orang beli..Wah!! kau dapat RM39,900!!!

Buat Blog Shop
Ini pun salah satu kewajipan yang patut kau buat kalau kau jadi blogger popular. Buat satu blogshop dan promote dalam blog kau. Jual ler apa-apa yang patut, kalau standard blogger popular biasanya kita jual pakaian atau kasut-kasut ini. Tak kira ler tudung ker, baju kurung ker, kasut tinggi ker janji pakaian.

Join venture ler dengan rakan-rakan blog kau sebagai macai kau uruskan jual beli dalam blogshop kau. Kau anggap ajer blogshop tu sebagai perniagaan hari tua kau nanti bila kau tak popular nanti..hehehe

Tapi buat masa sekarang sudah tentu income dari blogshop kau meletup punya!!  Sebab  blogger popular yang buat blogshop ini sudah tentu ramai nak beli produk kau !!

Alang-alang kau dah ada blogshop kau boleh jual E-Book dan iklan tawar diri untuk beri seminar Blogging dalam blogshop kau tu.

Tapi untuk menjadi blogger yang kaya ialah:
aku ambil dari blogger Anirah ini

  1. Baca bismillah sebelum menaip entri.
  2. Tetapkan hati dan berniat berkongsi ilmu kerana Allah swt.
  3. Buat entri berunsur islamik dan berilmu.
  4. Gunakan bahasa yang sopan dan bertaraf tinggi.
  5. Gunakan ejaan yang betul. Bukan seperti ewwww, kitew, manew. Ingat semua orang faham ke?
  6. Kongsikan ilmu di dalam blog dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan daripada masyarakat sekitar.
  7. Luahkan pandangan yang tidak akan menyakitkan hati orang lain.
  8. Kongsikan tips yang boleh diguna pakai oleh semua orang

Bestkan menjadi blogger kaya ini, orang tua-tua kata rezeki Rimau !! Time tu pendapatan kau yum..yummm..hahahahahahaha.
Terima kasih membaca entri Rasa menjadi Blogger Kaya....
Semua nak jadi kaya tak dengan berblogging !! ATAU kaya dalam erti kata Blogger Anirah ini.

Catat Ulasan

38 Ulasan

Mummy MM berkata…
Bestnya.. Tapi saya rasa saya tak mampu nak jadi blogger macam tu.. Huhu..
Bin Muhammad berkata…
Entri terbaik tuan HI!
Ya...dapat juga rasa menjadi Blogger Kaya..hehe

Yang di cari, Kaya dunia..kaya akhirat. Tapi...kalau dah xdapat kaya didunia, carilah kekayaan akhirat.
Que Achmad berkata…
abg, entri ni sangat bermanfaat. tahniah !!!
Tanpa Nama berkata…
Perkongsian yang baik hehe. Saya pula impikan nak buat pakej iklan seperti dalam facebook dan Google Adword. Kena tunggu empayar besar baru best hehe
Cik Nor berkata…
good sharing..:)
Tahun depan tercapai kot hasrat ni.. Semua orang nak jadi sponser blog ni.. :-)
Unknown berkata…
Haii entri ni buat fikiran saya melayang.. mengelamun..dan berangan.. haha
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif, hahaha lawak ok entri ni. tapi sheila setuju sangat, nak kejar popular sangat buat apa. betulkan niat, berdakwah dalam berblogging tu sangat2 bagus. pahala mengalir insyallah :)
Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum abg hanif, hahaha lawak ok entri ni. tapi sheila setuju sangat, nak kejar popular sangat buat apa. betulkan niat, berdakwah dalam berblogging tu sangat2 bagus. pahala mengalir insyallah :)
A-z vape shope berkata…
amat bermenfaat..
sila bagi tunjuk ajar..
sat-sepit.blospot.com
Asmar Arafad berkata…
Kalau lah dengan ber blog boleh jadi kaya raya dan jutawan nak lah ...
Carlos Santiago berkata…
satu entri yg bagus. nanti aku nk buat ebook la. khayalan sendiri. hahaha
Unknown berkata…
salam ....bestnyer sekiranya saya dapat lakukannya...banyak lagi kene blaja...teruja bila baca entri nie...terima kasih kerana berkongsi..
wantie berkata…
bukan senang tau nak jadi blogger kaya. paling ketara ialah masa. kena ngadap lappy selalu.

