Minggu lepas adalah minggu yang penuh cabaran di tempat kerja aku kot.
Semenjak balik dari training tempoh hari, pelbagai kejadian pelik
berlaku. Ini satu lagi cerita, kejadian berlaku waktu pagi jugak ler.
Aku tengah lepak kat dalam opis memanaskan kerusi dan dari luar aku
lihat Supervisor aku tengah bising kat 2 operator wanita.
Seorang perempuan ini tengah menangis-nangis. So sekali lagi, sebagai seorang yang penyayang dan pengasih aku tanya pada supervisor aku. Apa hal bising-bising dan pada masa yang sama aku tengok kedua-dua operator tersebut.
Pehhh!! kedua-dua muka operator tu calar balar kena cakar. Rupanya baru lepas bergaduh sesama sendiri disebabkan salah faham...hehehehehe.
Mahu tak mahu aku terpaksa hantar kedua-dua operator aku ke Human Resources untuk kaunseling mereka ini.
Aku pernah gak lihat video pelajar Malaysia perempuan bergaduh di tandas tapi Nepal punya gaduh lagi dahsyat hingga kecederaan anggota badan..hahahahhaa.
Aku pun malas nak fikirkan hal sebegini tapi undang-undang dalam kilang jika bergaduh adalah isu yang amat besar!! Itu peraturan!!
Tak kira ler samada perempuan atau lelaki, kalau mulut tu jahat sangat, orang akan jadi tension dan akhirnya bergaduh!!!
Banyak betul dugaan yang aku lihat di bulan puasa ini.
Kedua-dua operator aku ini dari Nepal, salah faham hanya disebabkan loker kasut dan seorang lagi tu agak kasar perwatakan dan bahasanya, itu yang jadi street fighter kat production aku.
Gambar sebelah tu adalah gangster Nepal yang pukul kawan dia tu sampai bercalar-balar..hihihiihi.
15 Ulasan
tatotttt..
ni mesti guna teknik gwiyomi..hahah!!
kan dah calar balar muka tu ;)
selamat hari raya bro
maaf zahir batin :)