Nasib Seorang Perantau Di Bulan Puasa

Nasib Seorang Perantau Di Bulan Puasa

Puasa 2013
Semenjak kebelakangan ini atau 2 bulan ini aku memang banyak lari dari niche blog aku. Dah lama aku tak berbicara tentang blog tips pada rakan-rakan.

Cuma sekarang ni suka berbicara tentang hal-hal santai ini. Lebih rileks!!!
Melalui gambar di atas memperlihatkan inilah nasib seorang perantau yang jauh dari rumah dalam bulan puasa ini...huhuhuhuhuh.

Puasa 2013
Terpaksa bungkus makanan untuk berbuka puasa. Terpaksa menelan air kotak percuma yang diberi oleh pihak Niosh (training centre ) aku bersama buah epal kat tepi tu.

Manakala makanan terpaksa dibungkus yang dibeli dikedai berdekatan dan bila waktu berbuka tiba. Makanlah sorang-sorang kat bilik hotel tu berlaukkan nasi bungkus..

Bukan tak mahu makan di luar tapi feeling tak der lerrr...makan sorang-sorang kat luar.

Lepas tu terpaksa melihat pasangan bercinta berbuka puasa sama-sama dan pasangan yang dah kahwin bersama anak-anak.

Melihat pasangan bercinta suap-menyuap semasa berbuka dan melihat karenah ibubapa melayan anak-anak semasa berbuka puasa.

Tahap feeling sedih tu..huhuhuhuhu

Malam sahur dah beli roti dan tidak dilupakan minuman tenaga VICO setia menanti.
Itulah nasib seorang perantau...hehehehehehhee.

Hari ini ( Jumaat) last training untuk bulan ini. Bulan depan ada training lagi. Tak sabar nak balik.......
Kepada lelaki jangan lupa sembahyang Jumaat yekkk!!

Catat Ulasan

27 Ulasan

Unknown berkata…
ujian bulan ramadhan tu bro..
amirofie berkata…
Bersabar. Bila baca entri ni teringat masa berbuka puasa waktu di oversea dulu. Kalau di sini boleh jugak layan pasar ramadhan untuk beli juadah berbuka walaupun berbuka sorang-sorang. Tapi kalau dah berada di oversea dan bukan negara Islam, lagi syahdu dibuatnya. Cara nak hilangkan rindu adalah dengan call anak bini dan bertanya mereka berbuka dan bersahur dengan apa..
maszull berkata…
assalamualaikum hanif...kesian nyer dok sorang jer ke...:)
Unknown berkata…
Tak sangka, org lelaki pun ada feeling mcm kita jgk..lagi2 kalau mkn sorg2, mmg sedihkan..harap2 berselera..
Zuan berkata…
salam ramadhan ^^
Firdausy CiLiKku berkata…
alololo ciannyer. bro.. demi kerja dan keluarga kuatkan semangat mu itu.. dah nak blk dah.. semangat2
fyna berkata…
memang sedih kalau berbuka sorang2. pernah gak dulu merasa macam tue. sobs...
Tanpa Nama berkata…
takpe...

dugaan...
cinta sang pelangi berkata…
jadi ingat semasa saya kost,,sangat simpel juga menu sahur dan berbuka puasanya
cinta sang pelangi berkata…
jadi ingat semasa saya kost,,sangat simpel juga menu sahur dan berbuka puasanya
OKje berkata…
hehe...kesiannya cik Anep.... Sabo yeh...Sok dah Sabtu...masa tu makanlah masakan bini puas puas hehe
wantie berkata…
alahai kesiannya. kalau la ister HI tengok ni. leh nangis tak?

tak pe, lepas ni boleh la makan air tangan isteri. kalau nak hover lagi. suruh je dia suapkan..
Tanpa Nama berkata…
salam jumaat bro hanif...
Mummy MM berkata…
Homesick lettew.. Hahaha..
Unknown berkata…
..waaaa, plg syahdu kalau kne bkk pose sorang2...
Unknown berkata…
..waaaa, plg syahdu kalau kne bkk pose sorang2...
Zawiah berkata…
suruh ler org umah masak pastu pos laju ... hahahaaa
Salmi berkata…
Memang sedih berbuka sorang-sorang tapi syukur sebab kursusnya tak lama.
Ps: Teringat pada anak-anak yang juga sedang di perantauan.
jie susanos berkata…
haha..tu la nasib duk seorg2..
Cikrosecute berkata…
Kesiannya....bini mana? hihihi
Terbelog berkata…
xpe. kita serupa. dah kawin lom?
Adam Hakimie berkata…
buka puasa kat masjid ok gak kalau bujang2 ni..
Unknown berkata…
kesiannya..jgn sedih Hanif..anggap itu ujian kecil saja..
Aimacomel berkata…
tersenyum membaca coretan abg hanif ni. bila jauh rindu, haaa dah dekat ni jgn wat tak peduli pulak eh. hehehehe, saje usik abg hanif. Selamat berluasa eh utk abg hanif sekeluarga.
Tanpa Nama berkata…
alololo..cian..

yups bezakan berbuka puasa ngan fmily lbih happy.. :)
Unknown berkata…
sungguh berat dugaan ramadhan utk bro tahun nie..... bersabar tau....
ayut berkata…
kekeke...time bace abg hanif tgk pasangan suap menyuap...yg dh kawin gan ank2x tu terasa la sedih yer..hihihi.takpe..kerana tugas kan :)