Mengambil Report Card Sekolah Anak

Mengambil Report Card Sekolah Anak


Hari ini aku masuk kerja separuh hari sebab aku ambil report kad sekolah anak aku di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Melaka. Sekarang ini ibubapa memang wajib kena ambil report kad anak-anak supaya mengetahui perkembangan anak mereka di sekolah.

So aku dan isteri aku pergi ler ke sekolah anak perempauan aku Hanis di darjah 5 Gemilang. Ramai juga ibubapa yang datang sementera menunngu anak perempuan aku bertanya pada aku.
Hanis " Abah, Hanis dapat tempat keempat OK kan, tapi mama dengan abah marah juga"
Aku kata" OK, bagus anak abah"
Aku sambung lagi " Tetapi sebagai ibubapa walau macam mana Hanis buat yang terbaik pun mereka akan kata kurang baik "
Aku berkata lagi " Kenapa ibu bapa sentiasa bercakap Hanis amesti berusaha"
Hanis menjawab" Supaya Hanis menjadi yang terbaik"

Tetapi abah dan mama tetap bangga dengan Hanis cuma sebagai ibu bapa kami terpaksa mengharap sesuatu yang tinggi dari Hanis . Supaya Hanis terus berusaha dan berusaha menjadi terbaik  dari yang terbaik.  Pehh!!! nasib baik aku boleh menjawab soalan cepu emas anak aku ini..hehehehehe

Setelah beratur tiba giliran anak aku pula. Setakat ini cikgu sekolah kata kerja sekolah yang paling kemas ialah kerja sekolah Hanis ler. Hinggakan buku sekolah Hanis dijadikan sebagai contoh untuk pelajar-pelajar lain.

Untuk perkara ini aku terpaksa tabik pada adik ipar dan isteri aku kerana cerewet dalam soal kerja sekolah anak aku ini.
Mahu tak kemas, tiap-tiap malam kerja sekolah dia Mak Uda dia periksa!! Kalau ada profil, mak dia pula yang terlebih aktif belajar!!

Selain itu, pelajar yang paling cepat hantar kerja sekolah ialah Hanis. Mesti nak jadi yang pertama menghantar kerja sekolah. Itu memang semangat Hanis yang paling baik cikgu dia lihat.

Selain itu juga Hanis ini suka bertanya.... hehehehehehe. Ini aku tak payah nak cakap ler. Dia memang suka bertanya apa jua soalan kalau tak paham. Sampai kadang-kadang kau naik geram.

Aku dapat bayangkan soalan yang berulang-ulang dia tanya pada cikgu dia ini..hehehehehe
Tapi untuk aku, itu sikap yang baik dalam membentuk peribadi untuk menjadi lebih berani, aktif dan ke hadapan..

Tapi ada satu sikap Hanis yang aku rasa cikgu dia dan aku sependapat iaitu kecuaian. Disebabkan suka buat kerja dengan cepat, sering melakukan kesilapan terutama dalam matematik. Dalam hal ini satu rumah dah faham perangai anak aku ini. Dah naik penat aku beritahu jangan terlalu gopoh bila membuat sesuatu kerja.

Aku sering gunakan ayat KETENANGAN!!! Selalu bertenang apabila membuat sesuatu kerja dan jangan over excited bila suka sesuatu benda tu.
Kalau Hanis sering bertenang aku rasa dia boleh menjadi pelajar yang cemerlang. Dan ditambah selalu semak semula hasil kerja untuk memastikan tiada kesilapan!!

Walau bagaimana pun keseluruhan Hanis adalah pelajar yang baik, aktif dan suka bertanya. Abah harap Hanis terus berusaha dan berusaha. Jangan fikir keputusan yag kita dapat ini yang terbaik kerana sebagai manusia untuk menjadi yang terbaik adalah satu infiniti atau tiada penghujung!!

Catat Ulasan

15 Ulasan

amirofie berkata…
Betul tu, biarkan dia banyak bertanya sehingga dia betul-betul faham tentang sesuatu perkara atau benda.
fyna berkata…
dapat no 4? oklah tue. pandainya dia...
Unknown berkata…
semoga dia jadi anak yang berjaya kelak. aamiin...
Unknown berkata…
Tahniah ye menjadi abah terbaik... Mr H akak memang jarang le dapa meluangkan masa pergi 3 penjuru ni jadi akak selalu ambik alih tempat dia tapi report card tu kena bawa balik, tunjuk kat dia... jadi kalau tak bagus keputusan kena jawab persoalan Mr H yang bertubi...
Tanpa Nama berkata…
tahniah buat anis...
Cikgu Ma berkata…
now i feel "hurt' to be a ticer.hehehe..sangat la serabut..tinggalkan blog sampai 2 bulan...report murid, lesson, ngaji, kelas tambahan, program...semua utk anak2 anda ^_^
Mummy MM berkata…
Terer anak abang Hanif. Saya time primary school masih dalam zaman kegelapan. Masuk secondary baru ada daya saing yang tinggi.
Teacher Basariah berkata…
Semoga Hanis menjadi anak yang solehah..berjaya dunia dan akhirat!
Ina ZaLinA berkata…
mudah-mudahan hanis lebih tenang dlm kerja sekolah dia
ayut berkata…
tahniah utk hanis..just usaha lagi dan BERTENANG yer...nnt mesti blh dpt no 1 :))
Sukma berkata…
setiap ibu bapa hendakkan yg terbaik daripada anak-anak, tapi jangan terlalu memaksa anak hanya lebih dititikberatkan KETENANGAN....HEHE
ieta berkata…
Wa... ok lah tu... ank sy drjh 3, xtau dpt nombor brp sbb guna band2. Nampak banyak band 3 n 2 ada 1, 2 je yg masih band 4. Samalah harapan sy juga utk ank sy. Ibu bapa manalah yg tak mahu anaknya menjadi contoh dan mendapat pujian dr guru. Bangga gitu... hehe
Unknown berkata…
tahniah hanis...insyaAllah.... dah besar sikit nanti...pasti dia lebih tenang.....kita doa doakan.....
OKje berkata…
Setuju...kalau boleh nak cemerlang saja ...jadi ibu bapakan....
Sebenarnya kita kena tengok kemampuan nak tu jugak jangan dipaksa, kang stress pulak budak tu...