Cara Terbaik Mencari Trafik Blog

Cara Terbaik Mencari Trafik Blog

traffic blog
Tempoh hari aku terbaca satu artikel yang menarik dari blogger HH( Hasrul Hassan) berkenaan pencapaian trafiknya dalam masa 4 bulan 140K. Dan 80 peratus dari sumber trafiknya ialah dari  enjin pencari.

Dan aku akui, trafik blog aku 70 % adalah dari Enjin Carian dan manakala Direct Trafik menyumbang 18.3% dan Referral Trafik pula menyumbang 17.7%.
Ini adalah data yang aku ambil dari Google Analytic untuk blog aku ini.

Dalam sebulan trafik aku secara purata dalam 35,000 pageview dan penyumbang terbesar ialah dari Enjin Carian sebanyak 70% atau 24,500 pageview sebulan!!!
Bayangkan kalau blog aku tiada dalam enjin carian, total sebulan trafik aku melalui blogwalking dan juga bloglist maksimum adalah sebanyak 10,500 pageview sebulan sahaja.

traffic blog
Terkini overall pageview aku mula berblogging hingga sekarang ialah 800,000 pageview dan aku berharap dalam tahun ini mencapai 1 juta pageview setelah 3 tahun lebih berblogging. Itulah harapan aku pada tahun ini !!

Tapi nak dapatkan CPUV Nuffnang pun punyalah payah walaupun unik pageview aku melebihi syarat yang ditentukan . Mungkin sebab aku kerap memasukkan entri politik popular kot..hahahahaha.

Bagaimana hendak mendapatkan entri anda dalam carian enjin pencari untuk aku hanya ada satu teknik sahaja. Tapi sebelum itu, memang terdapat pelbagai teknik yang diajar dalam blog-blog SEO ini.

Kadang-kadang teknik yang diajar terlalu SEO dan orang macam aku tak tercapai pengetahuan tu..hehe Tapi aku menjumpai cara terbaik di mana semua orang boleh mendapatkan trafik melalui enjin pencari

Melalui pemantauan aku, untuk mencapai kekuatan enjin pencari dalam blog anda haruslah seiring dengan jumlah entri yang telah anda publishkan. Dalam masa 3 tahun ini, aku telah publishkan sebanyak 3249 post dengan pelbagai niche yang ada.

Aku jenis blogger yang tak pandai main niche dan menganggap niche ini membelenggu kreativiti aku ajer..hehehehehehe. Mesti marah blogger SEO bila kau cakap macam ini,....kikikiki.

Berbalik pada jumlah post, lagi banyak post kau publish maka lebih banyak kebarangkalian entri kau termasuk dalam enjin carian. Takkan dalam 3000++ entri, satu pun tak der orang cari dalam enjin carian. Itu logiknya!

Inilah salah satu sebab kenapa salah satu syarat utama berblogging mestilah membuat entri setiap hari. Sekurang-kurangnya satu atau paling malas pun seminggu 3 entri.

Tujuan entri dibuat ialah menarik pembaca...pembaca termasuklah mereka dalam bloglist anda rakan blogwalking tetapi jua pembaca dari Enjin Pencari!!

Diside bar Popular Post saya adalah berdasarkan bulanan, dan tiap-tiap bulan popular post saya berubah-ubah bergantung kepada enjin carian. Ada post saya popular tahun lepas masih dicari lagi.
Mungkin tahu ini tak popular tapi mungkin tahu depan popular...heheheh

Tapi kalau langsung tak buat entri, macam mana anda nak dapatkan kebarangkalian entri anda ter popular pada tahun ini atau bulan ini? Cuba cer sikit?

Bayangkan kau dah berblogging 6 tahun mesti jumlah post kau dalam 6000 post. Potensi entri kau dalam enjin carian semakin cerah seiring dengan kematangan blog anda.

Itu ajer yang perlu anda buat. BACK TO BASIC. Always updated entri sebagaimana disarankan oleh blogger-blogger sedunia.

Kalau nak apply SEO, gunakan keyword yang betul atau selalu mencari keyword bermusim.

