Ryno Skuter Satu Roda

Ryno Skuter Satu Roda

Ryno
SKUTER elektrik Ryno adalah sejenis kenderaan yang dilabelkan amat mustahil untuk terbalik. Dipetik MailOnline, tunggangan satu roda itu berfungsi melalui kuasa bateri dan bergerak pada kelajuan sehingga 40 kilometer sejam.

Media tempatan melaporkan, Ryno direka secara khusus oleh Syarikat RYNO Motor berpangkalan di Portland bagi tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan bayaran letak kereta yang mahal.

Ryno juga dilengkapi dengan teknologi imbangan iaitu ia secara automatik membaiki kedudukan jika pemandunya terlebih membelok ke kanan, kira, depan atau mengundur.

Ryno "Ryno hanya seberat 57 kilogram dan mampu menuruni kawasan bercerun sebanyak 30 peratus," kata jurucakap Ryno. Idea menghasilkan skuter satu tayar ini dilaporkan dicetuskan oleh anak perempuan CEO firma, Chris Hoffman pada 2009.

 "Beliau meminta bapanya menghasilkan sebuah skuter sebagai kenderaan ke sekolah selepas bermain permainan motosikal," katanya. Ryno dijangka berada di pasaran pada pertengahan Ogos dan dijual pada harga tidak kurang £2,250 (RM10,788)


Ryno


Catat Ulasan

8 Ulasan

cydayf berkata…
Tu dia, mahal kot.. heheehe :)
Unknown berkata…
fuh yooo..bez jugak..mmg stylo la
tp klo nak beli brg byk2..mcm beg plastik gantung2 tu..sukar nak letak

tp hebat la..ade teknologi imbangan lagi...tayar besar...

thanks atas kesudian abg hanif explain kat yumida psl kod nuff tu. tu ar..nuff kedekut nak bg yumida cpuv..hikhik..nanti yumida marah diorang..hohoho...aum!
boni kacak berkata…
naik motor je lah. mahal tu.heehe
Unknown berkata…
hee..knah tengok orang nek boleh la =)
Unknown berkata…
jimat nak tukar tayar...guna satu jer.......
ayut berkata…
jgn hrap ayut nek klu gini.hahahaha..mau tergolek ke belakang kot :D
OKje berkata…
Mcm kelakar pun ada nengoknya...sama harga nk gi haji!,