tak pe la tak kaya pun. kalau boleh nak jadi mcm bloger atirah tu. kalau ilmu tu baik org guna. tak kaya di sini kita kaya di sana... ada betul ka kawan?
Azlan Strider berkata…
tips yang diberikan memang berguna..its okay to set aim utk menjana kekayaan dalam berblog tapi jangan terlalu memaksa diri..keep calm and insyallah kalau ade rezeki pasti akan datang jua...

Regards,
-Strider-
Tanpa Nama berkata…
kathy pun tak kan mampu jadi macam tu..hehehe..
OKje berkata…
Malaslah nk berangan angan mat jenin tengahari tengahari mcm ni, puasa pulak tu! Hehe
Tedi {interpretZZ} berkata…
hahaha... Tedi pun "blogger kaya" lah camtu, tapi skrg dah mekap skit, taruk iklan skit, taruk widget sikit... ujikaji je kot... tunggula bila boring nanti... hehe
ina berkata…
tunjuk ajar yg baik :)
Cik Matahariku berkata…
masa memula baca, memang tertarik dengan entri ini. Yelah kan, siapa yg tak tertarik dengan perkara menarik macam ni. Akhirnya, bila kita buat garis masa, tahulah kita, dunia ni tak akan kemana, sekejap je. Jadi, blogger bijak akan dapat dua benda setiap kali dia publish entri, jika niat amal jariah atau sedekah, ilmu yang dikongsi jadi bekalan disana, dan jika ada strategi, blog pun boleh jadi sumber rezeki..:)-
Unknown berkata…
amal suka baca entry ni!!! terbaikk!!!!
suka23333
thumbs up!!!
Unknown berkata…
dgn berblog pun boleh jd kaya.
nak jgk jd kaya.hehehe.. tapi saya x rasa boleh jg kaya dengan berblog ni.penulisan pun tunggang langgang.
hehehe..

btw nice :)
Kak iman berkata…
comey je gune ayat titew ke, mengkome ke hehehe
fyna berkata…
bagus perkongsian dari blogger anirah tue kan.

yang penting jangan putus asa.
Eylizar berkata…
Perkongsian yang amat berguna bagi saya yang baru dalam bidang ini. Terima kasih...
Blog Santai berkata…
Alhamdulillah kalau ditakdirkan kita jadi Blogger kaya one day..wah besar cita-cita ni..nway just ourselves while blogging ..kalau ada rezeki kita terima
Qema berkata…
Jom jadi blogger kaya!!!
Tanpa Nama berkata…
Terboek ~

http://ragammmanusia.blogspot.com
SentiasaPanas berkata…
Impian menjadi blogger kaya yang sangat mengesankan..:)
Hidupringkas berkata…
Jadi blogger dulu kaya kemudian...mungkin lebih mudah
terima kasih. perkongsian yang cukup baik
Encik Gaara berkata…
terbaik la entri ni..haha
B U A T B E S T berkata…
aku suka ayat 'rezeki rimau' tu..

hheehe
Sirap Limau berkata…
semoga ramai blogger kita yg kaya dan berjaya...
Mazatul azura berkata…
Camtu yer? Nampak mudah tapi mungkin tak mudah :)
Ahmad Umar berkata…
Salam, yg pertama nak jadi blogger berjaya kenalah pakai template premium yg ada SEO. Cuba cari di Themeforest dan kedua oleh kerana persaingan blogspot tinggi mesti beli domain google dan hosting diblospot cuma bayar dalam 30 ringgit setahun pakai dot com blog. Gerenti ranking alexa jatuh tahap popular di Msia dlm masa 2 minggu jer. Lepas itu jangan blogwalking kerana link kepada blog tidak popular merosakkan SEO. Buat artikel link kepada sumber web yg pagerank 5-9 shj. Itu perkongsian pengalaman saya - tq admin sudi kongsi impian yg baik untuk kita. Amin