Saya hanya ada satu konsep, berblogging ini tak susah cuma kena sabar. Buat basic blogging anda seperti biasa dimana buat entri, blogwalking, ping sikit2, faham sedikit SEO, lama-kelamaan sudah pasti anda berjaya. Macam saya kata tadi BACK TO BASIC!!!

Tapi yang susah ialah kena bersabar...hehehehehe. Bukan 3 atau 4 bulan tapi bertahun-tahun jugak ler...hahahahahha.

Secara realitinya, tahun ini baru bermula pageview saya sehari beribu-ribu...dahulu dalam 500 ratus hingga 1000 pageview. sebelum tu hanya 100 sehari ..dan sebelum tu nak dapat 100 oarang pun susah!!
Tapi kena sabar lerrr....kena betul-betul sabar...hahahahaha.
Diulang sekali lagi betul-betul sabar!!!

Catat Ulasan

22 Ulasan

Bin Muhammad berkata…
Benar! Jika mahukan trafik tinggi, tiada pilihan lain...anda perlu mendapatkannya dari enjin carian. Follower yg ramai sampai berpuluh ribu pun tidak akan dpt menandingi trafik dari enjin carian.

Tahniah Bro! Insyaallah 1Mil pv pasti tercapai...
Unknown berkata…
tq bg tip,,
mmg kena byk sabar n buat entry yg bisa melatop
saya masih terkial kial
uv pun masih sikit
tahniah bro dh capai
uv ribu riban sehari
haryati berkata…
ada setengah tu follower tk rmi tp dia rajin update entri dan buat tajuk yg power tu yg dpt cpuv...
Sukma berkata…
masih belajar lagi bagaimana nak up traffik kat blog.....
Yu. Syamz berkata…
Terima kasih berkongsi tips ni...semoga mencapai apa yang di hajatkan...in syaa' Allah
Asmar Arafad berkata…
thanks berkongsi, bila trafik nak banyak nie...
Kisah Si Dairy berkata…
banyak nak kena blajar untuk naikkan traffic blog
Unknown berkata…
wahhh...hebat la bro...bila la agaknye sy bleh sm mcm bro...hebbatt..sy br je nk bjinak2...ap2 pn tq ye share info..
Unknown berkata…
syabas ye...tq 4 info yang penting sabarrr..
wantie berkata…
ya setuju... bila diceramah begini faham la kan.

pas tu time buat entry apa pun tak ingat. hahahaa
Abam Kie berkata…
petua saya: tengok kat enjin carian yahoo apa trending pd masa tu...maka kita buat la satu entry original cthnya ttg kelahiran bayi putera william tu...pasti blog kita tersenarai di kedudukan teratas enjin carian...betul tak?
Tanpa Nama berkata…
tahniah bro hanif..
Betul tu. saya satuju. kena bersabar kan. terima kasih bro Hanif
Unknown berkata…
wah..tahniah..pageview yg tinggi tu
abg hanif..yumida baru dpt kempen cpuv semalam...hepinye! akhirnya diorang kasi can jugak yumida merasa cpuv ni..hehe
eddie berkata…
biar naik slow2 bro...blog aku dulu pun mcm tu jugak dari 70uv je sehari naik pergi 100 uv, skang nak maintain dlm 600..ada masa2 je lepas pergi 1000 uv..skang target nak bagi maintain 1000 uv sblom ujung tahun nie...pageview nk tunggu capai 2juta plak selepas 3 tahun lebih berblogging
Zawiah berkata…
betullah . bila buat entry agama , carian banyak drp search engine ... maka saya perlu balik pd konsep asal ...
Blog Santai berkata…
Thanks hanif for the tips..banyak yang kena belajar kalau nak serius berblogging ni kan..and never surrender half way...In Shaa ALLAH berjaya kan..kalau tak hari , esok, tak pun lusa, tak pun tahun depan..or tahun akan-akan datang..he..he lamanya
adarain berkata…
bagus tip nie..dapat membantu skit2x
ayut berkata…
baca entry ni trus tgk pageview blos..nk capai 100000 PV jugakkk!.. :)
Qiya Saad berkata…
Entry yg menarik..tq
kak gojes berkata…
PV tinggi dah tu bro..hihihih...
Dalila yusof berkata…
O..nak update hari2 tu payah..ha2