Kes Bunuh Diri di Singapura Catat Tertinggi

Kes Bunuh Diri di Singapura Catat Tertinggi

Bunuh Diri
Ini yang dikatakan apabila materialistik menjadi ukuran maka nyawa senang dibuang begitu sahaja. Inilah yang dibanggakan menjadi Singapura, negara maju tapi stresss terlalu tinggi apabila duit prioriti utama.

Dan menyedihkan sikap sosial dan moral yang semakin rendah meninggikan kadar bunuh diri di Singapura. Pernah tak baca berita pada masa Tsunami, apabila kerajaan mereka minta menderma baju. Rakyat mereka derma baju yang tak layak dipakai lagi...berkoyak-koyak!!!
Inilah nilai moral rakyat Singapura, so tak hairan kalau mereka mendapat tempat pertama membunuh diri..

Kejadian bunuh diri mencatat angka tertinggi pada tahun lalu dengan 487 kes berikutan semakin ramai orang muda mengalami tekanan dan gagal dalam perhubungan yang menyebabkan mereka bertindak menamatkan nyawa sendiri.

Bunuh Diri
Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tahun 2011. Ia turut menyaksikan peningkatan sebanyak 80 peratus ke atas mangsa berusia 20 hingga 29 tahun, jelas sebuah badan bukan kerajaan, Samaritans of Singapore (SOS) dalam satu kenyataan.

 "Masalah yang sering dialami oleh kelompok ini adalah tekanan hidup dan cinta. Antara masalah lain ialah pengangguran, tekanan belajar atau kerja, isu kewangan dan kesunyian," kata SOS. SOS meletakkan sasaran untuk mencegah kes bunuh diri dengan menyediakan sokongan emosional menerusi kaunseling peribadi dan talian telefon 24 jam.

Pada tahun lalu, SOS menerima 39,994 panggilan, turun daripada 40,025 pada tahun 2011. Kes bunuh diri mewakili dua peratus daripada jumlah kematian di Singapura. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah di Singapura, mereka yang terselamat boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, denda atau kedua-duanya sekali 

Catat Ulasan

8 Ulasan

Zawiah berkata…
anak buah saya pernah bekerja di singapura semasa cuti semesternya . Dia kata , kat singapura dlm satu umah tu semua keje , klu x tak leh hidup sbb kena byr mcm2 cukai ...
Adam Hakimie berkata…
ramai yg sakit jiwa agaknya...
Unknown berkata…
kenapalah pilih jalan tu nak selesaikan masalah..
Aimacomel berkata…
apa agaknya peranan kerajaan mereka eh? maju tapi dr segi moral hancur.
Unknown berkata…
bahagia bila duduk kat malaysia.....
ayut berkata…
Malaysia ni pon tak krg hebat yer ^^ lg2x kat jambatan pulau piannag tu./...
OKje berkata…
Kosong jiwa tu mana taknya ambik jalan mudah ni selesai masalah